Monday, May 31, 2010

petunjuk sepanjang jalan

alhamdulillah, semalam usai saya membedah sebuah penulisan as-syahid syed qutb...meski telah berlalu zaman beliau, kira 5otahun yg lalu, hayati penulisannya & lihatlah apa yang telah berlaku disekeliling kita,..
hidayahNya melalui buku ini telah terbuka mata saya pada perkara-perkara yang kabur, kini jelas dimata saya..

undang-undang Allah yang tidak terlaksana
'negara Islam' yang diuar-uarkan hanya sekadar nama
generasi 'belajar untuk melaksana' yang tidak akan lagi terbentukkan
syahadah LA ILAAHA ILLALLAH & MUHAMMADUR RASULULLAH yang cukup hanya sekadar mengucap...

jauhnya kita dari kehidupan Islam yang sebenar T_T


ya Allah teguhkan aku pada jalanMu,
petunjuk itu ya Allah,
janganlah hanya hati ini,
sebarkan ia pada orang disekelilingku,
moga redhaMu bersama kami
amiin

Sunday, May 30, 2010

matlamat israel

menyelusuri penulisan as-syahid syed qutb dalam penulisannya yang telah membawa beliau ke tali gantung 'Petunjuk Sepanjang Jalan'. bacalah buku ini dan lihatlah sekeliling, sangat kena dengan apa yang kita (umat Islam) hadapi di kala ini...dalam banyak bab2nya, tertarik untuk berkongsi salah satunya yang berkaitan yahudi.

Allah telah membongkar hakikat matlamat terakhir orang-orang Yahudi dan Kristian terhadap orang-orang Islam melalui firman ini:

“Sebahagian besar Ahli Kitab menginginkan agar mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman, kerana dengki yang [timbul] dari diri mereka sendiri, setefah nyata bagi mereka kebenaran. Maka maafkanlah dan biarkanlah mereka, sampai Allah mendatangkan perintah-Nya. Sesungguhnya Allah kuasa di atas segala sesuatu.” Al-Baqarah: 109

Dan:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk [yang sebenarnya]. " Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” Al-Baqarah: 120

Dan firmanNya:

"Hai orang-orang yang beriman! jika kamu mengikut sebahagian dari orang-orang yang diberi Al-Kitab, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang kafir sesudah kamu beriman. Ali-Imran: 100

Dan hadis:

Rasulullah SAW telah bersabda, mengikut Al-hafiz Abu Ya'la dari Hammad, dari Asy-Sya'abi dari Jabir r.a. (radhial lahu 'anhum): "Jangan sekali-kali kamu bertanyakan sesuatu masalah pun kepada orang-orang kafir Ahli Kitab, sesungguhnya mereka tidak akan dapat memberi petunjuk kepada kamu sebab mereka sendiri pun telah sesat. Kalau kamu buat juga demikian maka kamu akan berhadapan dengan dua kemungkinan: iaitu sama ada kamu ikut membenarkan yang batil, atau pun kamu mendustakan yang hak; dan sesungguhnya, demi Allah, seandainya Musa itu masih hidup bersama kamu sekalian, tidak halal baginya melainkan selain daripada mengikut aku."

Setelah diketahui secara jelas mengenai matlamat orang-orang Yahudi dan Kristian terhadap umat Islam, berdasarkan keterangan Al-Quran sendiri, maka adalah suatu kebodohan, kedunguan dan ketololan untuk menganggap, walau sekejap pun, bahawa mereka, ahli kitab itu (Yahudi dan Kristian) ketika membuat penyelidikan mengenai sesuatu masalah yang berkaitan dengan akidah dan sejarah Islam itu, mereka berada di dalam keadaan berniat baik, suci hati dan ikhlas. Begitu juga halnya bila mereka membuat kajian dari penyelidikan mengenai sistem masyarakat Islam, sistem politik dan ekonominya. Kalau masih ada juga di antara kita orang yang berbaik sangka terhadap mereka, maka bacalah firman Allah itu, tepuk dada dan tanya iman.

wallahu'alam,

"Katakanlah." "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)"

Saturday, May 29, 2010

semasa: millatfacebook & aktivis pujuk orang Islam murtad

Profesional IT Pakistan cipta web lawan kempen hina nabi, Islam

ISLAMABAD: Sekumpulan warga Pakistan mencipta laman web baru untuk menghubungkan 1.6 bilion Muslim selepas berang dengan laman Facebook kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad selain mewujudkan saluran baru melawan propaganda anti-Islam.

Kumpulan itu membabitkan enam profesional teknologi maklumat (IT) di pusat budaya dan hiburan Pakistan, Lahore, yang melancarkan laman web www.millatfacebook.com, awal minggu ini.

Ia dilancarkan selepas mahkamah Pakistan mengarahkan sekatan ke atas Facebook sehingga Isnin ini atas bantahan terhadap satu laman Everyone Draw Mohammed Day (Hari Lakar Muhammad) yang menghina Islam.

“Millatfacebook dicipta bagi memenuhi keperluan sosial penduduk Pakistan. Laman untuk Muslim termasuk orang lain yang baik daripada agama lain turut dialu-alukan,” kata laman web itu kepada yang berminat menjadi ahli.

“Kami mahu beritahu ahli Facebook bahawa mereka akan terima padah jika mengganggu kami,” kata Ketua Pegawai Operasi syarikat yang menempatkan laman itu, Usman Zaheer, 24.

“Jika ada orang menghina nabi, kami akan jadi lawan mereka dan menyebabkan mereka rugi besar,” katanya yang bermimpi menjadikannya laman sosial terbesar Muslim.

Dikenali dengan singkatan MFB, seperti juga FB bagi Facebook, pengasasnya berkata, pakar IT kini berusaha memasukkan ciri-ciri lain ke dalamnya bagi mencabar pesaing dari California itu.



Setiap ahli memiliki ‘dinding’ untuk ulasan sahabat selain mengandungi kemudahan emel, foto, video, ruang sembang dan perbincangan.

Perkataan ‘Millat’ adalah bahasa Urdu yang biasa digunakan untuk merujuk kepada negara. Laman web itu sudah mempunyai 4,300 ahli selepas tiga hari dilancarkan, kebanyakannya warga Pakistan yang boleh berbahasa Inggeris dalam lingkungan usia 20-an.

Angka itu jauh lebih kecil daripada keahlian Facebook di Pakistan buat masa ini sebanyak 2.5 juta dan ulasan awal menunjukkan MFB memerlukan lebih banyak masa untuk benar-benar menyaingi FB.

Bagaimanapun, Usman gembira dengan hasil awal laman web itu yang sudah menarik penyertaan warga Britain, Bulgaria, Kanada, China, Russia, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat. – AFP



Pemimpin anti-Islam guna 30 bas New York papar iklan sasar Muslim

NEW YORK: Seorang aktivis Amerika Syarikat yang mengetuai pertubuhan 'Stop Islamization of America' (Henti Islamkan Amerika) melancarkan kempen menggalakkan orang Islam supaya murtad dengan meletakkan iklan di 30 buah bas setiap bulan di Kota New York, menyuruh sesiapa yang berminat menghubungi sebuah laman web tajaannya.

Pamela Geller mendakwa, laman web itu, RefugefromIslam.com memberi penerangan kepada mereka yang mahu keluar dari agama Islam serta menyifatkan langkahnya sejajar dengan kebebasan beragama meskipun beliau dituduh sebenarnya menyembunyikan agenda anti-Muslim.

Iklan itu mula dilihat pada bas pada 14 Mei lalu, menggunakan soalan berbunyi ‘Leaving Islam’ (Mahu keluar daripada Islam?), ‘Fatwa on your head?’ (Anda diancam fatwa?) dan ‘Is your family threatening you?’ (Adakah keluarga mengancam anda?).

Geller berkata, iklan pada bas itu berharga AS$8,000 (RM26,400) dan turut disumbangkan pembaca blognya selain laman web lain termasuk Atlas Shrugs.
Ada juga iklan berkenaan dilihat pada bas di Miami. Geller juga mengakui, beliau merancang meletakkan iklan sama di bandar lain.

“Iklan itu tidak mencetuskan kemarahan orang Islam, ia sejajar dengan kebebasan beragama. Iklan itu tidak menyasarkan orang Islam yang mengikut ajaran agama mereka. Iklan itu tidak berkata ‘keluar’ tetapi ‘mahu keluar’ dengan simbol tanda tanya,” katanya.
Pegawai Pihak Berkuasa Pengangkutan Metropolitan (MTA) berkata, iklan Geller itu sudah dikaji dan tidak melanggar garis panduan MTA dan belum ada aduan diterima mengenai iklan pada bas berkenaan.

Semua iklan diperiksa terlebih dulu, kebanyakannya oleh syarikat yang mengendalikan permohonan iklan MTA tetapi ada yang dihantar kepada MTA untuk kelulusan muktamad, kata jurucakap agensi itu, Aaron Donovan.

Bulan lalu, syarikat pengangkutan Miami-Dade Transit menarik iklan itu daripada 10 bas kerana memutuskan ia mungkin mencetuskan kemarahan orang Islam, lapor akhbar The Miami Herald.

Tetapi, agensi berkenaan membuat keputusan membenarkannya diguna semula selepas mengkaji iklan itu bersama pejabat Peguam Negeri.

Anggota Majlis Perbandaran beragama Islam, Robert Jackson, mempertikai kriteria MTA membenarkan iklan itu serta tidak bersetuju dengan isi kandungannya khususnya Amerika adalah negara yang menyokong kebebasan beragama.

“Ini adalah kempen pelampau berhaluan kanan yang menentang agama Islam. Warga New York memahami perkara ini,” katanya.

Wakil Majlis Hubungan Amerika-Islam di sini, Faiza Ali, berkata iklan itu menggunakan alasan palsu bahawa seseorang itu dipaksa kekal dalam Islam sedangkan orang Islam percaya pihak yang dipaksa memeluk kepercayaan tertentu bukan penganut sebenar.

“Geller bebas berkata apa yang dia suka tetapi anggota masyarakat lain juga bebas mengkritik motif beliau. Geller sudah lama bersikap anti-Muslim dan iklan itu menyembunyikan latar belakang berkenaan,” katanya lagi. – AP


p/s masih mencaricari kekuatan...uhu

Friday, May 28, 2010

muhasabah: Al-khansa binti Amru

cinta sejati seorang ibu terhadap anak-anaknya


Dia seorang wanita yang sudah tua, namun semangat perjuangannya tetap menyala seperti wanita masih muda. Setiap tutur kata yang dikeluarkannya selalu menjadi pendorong dan bualan orang sekitarnya. Maklumlah ia memang seorang penyair dua zaman, maka tidak kurang pula bercakap dalam bentuk syair.

Al-Khansa binti Amru demikianlah nama wanita itu. Dia merupakan wanita yang terkenal cantik dan pandai di kalangan orang Arab. Dia pernah bersyair mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr:
“Setiap mega terbit, dia mengingatkan aku pada si Sakhr, malang.
Aku pula masih teringatkan dia setiap mega hilang di ufuk barat.
Kalaulah tidak kerana terlalu ramai orang menangis di sampingku ke atas mayat-mayat mereka, nescaya aku bunuh diriku.”

Setelah Khansa masuk Islam, keberanian dan kepandaiannya bersyair telah digunakannya untuk menyemarakkan semangat para pejuang Islam. Ia mempunyai empat orang putera yang kesemuanya telah diajar ilmu bersyair dan dididik berjuang dengan berani. Kemudian kesemua puteranya itu telah diserahkannya untuk berjuang demi kemenangan dan kepentingan Islam.

Khansa telah mengajar anaknya sejak kecil lagi agar jangan takut menghadapi peperangan dan cabaran.

Pada tahun 14 Hijrah, Khalifah Umar Ibnul Khattab menyediakan satu pasukan tempur untuk menentang Farsi. Semua umat Islam dari berbagai kabilah telah dikerahkan untuk menuju ke medan perang, maka terkumpullah seramai 41,000 orang tentera. Khansa telah mengerahkan keempat-empat puteranya agar ikut mengangkat senjata dalam perang suci itu. Khansa sendiri juga ikut ke medan perang dalam kumpulan pasukan wanita yang bertugas merawat dan menaikkan semangat pejuang tentera Islam.

Dengarlah nasihat Khansa kepada putera-puteranya yang sebentar lagi akan mara ke medan perang:

“Wahai anak-anakku! Kamu telah memilih Islam dengan rela hati. Kemudian kamu berhijrah dengan suka rela pula. Demi Allah, yang tiada Tuhan selain Dia, sesungguhnya kamu sekalian adalah putera-putera dari seorang lelaki dan seorang wanita. Aku tidak pernah mengkhianati ayahmu, aku tidak pernah memburuk-burukkan saudara maramu, aku tidak pernah merendahkan keturunan kamu, dan aku tidak pernah mengubah perhubungan kamu. Kamu telah tahu tentang pahala yang disediakan oleh Allah kepada kaum muslimin dalam memerangi kaum kafir itu. Ketahuilah bahawasanya kampung yang kekal itu lebih baik daripada kampung yang binasa.”

Kemudian Khansa membacakan satu ayat dari surah Ali Imaran yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman! Sabarlah, dan sempurnakanlah kesabaran itu, dan teguhkanlah kedudukan kamu, dan patuhlah kepada Allah, moga-moga kamu menjadi orang yang beruntung.” Putera-putera Khansa tertunduk khusyuk mendengar nasihat bonda yang disayanginya.

Seterusnya Khansa berkata:

“Jika kalian bangun esok pagi, insya Allah, dalam keadaan selamat, maka keluarlah untuk berperang dengan musuh-musuh kamu. Gunakanlah semua pengalamanmu dan mohonlah pertolongan dari Allah. Jika kamu melihat api pertempuran semakin hebat dan kamu dikelilingi oleh api peperangan yang sedang bergejolak masuklah kamu ke dalamnya. Dan dapatkanlah puncanya ketika terjadi perlagaan pertempurannya, semoga kamu akan berjaya mendapatkan balasan di kampung yang abadi, dan tempat tinggal yang kekal.”

Subuh esoknya semua tentera Islam sudah berada di tikar sembahyang masing-masing untuk mengerjakan perintah Allah iaitu solat Subuh, kemudian berdoa moga-moga Allah memberikan mereka kemenangan atau syurga. Kemudian Saad bin Abu Waqas panglima besar Islam telah memberikan arahan agar bersiap sedia sebaik saja semboyan perang berbunyi. Perang satu lawan satupun bermula sampai dua hari. Pada hari ketiga bermulalah pertempuran besar-besaran. 41,000 orang tentera Islam melawan tentera Farsi yang berjumlah 200,000 orang. Pasukan Islam mendapat tentangan hebat, namun mereka tetap yakin akan pertolongan Allah.

Putera-putera Khansa maju untuk merebut peluang memasuki syurga. Berkat dorongan dan nasihat dari bondanya, mereka tidak sedikitpun berasa takut. Sambil mengibas-ngibaskan pedang, salah seorang di antara mereka bersyair:

“Hai saudara-saudaraku!
Ibu tua kita yang banyak pengalaman itu, telah memanggil kita semalam dan membekalkan nasihat.
Semua mutiara yang keluar dari mulutnya bernas dan berfaedah.
Insya Allah akan kita buktikan sedikit masa lagi.”

Kemudian ia maju menetak setiap musuh yang datang. Seterusnya disusul pula oleh anak kedua maju dan menentang setiap musuh yang mencabar. Dengan semangat yang berapi-api ia bersyair:

“Demi Allah!
Kami tidak akan melanggar nasihat ibu tua kami
Nasihatnya wajib ditaati dengan ikhlas dan rela hati
Segeralah bertempur, segeralah bertarung dan menggempur musuh bersama-sama
Sehingga kau lihat keluarga Kaisar musnah.

Anak Khansa yang ketiga pula segera melompat dengan beraninya sambil bersyair:

“Sungguh ibu tua kami kuat keazamannya, tetap tegas dan tidak goncang.
Beliau telah menggalakkan kita agar bertindak cekap dan berakal cemerlang
Itulah nasihat seorang ibu tua yang mengambil berat terhadap anak-anaknya sendiri
Mari! Segera memasuki medan tempur dan segeralah untuk mempertahankan diri
Dapatkan kemenangan yang bakal membawa kegembiraan di dalam hati.
Atau tempuhlah kematian yang bakal mewarisi kehidupan yang abadi.”

Akhir sekali anak keempat menghunus pedang dan melompat menyusul abang-abangnya. Untuk menaikkan semangatnya ia pun bersyair:

“Bukanlah aku putera Khansa’, bukanlah aku anak jantan
Dan bukan pula kerana Amru yang pujiannya sudah lama terkenal,
Kalau aku tidak membuat tentera asing yang berkelompok-kelompok itu terjunam ke jurang bahaya, dan musnah mangsa oleh senjataku.”

Bergelutlah keempat-empat putera Khansa dengan tekad bulat untuk mendapatkan syurga diiringi oleh doa munajat ibondanya yang berada di garis belakang. Pertempuran terus hebat. Tentera Islam pada mulanya kebingungan dan kacau bilau kerana pihak Farsi menggunakan tentera bergajah di barisan hadapan, sementara tentera pejalan kaki berlindung di belakang binatang tahan lasak itu. Namun tentera Islam dapat mencederakan gajah-gajah itu dengan memanah mata dan bahagian-bahagian lainnya. Gajah yang cedera itu marah dengan menghempaskan tuan yang menungganginya, memijak-mijak tentera Farsi lainnya. Mereka jadi mangsa gajah sendiri. Kesempatan ini dipergunakan oleh pihak Islam untuk memusnahkan mereka.

Panglima perang bermahkota Farsi dapat dipenggal kepalanya, akhirnya merekapun lari lintang pukang menyeberangi sungai dan dipanah oleh pasukan Islam hingga air sungai menjadi merah. Pasukan Farsi kalah teruk, dari 200,000 tenteranya hanya sebahagian kecil sahaja yang dapat menyelamatkan diri. Umat Islam lega. Kini mereka mengumpul dan mengira tentera Islam yang gugur. Ternyata yang beruntung menemui syahid di medan Kadisia itu berjumlah lebih kurang 7,000 orang. Dan daripada 7,000 orang syhuhada itu terbujur empat orang adik beradik anak Khansa.

Seketika itu juga ramailah tentera Islam yang datang menemui Khansa memberitahukan bahawa keempat empat anaknya telah menemui syahid. Al-Khansa menerima berita itu dengan tenang, gembira dan hati tidak bergoncang. Al-Khansa terus memuji Allah dengan ucapan:

“Segala puji bagi Allah, yang telah memuliakanku dengan kesyahidan mereka, dan aku mengharapkan dari Tuhanku, agar Dia mengumpulkan aku dengar mereka di tempat tinggal yang kekal dengan rahmat-Nya!”

Al-Khansa kembali semula ke Madinah bersama para perajurit yang masih hidup dengan meninggalkan mayat putera-puteranya di medan pertempuran Kadisia. Dari peristiwa peperangan itu pula wanita penyair ini mendapat gelaran kehormatan ‘Ummu syuhada yang ertinya ibu kepada orang-orang yang mati syahid.

sumber: 2002 duka, himpunan kisah-kisah menyayat hati

misi bantuan kemanusiaan Gaza

alhamdulillah, akhirnya..tadi baca palestinkini..
akhirnya misi bantuan ke Gaza tiba jua, setelah pelbagai sekatan & tekanan mereka hadapi dari pihak israel yang cuba menghalang misi bantuan kemanusiaan ini daripada dapat belayar ke Gaza, syukur, moga dengan sedikit bantuan ini mampu menaikkan semangat saudara-saudara kita di Gaza...

Jumaat, 28/05/2010 – Selepas tertangguh selama 2 hari, kapal Mavi Marmara akhirnya meninggalkan Pelabuhan Yeni Antalya tepat jam 00:30 pagi (5:30 pagi waktu Kuala Lumpur)menuju ke Laut Mediterranean. Suasana di atas kapal penuh ceria, di mana peserta bersorak dan bertasbih sambil melaungkan takbir. Sesungguhnya masa menunggu selama 2 hari adalah terlalu lama bagi kami yang sekian lama bersiap sedia untuk melihat bumi Gaza.




palestine,
tidak akan pernah sendiri

Thursday, May 27, 2010

redha takdir Illahi

"barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya DIA akan mengujinya dengan kesusahan" (Riwayat Al-Bukhari)

tenanglah wahai hati
bukankah telah kau minta pada Illahi,
sesungguhnya DIA lebih mengetahui
redhalah takdir Illahi

Wednesday, May 26, 2010

epilog silam

perkongsian lirik:

haikal, epilog silam

EPILOG SILAM

Bila mengenang kisah hidup silam

Ku sedari kesilapan lalu

Tuhan beratnya dosa-dosaku

Masihkah ada ampunan buatku


Tuhan, dalam menempuh hidup ini

Banyaknya dugaan datang menguji

Tuhan, ada yang dapat ku gagahi

Dan ada yang gagal ku hindari


Tuhan dosaku mengunung tinggi

Tapi taubatku tak ku tepati

Tuhan rahmatMu melangit luas

terlalu sedikit ku bersyukur


kini ku kembali padaMu

mengharap makfirat dariMU

moga kan terampunlah dosa-dosaku

biar pun ujian melanda

ku tetap berkasih padaMU

kerna kuyakin kasihMu kekal tiada sudahnya


p/s muhasabah kembali

Monday, May 24, 2010

sahabat

sahabat, walaupun sejauh bintang, namun utuh di hati..uhibbukifillah ^_^

nasihat Imam Syafie ~ panduan bersahabat

1.Sahabat Yang Baik

Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati.

Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.

Kuhulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang. Semakin banyak aku perolehi sahabat, aku semakin percaya diri.

2.Mencari Sahabat Di Waktu Susah

Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Padahal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Kalau suka melanda, aku sering bertanya…. Siapakah yang sudi menjadi sahabatku? Dikala aku senang, sudah biasa bahawa banyak orang yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah merekapun bertepuk tangan.

3.Pasang-Surut Persahabatan

Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik. Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tak ubahnya roda zaman yang tak mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku menjauhkan diri dari mereka, mereka mencemuhkan dan jika aku sakit, tak seorangpun yang menjengukku. Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.

4.Mengasingkan Diri Lebih Baik Daripada Bergaul Dengan Orang Jahat

Bila tak ketemukan sahabat-sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang-orang jahat.

Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang adalah lebih menyenangkanku daripada bersahabat dengan kawan yang mesti kuwaspada.

5.Sukarnya Sahabat Sejati

Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Dan bersikaplah seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia. Cucilah kedua tanganmu dari zaman tersebut dan dari manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka kelak kamu akan memperolehi kebaikannya.

Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati. Kutinggalkan orang-orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan ku janji orang-orang mulia kerana kebaikannya sedikit.

6.Sahabat Sejati Di Waktu Susah

Kawan yang tak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi, dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.

Sepanjang hidupku aku berjuang keras mencari sahabat sejati sehinggalah pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tak satu negarapun yang penduduknya berhati manusia.

7.Rosaknya Keperibadian Seseorang

Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi tipuan dan rayuan. Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri-duri itu.

8.Menghormati Orang Lain

Barangsiapa menghormati orang lain, tentulah ia akan dihormati. Begitu juga barangsiapa menghina orang lain, tentulah ia akan dihinakan.

Barangsiapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barangsiapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.

9.Menghadapi Musuh

Ketika aku menjadi pemaaf dan tak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas dari bara permusuhan. Ketika musuhku lewat di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku dari kejahatan.

Aku tampakkan keramahanku, kesopananku dan rasa persahabatanku kepada orang-orang yang kubenci, sebagaimana ku tampakkan hal itu kepada orang-orang yang kucintai.

Manusia adalah penyakit dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekati mereka. Padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan.

10.Tipu Daya Manusia

Mudah-mudahan anjing-anjing itu dapat bersahabat denganku, kerana bagiku dunia ini sudah hampa dari manusia. Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk majikannya yang tersesat, tidak seperti manusia-manusia jahat yang selamanya tak akan memberi petunjuk. Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.

11.Tempat Menggantungkan Harapan

Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang-orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah. Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahupun setelah mati.

12.Menjaga Nama Baik

Jika seseorang tak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat. Dalam hati masih ada kesabaran buat sang kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.

Tak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tak sopan. Jika cinta suci tak datang dari tabiatnya, maka tak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal-hal yang kelmarin menjadi rahsia.

Selamat tinggal dunia jika tasnya tidak lagi ada sahabat yang jujur dan menepati janji.


"sesungguhnya saudaramu yang jujur adalah yang selalu bersamamu, yang bersedia mengorbankan dirinya untukmu..& orang yang apabila zamannya berganti, tidak memutuskan hubungan denganmu, sekalipun bercerai dengan mu, rasa persahabatan tetap untukmu"~Saidina Ali k.w.j

Saturday, May 22, 2010

hari-hari dalam hidupku

"atas perintah Jamal Abdul Naseer, Presiden Republik Mesir, Zainab al-Ghazali al-Jubaili mestilah diseksa seperti seksaan ke atas seorang lelaki"

"cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung"

alhamdulillah, kelmarin usai sudah membedah 'hari-hari dalam hidupku' , kisah benar yang dilalui seorang wanita Islam, zainab al-ghazali al-jubaili, yang hidup pada zaman pemerintahan Presiden Jamal Abdul Nasser, seorang taghut yang didewa-dewakan oleh tali2 barutnya..

beliau yang merupakan ketua Jama'ah Muslimat yang menjadi sayap kepada ikhwan Muslimin begitu tinggi semangat jihadnya dalam mempertahankan kebenaran yang diyakini.

Rancangan untuk membunuhnya telah dilakukan namun tidak berjaya akhirnya Zainab ditangkap dan dipenjara..beliau yang dikatakan berkomplot dalam rancangan Ikhwan Muslimin untuk membunuh Presiden Mesir, Jamal Abdul Nasser,dan merampas kuasa tetap kuat dengan keyakinannya walaupun ditawar dengan pelbagai tawaran.

“membunuh Jamal Abdul Nasser & lainnya, ataupun meruntuhkan negeri ini, tidak pernah menjadi tujuan Ikhwan Muslimin. Sesungguhnya Jamal Abdul Nasserlah yang meruntuhkan negeri ini. Cita-cita kami lebih besar daripada itu. Matlamat kami ialah hakikat yang Maha besar, urusan tauhid di muka bumi, mengEsakan Allah, beribadat hanya kepada Allah. Menegakkan Al-Quran dan assunnah. ….“

“ isu sebenar lebih besar daripada rancangan pembunuhan Jamal Abdul Nasser dan lebih penting daripada rampasan kuasa. Pembunuhan Jamal Abdul Nasser adalah perkara kecil dan orang Islam tidak perlu melakukannya. Isu sebenar adalah Islam. Islam dinegara ini belum tertegak. Jadi, kami bekerja untuk menegakkan Islam. Kami bergerak cergas untuk mentarbiah generasi muda supaya berjuang untuk Islam. Jadi, jika Jamal Abdul Nasser memerangi Islam dan peribadi-peribadimuslim, mengingkari syariat Islam dan mendakwa bahawa semua ini adalah reaksioner, fanatisme dan mundur, itu bukan urusan kami”

“kami tidak mempunyai sebarang rencana untuk membunuh Presiden Jamal Abdul Nasser. Pembunuhan beliau tidak terdapat dalam senarai agenda kami. Urusan kami lebih besar daripada membunuh seseorang atau beberapa orang. Syor untuk bunuh membunuh kami tolak.sebaliknya penyakit kamu ialah suka mbunuh orang2 mukmin. Siapakah yang memerintah kamu menyeksa dan membunuh kami? Zionisma atau komunisma?”

Begitulah antara diolag antara beliau dengan talibarut yang sentiasa dengan tongkat & bersedia memukulnya & menyebat apabila sahaja beliau tetap dengan kebenaran yang diyakininya.

Uhu (-_-”)’ sungguh tak terbayang bagaimana teruknya seksaan yang dihadapi beliau, dikurung bersama anjing-anjing liar , dipukul disebat dengan tongkat sesuka hatinya oleh taghut2 itu, ditinggalkan dalam bilik yang gelap, direndam dalam penjara air yang mempunyai takungan air kotor bersama luka yang masih berdarah, ditinggalkan dalam penjara yang dipenuhi tikus…huuu dan bermacam-macam ag seksaan yang diterima.

namun dengan berpegangkan janji-janji Allah beliau tabah mempertahankan aqidahnya..

"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.” 3:139

Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim. 3:140

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. 9:111

Buku ini mungkin dapat menjadi motivasi kepada setiap diri pendakwah supaya tidak berputus asa di jalanNya. Mempertahankan Ad-din yang mahal ini. zainab alGhazali telah menunjukkan hebatnya dakwah beliau, tidak terputus ibadah & keyakinannya & pergantungannya walaupun sedemikian diseksa

Moga bawanya saya hari-hari dalam hidupku dalam perkongsian ini, mampu membawa kalian jua untuk mengenalinya, mungkin tidaklah terkenal dia dalam kalangan kita, namun kesungguhannya mempertahankan ad-din ini wajar dicontohi..oleh saya jua hee

wallahu'alam

p/s peringatan untuk diri ini jua yang masih dlm jahiliyah uhu..moga kuat mempertahankan addin ini..