Showing posts with label remaja peduli. Show all posts
Showing posts with label remaja peduli. Show all posts

Friday, May 28, 2010

misi bantuan kemanusiaan Gaza

alhamdulillah, akhirnya..tadi baca palestinkini..
akhirnya misi bantuan ke Gaza tiba jua, setelah pelbagai sekatan & tekanan mereka hadapi dari pihak israel yang cuba menghalang misi bantuan kemanusiaan ini daripada dapat belayar ke Gaza, syukur, moga dengan sedikit bantuan ini mampu menaikkan semangat saudara-saudara kita di Gaza...

Jumaat, 28/05/2010 – Selepas tertangguh selama 2 hari, kapal Mavi Marmara akhirnya meninggalkan Pelabuhan Yeni Antalya tepat jam 00:30 pagi (5:30 pagi waktu Kuala Lumpur)menuju ke Laut Mediterranean. Suasana di atas kapal penuh ceria, di mana peserta bersorak dan bertasbih sambil melaungkan takbir. Sesungguhnya masa menunggu selama 2 hari adalah terlalu lama bagi kami yang sekian lama bersiap sedia untuk melihat bumi Gaza.




palestine,
tidak akan pernah sendiri

Friday, March 19, 2010

stop war II

.

Palestine Will Be Free

Every day we tell each other

That this day will be the last

And tomorrow we all can go home free

And all this will finally end

Palestine tomorrow will be free

Palestine tomorrow will be free

.

No mother no father to wipe away my tears

That’s why I won’t cry

I feel scared but I won’t show my fears

I keep my head high

Deep in my heart I never have any doubt

That Palestine tomorrow will be free

Palestine tomorrow will be free

.

I saw those rockets and bombs shining in the sky

Like drops of rain in the sun’s light

Taking away everyone dear to my heart

Destroying my dreams in a blink of an eye

What happened to our human rights?

What happened to the sanctity of life?

And all those other lies?

I know that I’m only a child

But is your conscience still alive

.

I will caress with my bare hands

Every precious grain of sand

Every stone and every tree‘

Cause no matter what they do

They can never hurt you

Coz your soul will always be free

.

Palestine tomorrow will be free

Palestine tomorrow will be free

.

.."Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu)… al-Baqarah: 120

~selamat bermujahadah~

Monday, March 8, 2010

sahabat sering bertanya

masih ada sahabat 7th sye yg bertanye 'ika, kenapa x g dinner kolej ko'...^_^...hehe senang menjawabnye melalui ym saje..

jawapan
sejak awal majlis nie dperkenalkan sem1 dulu, hati x senang padanya..lebih suke memerhati dri menerima,..memerhati membolehkan kte berfikir baik buruknya, menerima hanya membuka mata kte pd kebaikan majlis..fasa1 fasa 2, sye decide utk tidak mendaftar..pendapat saya: sia-sia, lagha, hanya dunia semata-mata..maaf, hanya pendpt dri sisi yg paling peribadi..lain didikan, pasti lain pendapat & tujuannya..tiada hujah yg baik utk saya beri melainkan hanya pandangan semata..maaf sye akui kelemahan diri..kerana hati yg rindukan tarbiyahNya & kerana diri yang mahu jadi terbaik untukNya, sedaya upaya dgn izin Allah jua, sye mencuba mengelakkan diri dri segala bentuk tipu daya dunia..insyaAllah..Allah jua yg membolak-balikkan hati...dunia ini sgt indah, sgt diakui...

rm100?
saya tidak kesah...saya x kan rasa rugi pada sesuatu yang saya senang padanya..

link
lalu, mungkin ini jawapan terbaik utk kalian..
http://qudwahhumaira.blogspot.com/2010/03/malam-anugerah-kenangan-terindah-kolej.html

moga terjawab ye..sahabat 7th..uhibbukifillah^_^
maaf, hanya pendapat peribadi semata...jgn salahfahamkan niat sye
wallahu'alam

Thursday, March 4, 2010

melayu kita

.
alkisahnya
masa berjalan pulang dari kelas PJ pagi td dengan seorang rakan SEP chinese..senang2 borak dlm pjlanan g ke kereta hor, rakan chinese perempuan sye nie btanya..'kenapa ye, sekarang ramai malay kat karaoke?' sye: haa??? 'dulu x de sgt, skrang sye masuk, nampak ramai malay' hmmm....reaksi sye: tdiam, tfikir, tgamam..sye tidak kuat utk membalasnya, jadi sye hanya mampu mdengar & senyap...tiada hujah, tiada kata..
malu: melayu lebih suka berhibur, berpeleseran, muzik terlampau, masalah sosial..lupa akan adab sopannya seorng melayu, lupa akan pembawakan Islam di namanya...malu...Islamnya, melayunya..hanya di IC...T_T

layunya melayu


aku lihat layu dalam melayu
aku pasti bukan aku sorang saja yang nampak
ada juga bercadang bertanya tuan punya
tapi bercampur risau
dengan tak tergamak
nanti dikata tak bersyukur,
tak sedar diri jadi aku menyendiri
memerhati
dan akhirnya mengakui
yang kita sendiri membiarkan
bunga raya melayu ke kanan
dan dibiarkan bunga tak cantik mekar dikiri
.
aku lihat layu dalam melayu
tanahair kita yang punya
kita siram,
kita baja
tapi angin api kita lupa
mereka merancang masa menjilat bangsa
tiga belas harimau bertukar menjadi mangsa
kita lupa nenek moyang kaya-raya
jangan sesekali digadai harta bendanya
.
kulihat layu dalam melayu
kulihat layu dalam melayu
kulihat layu dalam melayu
.
takkan melayu hilang didunia,
ya. tapi apa guna tak hilang didunia
kalu kewujudan tidak dirasa
petah berbahasa,
kudrat tak berjasa
orang berbudi kita hanya tahu merasa
selalu lari bila dirapat
selalu malu bila soalan diaju
selalu segan memberi pendapat
rela mengikut dari meneraju
belum nyanyi sudah bersorak
suka berjanji dalam borak
bukan kata tak ada otak
cuma tak berfikir diluar kotak
.
kulihat layu dalam melayu
kulihat layu dalam melayu
kulihat layu dalam melayu
.
aku jadi sayu
bunga menangis
diam mendayu
mahu jadi cantik tapi ragu
aku merayu
bangunlah semula hidup kembali
jangan tunggu matahari mati
cepatlah mekar sebelum terlerai
perjuangan kita belum selesai...
.

Tuesday, March 2, 2010

STOP WAR!!!

alhamdulillah, syukur & syukran ya rabb, masih dpt berkongsi sstu di sini..
benar ku tsedar kembali, ruangan kehidupan ini membuatkan kte alpa, lalai & leka..justeru itu, berdoalah pdNya moga dunia ini tidak diletakkan di hati, kerna matlamat akhir kehidupan ini adlh mencapai keredhaanNya Illahi..insyaAllah...
.
'jgn berpagi-pagian tanpa memikirkan masalah ummat Islam...'
palestine, tanah yg kian lama semakin parah...
setiap hari tiada apa yg mampu sye lakukan selain drpd baca berita 'terkini palestin' kat sebelah nie..sedih..tiada apa yg dpt sye lakukan! tiada apa.. mereka seislam kte, namun apa yg sye & kte lakukan utk mereka..T_T
.
PALESTINA apa khabar mereka?
apa khabar mereka???
aku cuba membayangkan
pastinya tiada yg baik disana
melainkan sebuah perjuangan suci
menuntut tanah kiblat pertama
terus berjihad
menuntut syahid di jalanNya
syahid di jalanNya
syahid di jalanNya
syahid di jalanNya
insyaAllah
.
kesdihan kte
sedih duka kte
masalah kte
mampu kte suarakannya
mampu kte berpenakannya
di sehelai kertas, di alam maya
semua org peduli
mengambil berat
.
namun bicara mereka ya palestina tiada terucapkan
kesedihan mereka tiada tertahankan..
hanya wajah lelah perjuangan mereka
menghantar tinta ke seluruh ummat
mengharap belas & kasih
pertolongan & pengharapan
mengertilah
palestina sedang bersedih


perjuangan pena, doa, qunut nazilah, pengharapan...

puisi
masa lab math chem, sempat bukak email ini dri remaja_masjid, tp x tersempat membacenya..selepas membacenye kembali di bilik...kata2 penuh kesedaran utk kte..

KITA BANGSA YANG SELESA

Kita bangsa yang selesa
berselindung di sebalik agama
membiarkan tersiksa saudara
sesekali tersentak
–kita menukar jenama
sedangkan dalam ruang selesa
kita berganjak tiada
–bimbang tertumpah air muka.
.
Usai musim memulau jenama
kita kembali berahi kepadanya
antara fardhu ain dengan kifayah
kita pilih bermain aksara
telefon bimbit kejap dalam genggaman
kerana yang menyanyi itu juga seagama.
.
Mengapa masih malu memulau hedonisme
Masih lagi menjadi hamba hawa nafsu
Terus alpa membenarkan eksperimen 5-S janaan mereka
Berjaya mengabui inti perjuangan sebenar
.
Sex!
.
Smoke!
.
School!
.
Sport!
.
Screen & Song!
.
Siapakah mangsa sebenar keadaan ini
Mereka yang berada di bumi Palestina
Ataukah kita yang lebih hina
Anak siapa mengandung sebelum akad
Anak siapa bibirnya berpuntung asap
Anak siapa ke sekolah tapi fikiran melayah
Anak siapa qiamulail bersama Manchester, Liverpool dan Chelsea
Anak siapa berbondong-bondong berpesta
Lebih kenal artis daripada ulama
Lebih hafal lirik daripada doa
.
Dengan ilmu sedalam lantai tempayan
Kita mencari munasabah melabuhkan sauh persoalan
di situ bahtera karam
lidah kalam tenggelam dalam
sorai ketawa
jenaka alpa.
.
Justeru kita bangsa yang selesa
gemar berselindung di sebalik agama.
.
Kita bangsa yang selesa
masih berselindung di sebalik agama
.
di sini
bangga terhimpun di laman berkolam mini
batu-batu tersusun indah memaknakan erti seni
sedangkan batu yang serupa
nilainya lebih berharga
,
di sana
menjadi peluru menghentam angkuh bangsa.
Pernahkah kita menafsir iktibar
daripada derita sebuah bangsa
bala yang tumpah ke atas Palestina
peritnya melimpah ke pelusuk atmapun
benarkah kita benar-benar percaya.
,
Sesekali peti hitam itu menayangkan sengsara
simpati melaut mencecah pantai hati
ataukah kita tak terpandang
raungan ibu
hiba ayah
titis jernih anak-anak bermata bundar
lalu segera mengalihkan berita derita
rela menonton sebaris calon penyanyi hiba
tidak cukup undi percaya; dan
kita pun sama berduka.
.
Sedangkan di bumimu, Palestina
apakah masih ada harga air mata
setelah setiap saat ia mengalir
bersama darah pejuang
bergaul debu petualang
.
III
Kami enggan menjadi bangsa yang selesa
enggan berselindung di sebalik agama
iktibar daripadamu, Palestina
adalah untuk kami dakap kejap pada jiwa
bumi bertuah ini lebih empat ratus tahun
pernah bertukar milik- Portugis, Belanda, Inggeris,- Jepun dan komunis
kini Zionis!
.
Kami enggan menjadi bangsa yang selesa
enggan mudah percaya dengan apa yang ada
kami gali kebenaran dari tanahmu
kami hayati perjuangan syuhadamu
kami tidak rela kiblat yang pertama itu
menjadi harta bangsa penjarah darah saudaraku.
.
Ayuh,
Pinjamlah semangat Salahuddin Al-Ayubi
biar mengalir ke seluruh pembuluh tubuh ini
kita rebut semula Baitul Muqaddas
kerana setiap yang hak itu punya batas
kita bukan mahu dendam berbalas
kita mahu menjadi bangsa yang peduli
.
Berjuang!
Walau bukan dengan ketul-ketul kerikil
dengan pena
dengan doa
dengan percaya
bahawa kita bersaudara
setiap kali bedilan singgah di laman rumahmu
gegarnya terasa di anjung semenanjung
.
Justeru
Kita bukan bangsa yang selesa
Tidak pernah berselindung di sebalik agama
Dengan agama jiwa nurani teguh
Dengan agama iman ini terpasak utuh.
Dengan agama kita gagalkan eksperimen durjana
Kita bina agama dan bangsa bermaruah
Membiarkan Ad-Din mengalir ke setiap pembuluh darah
Merapatkan peribadi dengan Rasulullah
Setiap satunya kembali kepada Allah.
.
Inna lillahWa inna ilaihiRaji’un.


Nisah Haji Haron
Ampangan – USM – Ampangan
1 – 5 Sya’ban 1430 H
23 – 27 Julai 2009

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan reda kepada kamu sehingga kamu mengikut agama mereka. Katakanlah : Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang benar. Dan sesungguhnya jika kamu mengikut kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong kamu”.
(Al Baqarah : 120)

STOP WAR, FREE PALESTINE!!!
.
p/s jgn minta sye tuk bhenti menulis...
kerna blog ini sye buat bkn utk suke2
katakan lah apa pun anda mahu, sye lelah utk bbicara
bukan bputus asa dri ujianNya, cuma kembali bmuhasabah diri
biarlah apa pun rasa hati ini hanya utk yang Maha Sempurna, mutlak
insyaAllah, yg baik akan sye ambil tuk panduan hdup ini, & ditapis yg buruk
wallahu'alam

Thursday, January 28, 2010

semakin kita lupai

...muhasabah diri kembali...

=(

Monday, January 25, 2010

update,update

salam...
yee ramai pulak yg bertanya bile sye nak update blog..terutamanya kakak kecik tu..hehe
ye fatin,,terima kasih kerana mengingatkan,,kadang2 lupe pulak ada blog kan hua3..
insyaAllah bg sye settlekan sume xperiment dulu,,lepas nie ika akan ada byk sket mase free tuk mengadap laptop & mengupdatekan diri..insyaAllah

hmm sepanjang jarang2 jenguk blog nie, byk post2 rakan2 yg sye x tbace..terutamanya blog sa yg dah tukar url tu ye..(^_^). sa, aku ske bace blog ko, kelakar, aku nie tuk tergelak sorang je, mmg lepas nie kalu ase2 nak jd gilo sket dok ketawa sorang2, blog ko la aku jenguk hua3..tp td x terbace sume, t ye aku dtg ag...

hoo esok lah last xperiment organic 6jam kami..fuhh lega ase, alhamdulillah...tp t minggu 9 n 10 ade ag lab 4 math chem, tp yg itu 3jam saje n juz 2 minggu je..wahh sukenya ^_^V,,
hmm tuk xperiment esok, cube teka kami nak buat apa??? haaa nak tahu, next post k..hua3 gelak jahat..

p.s sukenya wat xperiment,sbb macam2 mende baru leyh blaja, macam2 bahan2 kami leyh wat, n macam2 jugak la bau bahan2 kimia yg kami hirup hua3

Monday, November 23, 2009

what is the least we can do for the palestine???

what is the least we can do for the mujahid of palestine..??
mereka masih berjuang disana, mempertahankan negara, maruah & agama suci Allah ini.
namun apa yang kita lakukan disini?
bukankah kita juga menganut agama suci itu,
bukankah kita juga membaca kitab Quran yang sama,
kita terlalu aman disini, mereka begitu sengsara disana...
lalu apa yang kita lakukan disini?



the least we can do...
qunut nazilah for palestina




Maksudnya:

"Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah."

ameen
Wallahu’alam.

"Bukanlah mustahil, untuk Allah merobohkan masjid-Nya, sebagai pengajaran kepada ummat-Nya. Jangan sampai Allah bertindak sedemikian kepada kita."- Hilal Asyraf http://ms.langitilahi.com/semasa-palestina-kayu-ukur-kita/