Tuesday, March 30, 2010

presenting to you

haha..saje je nak promote hasil kerja sendiri..kui3
minggu lepas dah wat power point for kanak-kanak down sindrom ... dengan membawa tajuk 'mari mengenali binatang' ngee~~~
minggu nie assignmentnye wat movie maker pulak...
hehe...terime kasih kepada mieza..mmg kalu nak assignment g je jumpe die..mencurah-curah la idea dtg..nie pun mieza yg cadangkan wat bendera2 Malaysia...saya mmg mati akal awal2 dah bile dpt asimen nie..huh...

video

~tanah air ku..Malaysia~
.
p/s...hmm nampaknye minggu nie ter'paksa' memontengkan diri g kelas comp nie lgi, ngee~~
bukan sengaja k..minggu nie sye kene pergi tuuuttt, teeeet...& tuuuuttt.haha...^_^
kamu jgn rindu saya ye...^^

Friday, March 26, 2010

study no1, tapi dakwah bukan no.2...


~aku kira
jalan ini lebih kucintai
lebih kucintai dari diriku
walau lelah itu jawapan yang pasti
namun
biarkan aku terus mengembara
biarkan aku terus kuat di medan perjuangan
perbaiki diri~koreksi peribadi~
~
alhamdulillah...sye kira minggu ni setiap mlm saya, eh bukan saya je tapi kami, dipenuhi program & alhamdulillah juga, semuanya terisi dengan program makanan rohani & membina kematangan diri,ngee~~insyaAllah.. bermula dari ahad yang lalu, ada program tuttt di luar ngee~~, then datang pula 'usrah wonderpets', meeting Mt, sambungan program tuttt di sana pula ngee~~, forum 'islam warisan vs islam anutan' d KK4, & seterusnya hari ini , usrah ngan kak mum sayang..maaf kak mum, sebenarnyakan, saya sgt tak larat tadi, 24hours without sleep yet...tp jangan risau sya masih dpt apa yg kak mum usrahkan hehe...mencari besi dalam diri..& ingat jugak bulat2 yg kakmum lukis tu..ngee~~~

saya kira saya tak perlu mengeluh dengan semua ini kerana jalan ini telah saya pilih..study vs jalan perbaiki diri...tipu la jika saya katakan saya tidak tersepit antara dua jalan itu..kadang kala untuk menghadiri sesuatu program saya risau akan pelajaran saya..takut tak sempat study, takut tutor x siap...namun jangan risau, janji Allah itu pasti..saya yakin denganNya..

"....jika kamu menolong (agama) Allah,nescaya Dia akan menolong kamu dan mengukuhkan kedudukanmu" Muhammad:7

alhamdulillah, segalanya dipermudahkanNya, wlupun assignment comp saya disiapkan disaat2 akhir, semalaman mengadap komputer,namun saya berpuas hati dengannya,,hehe..suku kata singa, si & nga ye bukan sin & ga hehe...
.
belajar dri melihat apa yang dekat dengan saya sekarang, kuatnya semangat juang senior2 and kakak2 yang saya temui di program2 and usrah2...kamu kira mereka ni tak busy, hehe saya kira kebanyakan mereka ini di tahun akhir pastinya lebih busy dari kami..assignment, tesis, research...tapi saya tak nampak mereka mengeluh dengannya..malah saya rasa mereka lebih bahagia dengan menyusuri jalan ini...hanya yang melaluinya akan merasainya...
ALLAHUAKBAR

~kami tidak memulakan perjuangan, tapi kami lah mata-mata yang menyambung rantai-rantai perjuangan, InsyaAllah...~




p/s...belajar itu wajib. maka istiqamahlah & bersedia sepanjang masa
p/s2..tangan saya dah diurut..alhamdulillah semakin baik...
p/s3..insyaAllah hari ahad nie akan ke bookfair ...ye sbb si adik tu beriya-iya nak pegi..'terpaksalah' sye menemankan...ngee~~jadi siapa2 nak ikut..mari2...dialu-alukan mengeratkan ukhuwah..muslimat je k..hehe..insyaAllah
p/s4..maaf, dalam menyusuri susur kehidupan nie saya mungkin telah menyakiti hati sahabat2..jadi hanya kata maaf dapat saya ucapkan, percayalah segalanya dibawah kesedaran saya..jadi sedar2 kan saya jika ada silap saya...siapa yang mahu melukakan hati sahabatnya bukan..uhibbukumfillah..saya tak akan salah sesiapa sebaliknya mungkin ini silap saya maka akan saya perbaikinya insyaAllah

wallahua'alam

Wednesday, March 24, 2010

biarkan aku terus kuat


feeling alone?
Innallaha ma'ana
(sesungguhnya Allah bersama kita)
.
saw evil act?
Inni akhatullah
(sesungguhnya aku takutkan Allah)
.
wishing something?
Fa'iza 'azamta fa tawakkal allalah
(jika kamu berazam maka bertawakallah pada Allah)
.
missing somebody?
Mafi qalbi ghairullah
(tidak ada dihatiku melainkan Allah)
.
sengsara atau bahagia?
jika sengsara itu lebih mendekatkan kita padaNya
aku pilih untuk terus berada di jalan ini
moga dengan itu, akan ku temui kebahagiaanNya
hanya orang yang melaluinya akan merasainya
~jihad fie sabilillah~
.
menyusuri susur itu mudah
namun menuju noktah itu pasti mendatangkan lelah
moga terjaga istiqamah
walau tersepit
.

~moga memadai dengan Tuhan, kita merasa bahagia~

p/s onDway projek underground tuk mereka2 ..tp kekangan masa sgt menghalang kami...ngee~~ insyaAllah akan berjalan jua t...akan kah? wallhua'alam

Friday, March 19, 2010

stop war II

video

.

Palestine Will Be Free

Every day we tell each other

That this day will be the last

And tomorrow we all can go home free

And all this will finally end

Palestine tomorrow will be free

Palestine tomorrow will be free

.

No mother no father to wipe away my tears

That’s why I won’t cry

I feel scared but I won’t show my fears

I keep my head high

Deep in my heart I never have any doubt

That Palestine tomorrow will be free

Palestine tomorrow will be free

.

I saw those rockets and bombs shining in the sky

Like drops of rain in the sun’s light

Taking away everyone dear to my heart

Destroying my dreams in a blink of an eye

What happened to our human rights?

What happened to the sanctity of life?

And all those other lies?

I know that I’m only a child

But is your conscience still alive

.

I will caress with my bare hands

Every precious grain of sand

Every stone and every tree‘

Cause no matter what they do

They can never hurt you

Coz your soul will always be free

.

Palestine tomorrow will be free

Palestine tomorrow will be free

.

.."Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu)… al-Baqarah: 120

~selamat bermujahadah~

Tuesday, March 16, 2010

seorang lagi

SELINGAN LAGI & LAGI
rasanye kene lengkapkan mende nie..hehe.. semalam 15Mac bezday seorg lagi sahabat = exroomate..Azelah Khairudin
'Allah selamatkan kamu'...moga hidup diredhaiNya Illahi, insyaAllah
moga dengan bertambahnya uia akan bertambah jua amalan kte untukNya..
~peringatan utk diri sendiri jugak hee~


ok cukuplah 3bezday ex-roomate yang sangat disayangi dah tulis kat blog nie
jadi sume roomate2ku jgn gaduh k..name korang sume dah tercatat kat cnie k..
wlupun sekarang kami sume berada d tempat stadi yg berbeza ama n fatin ukm, azie upm, ika um.
moga ukhuwah ini berkekalan hendaknya, insyaAllah, atas nama Allah jua..
p/s rindunya zaman matrik..uhu ;(
p/s2: korang, ingat x janji kte nak stadi kat benteng hahaha..bila la nak tercapai kui3...
p/s3: mcm ade yg kurang je..hehe..gmbar ftin x de..heeee ^^
p/s4: UHIBBUKUMFILLAH ^_^

Monday, March 15, 2010

kem pemantapan rohani

kem sri raudah, Gombak

alhamdulillah, dapat gak post kan tentang kem nie..hehe
ahad semalam yg lepas, kami 22 peserta berjaya tamatkan program kem pemantapan rohani anjuran JKP Balai Islam di kem sri raudah, gombak...
conclusion : mantap!!! ^_^ best..alhamdulillah
secara keseluruhannya, inputnya menarik, jarang dpt pengalaman begini...lasak habiss haha..makin mantapkah rohani ini? insyaAllah...tepuk dada tanya iman sendiri ye..heee
kesannya pada ukhuwah kami..baru tdi sye tertidur disurau & mereka dok bercerita kisah2 lucu yg x tahan nak gelak,gelak,&gelak sepnjang kem tu hua3..izan seronok ye ko bcerita kisah kami amboi3..haha
insyaAllah, moga dtetapkan ukhuwah ini diatas jalanNya..
tahniah kpd para penggerak2 kerja kem nie kerna berjaya membawa perjalanan kem nie ngan baik...actually kami unit keselamatan tak menyumbang apa2 pun melainkan ade bekalan first aid je tuk korang ...keh3..enjoy3.^_^






ice breaking~riadah pukul berapa datuk harimau hua3~ceramah 'mengenali diri' oleh Ustaz Zanizal ~LDK~explorace~paintball~firecamp~night walk~jungle trekking


~inilah jalan perjuangan kami~

p/s x upload gmbar muslimin sbb gambar muslimat je ade kat ika...jdi maaf ye, x dpt nak tgk gambr2 muslimin2 sejati tu haha...

Thursday, March 11, 2010

im facebooking!

haaa jgn terkejut, saya sign up facebook..
kenapa sekarang? sbb nya sgt berkira-kira, byk spekulasi tntang facebook yg menyumbang kepada dana yahudi..& banyak artikel tentang facebook n hukum facebook sudah saya baca n pertimbangkan..jadi insyaAllah. sya hanya akan ambil yang baik n beri yang baik saja utk facebook..saya x kan aktif facebook ye, pengumuman awal ehee..sgt tkut terleka..jadi hanya sekadar ada, bukak hanya bila perlu...
niat asalnya hanya utk mudah connecting ngan rakan2 SEp utk perkembangan terbaru course kami, mereka dah btanye2,& insyaAllah kami ada perncangan bersama for nex sem n sem2 seterusnya...jadi utk memudahkan segalanya, facebook mungkin membantu...insyaAllah..

p/s rakan2 laen, insyaAllah sya akan add anda kemudian k

..Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal". [at-taubah:51]

Wednesday, March 10, 2010

budi+daya

alhamdulillah, semalam bkesempatan g forum anjuran JKP knegaraan n JKP Sedaya kat fac sastera..dgn membawa tajuk "Jangan Cepat Melatah: Bagaimana Mahasiswa Mendepani isu Semasa"

dgn menampilkan ahli2 panel yg hebat..
Mohammad Ridzuan Mohammad (mantan YDP MPMUM)
Ahmad Fahmi Mohd Samsudin ( mantan s/u MPPUIAM)
Mohd Syamsul Salleh ( mantan YDP MPPUPM & pgerusi jemaah YDP)

wahhh hebat2 gitu,bersyukur rasenye dpt dgr name2 besar sebegini berforum...pastinya mmg menarik kerana panel2nya sgt bpengalaman & pandai berhujah..forum yg agak panjang..& agak2 nak tlena diakhir-akhirnya haha...sbb forumnya hampir 2jam ase & sebenarnya byk input2, tp ini je la yg tersempat tertaip..jdi faham2 la ye..ngee~~

GEAR I
siapa mahasiswa?

-golongan yg mempunyai idealisme, seharusnya terpanggil dgn gelaran ini.
-'mahasiswa merupakan anak kepada masyarakat, jadi turunlah berjumpa ibu bapa kamu'
(berbakti kpd masyrakat & alert ngan isu semasa, jgan hanya tahu amalkan 3K shj, katil,kuliah,kafe)
-analoginya mahasiswa ini sama shj dgn kontraktor atau proses pembinaan, mula dri meneroka, kemudian dari meneroka, kepada proses pembinaan utk memdapatkan apa yg kte impikan & apa yg kte inginkan, sama spt kehidupan manusia, ketika zaman bayi & remaja, kte ni digelar sebagai golongan yg suka meneroka, sbb tu la semua perkara kte nak cuba. itu ketika kte zaman remaja & kanak2.
tapi apabila kte berada pd keadaan mahasiswa, ia adalah perbezaan antara remaja & dewasa. jdi kte lebih bersifat idealistik, idealisme agak tinggi utk membina sesuatu yg kte idamkan.


kepimpinan mahasiswa yang diundi?

sesiapa shj yg hendak bertanding dlm kepimpinan kampus, pertama sekali org itu mestilah berilmu & kedua, berfikir dari segala aspek. (sukarela keluar drpd kelas melaksanakan kerja2 kaunseling atau kerja2 yg berkaitan dgn agensi luar kementerian2.)

bagaimana pendirian seseorang mahasiswa itu utk terlibat dlm kepimpinan kampus,.hari ini perkara yg menjadikan keadaan kucar kacir adalah takutnya seseorng itu utk menyatakan pendirian/ menonjolkan fahaman & identiti kepimpinan mereka. apabila kte berada dlm tampuk kepimpinan, jgn blok pemikiran kte dgn ketaksuban kepada warna apa yg kte wakili, kalau begitu lah pemikiran kte, tiada bezanya, kerangka pemikiran mahasiswa kini dgn kerangka pemikiran yg pernah dibuat sebelum ini dgn keadaan politik diluar.

mahasiswa itu perlu ada 1 pendirian, apabila kte menyatakan ssuatu isu, maka isu itu bukan berlandaskan warna politik, tp berlandaskan rasional & betapa kuatnya justifikasi kte untuk menyokong atau menolak ssuatu isu, atas tiket mahasiswa. tidak perlu ada cop.(cop ini hanya akan membuatkan mahasiswa lesu)

anda yang ingin terlibat dlm kepimpinan mahasiswa, anda perlu berani, untuk berhadapan dgn ssuatu isu & pastikan bila anda ingin menyokong atau menolak sstu isu, anda ada justifikasi yg kuat, evidence yg kukuh, ada value yg tepat..& sekiranya anda menolak ssuatu isu, perlu anda tampil dgn 1 cadangan yg lebih baik..

sesiapa sahaja yg ingin menjadi pemimpin mahasiswa, anda perlu bersedia dgn segala bentuk aspek, anda x boleh takut dgn apa yg akan anda hadapi, selagi mana perkara yg anda perjuangkan itu adalah betul & benar, ia akan tetap benar. janji cara yg anda perjuangkan itu juga adalah betul & benar, ada orang yg cuba menegakkan kebenaran tp caranya tidak betul & caranya salah. & dlm konteks analisis manusia biasa, jika kita hendak memperjuangkan sesuatu yg benar tp cara kita salah, kte tetap akan dilihat sebgai watak antagonis...

ilmu, pendirian, keberanian

..."Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?"... Az-zumar:9

...Katakanlah: Apakah sama orang-orang yang buta dan orang-orang yang melihat? Atau samakah kegelapan dengan cahaya?" Ar-Ra'du: 16

"Katakanlah: Samakah keburukan dengan kebaikan?" Al-Maidah: 100

p/s ok, nie baru pusingan pertama, ade ag 2 pusingan haha..insyaAllah, kalu ade kesempatan ag dptlah kte kongsi ag, input2 dlm slot2 n 3..insyaAllah..

wallhua'lam

Tuesday, March 9, 2010

jawapan kepada persoalan I

I
Dan jika Allah menghendaki, tentulah Ia menjadikan mereka satu umat (yang bersatu dalam ugama Allah yang satu); akan tetapi Allah (tidak merancang yang demikian bahkan Ia akan) memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya ke dalam rahmatNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan); dan orang-orang yang zalim tidak ada baginya sesiapapun yang dapat memberikan perlindungan dan pertolongan. ~Asy-Syuura:8~
II
.....Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh).....~Almaaidah:48~
III
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar ~Albaqarah:155~
Iv
Dan kalaulah Allah melapangkankan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata. ~Asy-syuura:27~
.
^_^

Monday, March 8, 2010

sahabat sering bertanya

masih ada sahabat 7th sye yg bertanye 'ika, kenapa x g dinner kolej ko'...^_^...hehe senang menjawabnye melalui ym saje..

jawapan
sejak awal majlis nie dperkenalkan sem1 dulu, hati x senang padanya..lebih suke memerhati dri menerima,..memerhati membolehkan kte berfikir baik buruknya, menerima hanya membuka mata kte pd kebaikan majlis..fasa1 fasa 2, sye decide utk tidak mendaftar..pendapat saya: sia-sia, lagha, hanya dunia semata-mata..maaf, hanya pendpt dri sisi yg paling peribadi..lain didikan, pasti lain pendapat & tujuannya..tiada hujah yg baik utk saya beri melainkan hanya pandangan semata..maaf sye akui kelemahan diri..kerana hati yg rindukan tarbiyahNya & kerana diri yang mahu jadi terbaik untukNya, sedaya upaya dgn izin Allah jua, sye mencuba mengelakkan diri dri segala bentuk tipu daya dunia..insyaAllah..Allah jua yg membolak-balikkan hati...dunia ini sgt indah, sgt diakui...

rm100?
saya tidak kesah...saya x kan rasa rugi pada sesuatu yang saya senang padanya..

link
lalu, mungkin ini jawapan terbaik utk kalian..
http://qudwahhumaira.blogspot.com/2010/03/malam-anugerah-kenangan-terindah-kolej.html

moga terjawab ye..sahabat 7th..uhibbukifillah^_^
maaf, hanya pendapat peribadi semata...jgn salahfahamkan niat sye
wallahu'alam

Sunday, March 7, 2010

riadah II

rehlah di tasik Taman Jaya



^_^

rehlah tu ape?..sye pun kurang arif ..hehe tp mcm nie la rehlah..ngee~~..duduk2, takruf2, makan2, men game skit, tadabbur Quran + pengisian..conclusionnya, mengeratkan ukhuwah..ukhuwah atas nama Allah itu indah kan..^_^

alhamdulillah, jiwa sedikit terisi sbb usrah pun dah lama x berjalan kerana tiada kelapangan masa...sgt rindu kat kaksaie..T_T.. & byk input2 yg pastinya sgt3 berguna alhamdulillah,,

semakin jelas menerima maksud sebenar kita di jadikan didunia ini..

alhamdulillah

Apakah kamu semua menyangka bahwasanya kami (Allah) membuat kamu dengan main-main dan bahwasanya kamu semua tidak akan dikembalikan kepada Kami. Maka Maha Suci Allah Yang Maha Merajai dan Benar, tiada Tuhan melainkan Dia Yang Menguasai arasy yang mulia.” (Q.S. Al-Mu'minun:115-116)

p/s hari nie abang timah kahwin..maaf timah, x dpt nak menghadirkan diri...uhuu..selamat dapat kakak ipar timah hehe ^_^

Saturday, March 6, 2010

riadah I

sekadar selingan...^_^ gembiranye dpt joging tdi..alhamdulillah
.
p/s saya nak berlatih bola tampar..10% marks..tolonglah cri kan sye bola tampar punya bola..huaaaa

Thursday, March 4, 2010

melayu kita

.
alkisahnya
masa berjalan pulang dari kelas PJ pagi td dengan seorang rakan SEP chinese..senang2 borak dlm pjlanan g ke kereta hor, rakan chinese perempuan sye nie btanya..'kenapa ye, sekarang ramai malay kat karaoke?' sye: haa??? 'dulu x de sgt, skrang sye masuk, nampak ramai malay' hmmm....reaksi sye: tdiam, tfikir, tgamam..sye tidak kuat utk membalasnya, jadi sye hanya mampu mdengar & senyap...tiada hujah, tiada kata..
malu: melayu lebih suka berhibur, berpeleseran, muzik terlampau, masalah sosial..lupa akan adab sopannya seorng melayu, lupa akan pembawakan Islam di namanya...malu...Islamnya, melayunya..hanya di IC...T_T

layunya melayu


aku lihat layu dalam melayu
aku pasti bukan aku sorang saja yang nampak
ada juga bercadang bertanya tuan punya
tapi bercampur risau
dengan tak tergamak
nanti dikata tak bersyukur,
tak sedar diri jadi aku menyendiri
memerhati
dan akhirnya mengakui
yang kita sendiri membiarkan
bunga raya melayu ke kanan
dan dibiarkan bunga tak cantik mekar dikiri
.
aku lihat layu dalam melayu
tanahair kita yang punya
kita siram,
kita baja
tapi angin api kita lupa
mereka merancang masa menjilat bangsa
tiga belas harimau bertukar menjadi mangsa
kita lupa nenek moyang kaya-raya
jangan sesekali digadai harta bendanya
.
kulihat layu dalam melayu
kulihat layu dalam melayu
kulihat layu dalam melayu
.
takkan melayu hilang didunia,
ya. tapi apa guna tak hilang didunia
kalu kewujudan tidak dirasa
petah berbahasa,
kudrat tak berjasa
orang berbudi kita hanya tahu merasa
selalu lari bila dirapat
selalu malu bila soalan diaju
selalu segan memberi pendapat
rela mengikut dari meneraju
belum nyanyi sudah bersorak
suka berjanji dalam borak
bukan kata tak ada otak
cuma tak berfikir diluar kotak
.
kulihat layu dalam melayu
kulihat layu dalam melayu
kulihat layu dalam melayu
.
aku jadi sayu
bunga menangis
diam mendayu
mahu jadi cantik tapi ragu
aku merayu
bangunlah semula hidup kembali
jangan tunggu matahari mati
cepatlah mekar sebelum terlerai
perjuangan kita belum selesai...
.

Wednesday, March 3, 2010

dari sekecil luka

alkisahnya..
tadi di surau jbtn kimia, kaki thentak kat bucu batu tempt wuduk..sakitttt sikit je..huwa2...huhu, sgt cuai...ingatkan akan baik2 aje..sbb x de pndarahan pun just ade tanda merah..tp nampaknye
tidak, ptg mase nak solat asar pulak..nampaknya luka dah membengkak..

ia bermula dari sekecil-kecil perkara
spt yg tertulis dlm web ust pahrol juoi
'dalam mencari penyebab-penyebab atau punca-punca masalah, kita jangan hanya bertumpu mencari penyebab-penyebab yang besar. Sebaliknya carilah penyebab-penyebab yang kecil-kecil. Kita boleh umpamakan diri sebagai seseorang yang sedang berjalan. Jarang orang terjatuh akibat terlanggar batu-batu besar. Sebaliknya ramai yang terjatuh apabila terpijak batu-batu kecil, kulit pisang dan sebagainya. Penyebab-penyebab yang kecil sebenarnya boleh memberi ‘impak’ atau kesan yang beransur-ansur' *spt bengkak ini ye..

sahabat jika kamu berasakan putus asa pada hidup, kembali lah pada ya Rabb, selamilah masalah2 yang mungkin timbul..selamilah dari sedalam-dalam hatimu, sekecil-kecil perkara dari hati kamu..tiada bangunan yg dibina sekali gus siap, tiada, melainkan secara beransur-ansur menyusun batu akhirnya siap menjadi sebuah bangunan. tiada kejayaan yg terkecapi sebegitu sahaja, sekelip mata dalam genggaman, tiada, melainkan dgn sebuah bentuk usaha yg sgt perih, jerih, ia beransur2 membentuk sebuah kejayaan yang sebenar. jadi sahabat, jika berasakan hidup sudah tak bermakna, kejayaan semakin jauh, hidup semakin dirundung pilu, arah tuju hilang begitu sahaja..beransur-ansurlah membina semangat itu semula..bermula lah semula dari sekecil-kecil perkara.dari dalam, dari hati ke persekitaran kita...

bersabarlah & yakinlah, jika benar-benar mahukannya..tiada apa yg dpt menghalang..
'hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, dimana ade jalan , disitu ada kejayaan'

persoalan
utk apa kita mencari punca kepada permasalahan? jawapannya gampang, terjerumus kedalam masalah sesuatu pekerjaan yg kita lakukan berarti kita gagal menjayakan pekerjaan tersebut...gagal..contoh, paling hampir, sebagai seorang pelajar yang mempunyai tuntutan bukan hanya pada pelajaran tetapi terhadap banyak tanggungjawab lain ; kpd Pencipta, ibubapa, rakan-rakan,..etc

pelajar, gagal dalam membawa diri dlm pelajaran...gagal..perkataannya saja sudah menggerunkan..tetapi sebaliknya, terperasankah anda Allah selitkan satu hikmah yang sangat besar..jarang ada kejayaan yang dikecapi tanpa kegagalan, kegagalan umpama satu persimpangan..berbahagialah, jika kamu mengetahui bahawa di sebalik persimpangan itu tersimpan satu kejayaan.

semakin kamu diuji sebenarnya semakin hampir kejayaan itu kepada kamu. kejayaan, jgn kecilkan skop kejayaan ini hanya kepada kejayaan dlm pelajaran (bagi seorng pelajar), kejayaan terdapat dlm banyak bentuk..& pasti kejayaan yg hakiki mendapat redhaNya Illahi..insyaAllah..siapa yg tidak mahukannya..

keyakinan yang jitu kepada ya Rabb itu membawa kepada ketenangan
Terkadang apa yang kita harapkan tidak sesuai dengan
kenyataan. anggaplah sesuatu yang terjadi pada kita itulah yang terbaik '...kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).' annisa:19
hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui urusan yang terbaik bagi umatnya....

kuncinya, jika kamu sudah benar-benar berusaha mencari kembali diri kamu yang hilang, maka bertawakal lah kepada Allah..insyaAllah segalanya akan baik-baik sahaja

p/s peringatan untuk diri ini jua..
p/s2 moga dikuatkan Allah hatimu shabat..salam sayang ^_^


uhibbuki fillah
~never ending hope~

Tuesday, March 2, 2010

STOP WAR!!!

alhamdulillah, syukur & syukran ya rabb, masih dpt berkongsi sstu di sini..
benar ku tsedar kembali, ruangan kehidupan ini membuatkan kte alpa, lalai & leka..justeru itu, berdoalah pdNya moga dunia ini tidak diletakkan di hati, kerna matlamat akhir kehidupan ini adlh mencapai keredhaanNya Illahi..insyaAllah...
.
'jgn berpagi-pagian tanpa memikirkan masalah ummat Islam...'
palestine, tanah yg kian lama semakin parah...
setiap hari tiada apa yg mampu sye lakukan selain drpd baca berita 'terkini palestin' kat sebelah nie..sedih..tiada apa yg dpt sye lakukan! tiada apa.. mereka seislam kte, namun apa yg sye & kte lakukan utk mereka..T_T
.
PALESTINA apa khabar mereka?
apa khabar mereka???
aku cuba membayangkan
pastinya tiada yg baik disana
melainkan sebuah perjuangan suci
menuntut tanah kiblat pertama
terus berjihad
menuntut syahid di jalanNya
syahid di jalanNya
syahid di jalanNya
syahid di jalanNya
insyaAllah
.
kesdihan kte
sedih duka kte
masalah kte
mampu kte suarakannya
mampu kte berpenakannya
di sehelai kertas, di alam maya
semua org peduli
mengambil berat
.
namun bicara mereka ya palestina tiada terucapkan
kesedihan mereka tiada tertahankan..
hanya wajah lelah perjuangan mereka
menghantar tinta ke seluruh ummat
mengharap belas & kasih
pertolongan & pengharapan
mengertilah
palestina sedang bersedih


perjuangan pena, doa, qunut nazilah, pengharapan...

puisi
masa lab math chem, sempat bukak email ini dri remaja_masjid, tp x tersempat membacenya..selepas membacenye kembali di bilik...kata2 penuh kesedaran utk kte..

KITA BANGSA YANG SELESA

Kita bangsa yang selesa
berselindung di sebalik agama
membiarkan tersiksa saudara
sesekali tersentak
–kita menukar jenama
sedangkan dalam ruang selesa
kita berganjak tiada
–bimbang tertumpah air muka.
.
Usai musim memulau jenama
kita kembali berahi kepadanya
antara fardhu ain dengan kifayah
kita pilih bermain aksara
telefon bimbit kejap dalam genggaman
kerana yang menyanyi itu juga seagama.
.
Mengapa masih malu memulau hedonisme
Masih lagi menjadi hamba hawa nafsu
Terus alpa membenarkan eksperimen 5-S janaan mereka
Berjaya mengabui inti perjuangan sebenar
.
Sex!
.
Smoke!
.
School!
.
Sport!
.
Screen & Song!
.
Siapakah mangsa sebenar keadaan ini
Mereka yang berada di bumi Palestina
Ataukah kita yang lebih hina
Anak siapa mengandung sebelum akad
Anak siapa bibirnya berpuntung asap
Anak siapa ke sekolah tapi fikiran melayah
Anak siapa qiamulail bersama Manchester, Liverpool dan Chelsea
Anak siapa berbondong-bondong berpesta
Lebih kenal artis daripada ulama
Lebih hafal lirik daripada doa
.
Dengan ilmu sedalam lantai tempayan
Kita mencari munasabah melabuhkan sauh persoalan
di situ bahtera karam
lidah kalam tenggelam dalam
sorai ketawa
jenaka alpa.
.
Justeru kita bangsa yang selesa
gemar berselindung di sebalik agama.
.
Kita bangsa yang selesa
masih berselindung di sebalik agama
.
di sini
bangga terhimpun di laman berkolam mini
batu-batu tersusun indah memaknakan erti seni
sedangkan batu yang serupa
nilainya lebih berharga
,
di sana
menjadi peluru menghentam angkuh bangsa.
Pernahkah kita menafsir iktibar
daripada derita sebuah bangsa
bala yang tumpah ke atas Palestina
peritnya melimpah ke pelusuk atmapun
benarkah kita benar-benar percaya.
,
Sesekali peti hitam itu menayangkan sengsara
simpati melaut mencecah pantai hati
ataukah kita tak terpandang
raungan ibu
hiba ayah
titis jernih anak-anak bermata bundar
lalu segera mengalihkan berita derita
rela menonton sebaris calon penyanyi hiba
tidak cukup undi percaya; dan
kita pun sama berduka.
.
Sedangkan di bumimu, Palestina
apakah masih ada harga air mata
setelah setiap saat ia mengalir
bersama darah pejuang
bergaul debu petualang
.
III
Kami enggan menjadi bangsa yang selesa
enggan berselindung di sebalik agama
iktibar daripadamu, Palestina
adalah untuk kami dakap kejap pada jiwa
bumi bertuah ini lebih empat ratus tahun
pernah bertukar milik- Portugis, Belanda, Inggeris,- Jepun dan komunis
kini Zionis!
.
Kami enggan menjadi bangsa yang selesa
enggan mudah percaya dengan apa yang ada
kami gali kebenaran dari tanahmu
kami hayati perjuangan syuhadamu
kami tidak rela kiblat yang pertama itu
menjadi harta bangsa penjarah darah saudaraku.
.
Ayuh,
Pinjamlah semangat Salahuddin Al-Ayubi
biar mengalir ke seluruh pembuluh tubuh ini
kita rebut semula Baitul Muqaddas
kerana setiap yang hak itu punya batas
kita bukan mahu dendam berbalas
kita mahu menjadi bangsa yang peduli
.
Berjuang!
Walau bukan dengan ketul-ketul kerikil
dengan pena
dengan doa
dengan percaya
bahawa kita bersaudara
setiap kali bedilan singgah di laman rumahmu
gegarnya terasa di anjung semenanjung
.
Justeru
Kita bukan bangsa yang selesa
Tidak pernah berselindung di sebalik agama
Dengan agama jiwa nurani teguh
Dengan agama iman ini terpasak utuh.
Dengan agama kita gagalkan eksperimen durjana
Kita bina agama dan bangsa bermaruah
Membiarkan Ad-Din mengalir ke setiap pembuluh darah
Merapatkan peribadi dengan Rasulullah
Setiap satunya kembali kepada Allah.
.
Inna lillahWa inna ilaihiRaji’un.


Nisah Haji Haron
Ampangan – USM – Ampangan
1 – 5 Sya’ban 1430 H
23 – 27 Julai 2009

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan reda kepada kamu sehingga kamu mengikut agama mereka. Katakanlah : Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang benar. Dan sesungguhnya jika kamu mengikut kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong kamu”.
(Al Baqarah : 120)

STOP WAR, FREE PALESTINE!!!
.
p/s jgn minta sye tuk bhenti menulis...
kerna blog ini sye buat bkn utk suke2
katakan lah apa pun anda mahu, sye lelah utk bbicara
bukan bputus asa dri ujianNya, cuma kembali bmuhasabah diri
biarlah apa pun rasa hati ini hanya utk yang Maha Sempurna, mutlak
insyaAllah, yg baik akan sye ambil tuk panduan hdup ini, & ditapis yg buruk
wallahu'alam