Showing posts with label bedah buku. Show all posts
Showing posts with label bedah buku. Show all posts

Monday, December 13, 2010

diri kita: dua unsur

Alhamdulillah…sepanjang hari ini, menghabiskan bacaan pada sebuah buku, nukilan amru khaled, ‘solat malam mengamit kedamaian’ 
(mencari hamasah memenuhi mutabaah amal :) )

Sedang kita adalah manusia, 
maka kita lah orangnya yang sering lupa, 
lupa pada diri yang mempunyai dua

Dua unsur...

“dan ingatlah ketika tuhanmu mengeluarkan (benih) keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman) : ‘bukankah Aku Tuhanmu?’. Mereka(roh ) menjawab : ‘betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi SAKSI’ (kami lakukan yang demikian itu) agar pada hari kiamat nanti kamu tidak lagi mengatakan (member alas an): ‘sesungguhnya kami(bani Adam) adalah orang yang lengah (tidak diberitahukan) tentang hal ini(keesaan Allah) “ (7:172)
kita punya DUA unsur

Apakah anda lupa bahawa kita memiliki dua unsur: satu adalah diri zahir, yang terdiri daripada tubuh badan yang kasar yang dapat dilihat dengan mata dan yang dapat dirasa oleh anggota, iaitu jasad kita. Dan satu lagi ialah unsur diri yang tidak dapat dilihat oleh mata dan tidak dapat dirasai oleh anggota, iaitu diri roh kita.. Tanpanya, jasad kita tidak bererti , bahkan menjadi mati dan busuk


lalu, perhatikanlah
bagaimana perhatian kita terhadap unsur kita yang kedua,
jika ia sakit adakah mampu kita lihat akan luka dan darahnya,
apakah mampu kita rawati ia dengan kapas dan kain

jasad dan roh, bentuk dan peranannya adalah berbeza
bila keduanya memerlukan sesuatu
maka sesuatu yang digunakan untuk memenuhinya juga adalah berbeza
rasa lapar dan dahaga antara jasad dan roh
berbeza makanan dan santapannya
rasa sakit dan luka
berbeza ubat-ubatannya dan cara merawatnya

ketahuilah, kemuliaan seorang mukmin itu kerana solat malamnya
dan kehebatannya kerana tidak bergantung kepada sesama manusia

“Saya mahu jadi luar biasa, kerana jika saya biasa-biasa, lalu apa beza KITA dengan mereka”

Tuesday, June 8, 2010

65 gambaran kehidupan sahabat

alhamdulillah, dapat jua menyambung penulisan disini. khamis lalu telah berjaya menghabiskan pembedahan buku '65 gambaran kehidupan sahabat' yang dipinjamkan ummi mum sayang hihi..

"sesiapa yang ingin mencontohi seseorang,makan ambillah contoh daripada mereka yang telah mati. kerana orang yang masih hidup belum terjamin kesudahannya hidupnya"

65 gambaran kehidupan sahabat jilid I ini telah saya soroti, tersingkaplah, satu persatu kisah kehidupan generasi unik ini. generasi yang pernah bersama-sama menyelusuri hidup bersama Rasulullah. Generasi unggul yang tidak akan wujud lagi generasi sepertinya selepas generasi mereka. 

kisah kehebatan keimanan mereka, kisah keunggulan peribadi mereka, kisah kesungguhan dalam pencarian ilmu & kisah semangat jihad dalam perjuangan bagaikan satu gambaran ilusi namun hakikatnya begitulah realiti. bukan rekaan semata-mata. pasti akan ketemu kisah-kisah keajaiban keimanan mereka yang tak tergambarkan oleh kita.

Benarlah, menyoroti kehidupan para sahabat mampu menjadi motivasi pada jiwa yang letih & inginkan tarbiyyah. kisah sahabatlah yang mampu menyedarkan kita tentang kecilnya ujian yang dihadapi kita,jika hendak dibandingkan dengan kisah realiti hidup para sahabat kekasih Allah, Rasulullah S.A.W ini. Benarlah, ia penuh pengajaran & satu realiti yang sangat hebat

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? ...2:214

p/s I satu-satunya buku yang setakat ini mampu masih terngiang-ngiang ,masih teringat-ingat difikiran kisah perjuangan mereka, sangat dahsyat..uhu

p/s II kepada yang ke negara seberang..jaga diri jaga iman jaga niat  sentiasa tunggu kepulangan kamu..uhibbukifillah T_T


p/s III juga ucapan selamat buat 2 orang sahabat, farehaazhar & teeet ngee yang pergi mengerjakan umrah di madinah & makkah pada 5&6jun lalu, semoga selamat pergi & selamat kembali dengan pembawaan jiwa yang baru insyaAllah..semoga

Monday, May 31, 2010

petunjuk sepanjang jalan

alhamdulillah, semalam usai saya membedah sebuah penulisan as-syahid syed qutb...meski telah berlalu zaman beliau, kira 5otahun yg lalu, hayati penulisannya & lihatlah apa yang telah berlaku disekeliling kita,..
hidayahNya melalui buku ini telah terbuka mata saya pada perkara-perkara yang kabur, kini jelas dimata saya..

undang-undang Allah yang tidak terlaksana
'negara Islam' yang diuar-uarkan hanya sekadar nama
generasi 'belajar untuk melaksana' yang tidak akan lagi terbentukkan
syahadah LA ILAAHA ILLALLAH & MUHAMMADUR RASULULLAH yang cukup hanya sekadar mengucap...

jauhnya kita dari kehidupan Islam yang sebenar T_T


ya Allah teguhkan aku pada jalanMu,
petunjuk itu ya Allah,
janganlah hanya hati ini,
sebarkan ia pada orang disekelilingku,
moga redhaMu bersama kami
amiin

Sunday, May 30, 2010

matlamat israel

menyelusuri penulisan as-syahid syed qutb dalam penulisannya yang telah membawa beliau ke tali gantung 'Petunjuk Sepanjang Jalan'. bacalah buku ini dan lihatlah sekeliling, sangat kena dengan apa yang kita (umat Islam) hadapi di kala ini...dalam banyak bab2nya, tertarik untuk berkongsi salah satunya yang berkaitan yahudi.

Allah telah membongkar hakikat matlamat terakhir orang-orang Yahudi dan Kristian terhadap orang-orang Islam melalui firman ini:

“Sebahagian besar Ahli Kitab menginginkan agar mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman, kerana dengki yang [timbul] dari diri mereka sendiri, setefah nyata bagi mereka kebenaran. Maka maafkanlah dan biarkanlah mereka, sampai Allah mendatangkan perintah-Nya. Sesungguhnya Allah kuasa di atas segala sesuatu.” Al-Baqarah: 109

Dan:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk [yang sebenarnya]. " Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” Al-Baqarah: 120

Dan firmanNya:

"Hai orang-orang yang beriman! jika kamu mengikut sebahagian dari orang-orang yang diberi Al-Kitab, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang kafir sesudah kamu beriman. Ali-Imran: 100

Dan hadis:

Rasulullah SAW telah bersabda, mengikut Al-hafiz Abu Ya'la dari Hammad, dari Asy-Sya'abi dari Jabir r.a. (radhial lahu 'anhum): "Jangan sekali-kali kamu bertanyakan sesuatu masalah pun kepada orang-orang kafir Ahli Kitab, sesungguhnya mereka tidak akan dapat memberi petunjuk kepada kamu sebab mereka sendiri pun telah sesat. Kalau kamu buat juga demikian maka kamu akan berhadapan dengan dua kemungkinan: iaitu sama ada kamu ikut membenarkan yang batil, atau pun kamu mendustakan yang hak; dan sesungguhnya, demi Allah, seandainya Musa itu masih hidup bersama kamu sekalian, tidak halal baginya melainkan selain daripada mengikut aku."

Setelah diketahui secara jelas mengenai matlamat orang-orang Yahudi dan Kristian terhadap umat Islam, berdasarkan keterangan Al-Quran sendiri, maka adalah suatu kebodohan, kedunguan dan ketololan untuk menganggap, walau sekejap pun, bahawa mereka, ahli kitab itu (Yahudi dan Kristian) ketika membuat penyelidikan mengenai sesuatu masalah yang berkaitan dengan akidah dan sejarah Islam itu, mereka berada di dalam keadaan berniat baik, suci hati dan ikhlas. Begitu juga halnya bila mereka membuat kajian dari penyelidikan mengenai sistem masyarakat Islam, sistem politik dan ekonominya. Kalau masih ada juga di antara kita orang yang berbaik sangka terhadap mereka, maka bacalah firman Allah itu, tepuk dada dan tanya iman.

wallahu'alam,

"Katakanlah." "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)"

Friday, May 21, 2010

Kewajipan-kewajipan Seorang Saudara Muslim

Di dalam risalah At-Taalim Asy-Syahid Hassan Al-Banna telah menetapkan lebih tiga puluh kewajipan bagi seseorang saudara muslim yang menggabungkan dirinya dengan Harakah Islamiah. Dengan kewajipan-kewajipan ini Imam Al-Banna telah merumuskan kewajipan setiap seorang muslim terhadap dirinya, rumah tangganya dan masyarakatnya. Beliau mengatakan:

"Wahai saudara yang jujur! Keyakinan saudara terhadap persetiaan (baiah) ini, menuntut saudara menunaikan kewajipan-kewajipan berikut ini sehingga menjadi batu-batu yang kukuh bagi binaan kita".

  1. Saudara hendaklah mewiridkan (membaca) Al-Quran kira-kira satu juzuk setiap hari dan bersungguh-sungguh melakukannya supaya dapat khatam dalam tempoh tidak lebih dari satu bulan tetapi janganlah dihabiskan dalam tempoh kurang dari tiga hari.

  2. Saudara hendaklah membaca Al-Quran dengan baik (sebutan dan tajwid), sanggup pula mendengar dan merenungi maksud pengertiannya. Saudara juga hendaklah mempelajari sirah perjalanan hidup Rasulullah s.a.w dan sejarah angkatan salafussoleh yang mampu dilakukan sesuai dengan ruang waktu yang ada pada saudara. Sekurang-kurangnya saudara membaca buku "Hamalatul Islam" sebagai kajian permulaan. Hendaklah saudara memperbanyakkan membaca hadis-hadis Rasulullah s.a.w dan menghafal sekurang-kurangnya empat puluh hadis iaitu hadis 40 susunan Imam Nawawi. Saudara juga hendaklah mempelajari sebuah risalah atau kitab mengenai usul-usul akidah dan sebuah kitab mengenai hukum-hakam fekah.

  3. Saudara hendaklah segera berjumpa doktor supaya diperiksa kesihatan am saudara. Jika didapati ada apa-apa penyakit saudara hendaklah segera mencari ubatnya. Saudara hendaklah mengambil berat terhadap sebab-sebab kekuatan badan dan pemeliharaannya. Di samping itu saudara hendaklah menjauhkan diri dari perkara-perkara yang boleh melemahkan kesihatan.

  4. Saudara hendaklah menjauhkan diri dari meminum kopi, teh atau minuman menyegarkan seumpamanya secara berlebihan. Janganlah saudara meminumnya kecuali di ketika yang sangat perlu dan janganlah sekali-kali saudara menghisap rokok.

  5. Saudara hendaklah mengambil berat tentang kebersihan dalam semua perkara, dalam rumah tangga, pakaian, makan-minum, tubuh-badan dan tempat kerja (pejabat) kerana agama ini dibina di atas dasar kebersihan.

  6. Saudara hendaklah bercakap benar dan jangan sekali-kali berdusta.

  7. Saudara hendaklah menunaikan dengan tepat segala kata-kata dan janji dan jangan sekali-kali saudara memungkirinya walaupun dalam keadaan paling sulit sekalipun.

  8. Saudara hendaklah bersifat berani dan tahan memikul bebanan (tanggungjawab), semulia-mulia keberanian talah berani berterus-terang dalam perkara yang benar dan sanggup menyimpan rahsia, berani mengaku kesilapan diri sendiri, sanggup menyedarkan diri sendiri dan mampu mengawal diri ketika marah.

  9. Saudara hendaklah bersikap serius dengan cara bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara. Kesungguhan sikap ini tidaklah sampai kepada peringkat sehingga menahan saudara dari bergurau-senda dengan cara yang benar dan ketawa dengan senyum.

  10. Saudara hendaklah bersifat pemalu, halus perasaan dan mudah terasa (peka) kepada sesuatu yang baik ataupun yang buruk, dengan cara menunjukkan kegembiraan kepada sesuatu kebaikan dan menunjukkan kedukacitaan terhadap sesuatu yang buruk. Saudara hendaklah bersikap merendah diri tetapi bukan kerana merasa hina atau bertongkat dagu kepada orang lain. (Jika saudara menuntut sesuatu) saudara hendaklah memintanya kurang dari martabat kerana dengan cara demikian saudara dapat mencapai martabat sebenarnya dengan kebenaran.

  11. Saudara hendaklah berlaku adil dan benar dalam menjalankan sesuatu hukum dalam segala perkara dan jangan saudara melupakan kebaikan orang lain kerana marah dan janganlah kerana sayang. Budi orang lain hendaklah dikenangkan walaupun ketika bermusuhan. Saudara hendaklah sanggup bercakap benar walaupun ke atas diri sendiri atau ke atas orang yang paling hampir dengan kamu walaupun ucapan itu pahit.

  12. Saudara hendaklah benar-benar cergas dan terlatih dalam melakukan kerja-kerja kebajikan am sehingga saudara merasa bahagia dan menyenangkan perasaan apabila saudara dapat memberi khidmat kepada orang lain. Untuk maksud ini saudara hendaklah menziarahi orang-orang yang sakit, membantu orang yang berhajat (memerlukan), meringankan orang yang menanggung bebanan dan melapangkan orang yang ditimpa bencana dan melapangkan orang yang ditimpa bencana walaupun sekadar mengeluarkan kata-kata yang baik dan manis. Kesimpulannya hendaklah saudara segera melakukan kebajikan.

  13. Saudara hendaklah bersifat belas-kasihan, pemurah dan bertolak-ansur. Dalam perkara ini saudara hendaklah memberi kemaafan dan mengampunkan kesilapan-kesilapan orang lain dan sentiasa bersabar dan bertenang. Bertimbang-rasa bukan terbatas kepada manusia sahaja malah terhadap haiwan sekalipun hendaklah saudara bertimbang-rasa. Saudara hendaklah memelihara pergaulan dan akhlak yang baik dengan orang ramai, memelihara adab-sopan secara Islam, menaruh belas kasihan terhadap yang lebih muda dan menghormati orang-orang yang lebih tua, melapangkan tempat duduk di dalam majlis-majlis perhimpunan, janganlah saudara mengintai-intai, mengumpat-umpat dan menceroboh. Saudara hendaklah meminta izin terlebih dahulu sebelum memasuki ke satu-satu tempat dan ketika hendak mengundurkan diri daripadanya.

  14. Saudara hendaklah boleh membaca dan menulis dengan baik dan sentiasa banyak mengulang-kaji risalah-risalah Ikhwanul Muslimin seperti akhbar-akhbar, majalah dan seumpamanya yang diterbitkan oleh mereka. Seboleh-bolehnya saudara hendaklah memiliki kutub khanah (perpustakaan) sendiri walaupun kecil. Dengan ini saudara pula hendaklah mendalamkan ilmu pengetahuan dan kepandaian saudara. Jika saudara termasuk dalam golongan yang mempunyai pengkhususan berkenaan urusan-urusan dalam bidang tertentu, saudara hendaklah mempunyai pengalaman berkenaan urusan-urusan keIslaman sekadar yang membolehkan saudara melihat dan menghukumnya supaya selari dengan tuntutan-tuntutan fikrah perjuangan kita.

  15. Saudara hendaklah membuat sesuatu pekerjaan ekonomi sekalipun saudara sudah kaya-raya dan hendaklah saudara memilih dan membuat apa jua pekerjaan yang bebas sekalipun kecil. Ceburkanlah diri saudara ke dalam bidang berkenaan walau apa juga kedudukan ilmu pengetahuan yang ada pada saudara.

  16. Janganlah saudara mencari-cari kerja di dalam jabatan-jabatan kerajaan malah saudara hendaklah memandang pekerjaan seperti itu sempit pintu rezekinya. Tetapi jangan pula saudara terus menolak apabila datang peluang pekerjaan. Janganlah pula saudara lepaskan pekerjaan tersebut kecuali kalau ia benar-benar bertentangan dengan kewajipan-kewajipan dakwah kita.

  17. Saudara hendaklah berjaga-jaga supaya dapat menunaikan tugas dan tanggungjawab saudara dengan penuh amanah tentang kelicinan dan kehalusan pekerjaannya, jangan sekali-sekali anda menipu, malah saudara hendaklah menunaikan tugas tersebut tepat dengan mdan janjinya.

  18. Saudara hendaklah menuntut hak-hak saudara dengan cara yang baik dan menunaikan hak-hak orang lain dengan sempurnatanpa perlu dituntut dantidak menangguh-nangguhkan.

  19. Saudara hendaklah menjauhi permainan judi walau apapun jenisnya dan walau apapun tujuannya. Saudara juga hendaklah menjauhi sebarang cara penghasilan yang haram sekalipun memperolehi keuntungan dengan serta merta.

  20. Saudara hendaklah menjauhi amalan riba dalam seluruh muamalat malah hendaklah saudara membersihkan diri sama sekali dari sebarang amalan riba.

  21. Saudara hendaklah menggunakan harta kekayaan Umat Islam kepada jalan-jalan yang menggalakkan perusahaan dan institusi-institusi ekonomi Islam dan saudara hendaklah berjaga-jaga supaya jangan tercicir walaupun satu sen ke tangan pihak yang bukan Islam walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Janganlah saudara memakai dan memakan kecuali pakaian dan barang makanan yang dikeluarkan oleh negara Islam.

  22. Saudara hendaklah menyumbangkan untuk dakwah kita dari harta saudara dan jangan lupa mengeluarkan zakat yang wajib malah hendaklah saudara menguntukkan sedikit daripada harta itu untuk menolong pengemis-pengemis dan orang-orang yang terputus rezeki sekalipun pendapatan saudara sangatlah kecil.

  23. Saudara hendaklah menyimpan sebahagian dari wang pendapatan saudara untuk waktu-waktu kecemasan walaupun sedikit dan janganlah sekali-kali saudara terjerumus di dalam amalan-amalan membelanjakan wang dalam perkara-perkara yang tidak mustahak.

  24. Saudara hendaklah berusaha sedaya upaya menghidupkan adat-adat yang bercorak Islam sebaliknya mematikan adat-adat asing dalam semua lapangan hidup. Di antara adat tersebut ialah cara-cara memberi hormat, bahasa, sejarah. Masa bercuti, makanan, minuman, cara-cara datang dan pergi, cara berduka, cara bersuka dan sebagainya. Dalam semua kebiasaan-kebiasaan itu saudara hendaklah beramal dengan sunnah Rasulullah s.a.w.

  25. Saudara hendaklah pulaukan mahkamah tempatan dan sebarang proses kehakiman yang bukan Islam, kelab-kelab, akhbar-akhbar, perkumpulan-perkumpulan, sekolah-sekolah dan institusi-institusi yang menentang fikrah Islamiah. Pemulauan tersebut mestilah dilakukan secara bersungguh-sungguh.

  26. Saudara hendaklah sentiasa merasai diri saudara berada di bawah pengawasan Allah s.w.t, mengingati hari akhirat dan bersedia untuk ke sana dan hendaklah saudara mempertingkatkan perjalanan hidup sehari-hari satu peringkat ke satu peringkat yang lebih tinggi dalam mendapatkan keredaan Allah dengan hemat dan keazaman yang kuat. Dekatkanlah diri saudara kepada Allah s.w.t dengan cara mengerjakan ibadat-ibadat sunat seperti sembahyang tahajud (di waktu malam), berpuasa sekurang-kurangnya tiga hari setiap bulan, memperbanyakkan zikir di dalam hati dan lidah dan berdoa dengan doa-doa yang ma'thur dalam setiap keadaan.

  27. Saudara hendaklah melakukan dengan baik apabila bersuci (iaitu berwuduk dengan cara menyempurnakan segala syarat dan rukunnya) dan hendaklah saudara sentiasa berada di dalam keadaan berwuduk.

  28. Saudara hendaklah mengerjakan sembahyang dengan cara yang betul (iaitu menyempurnakan syarat dan rukun-rukunnya) dan menunaikannya pada waktu-waktunya dengan mengutamakan sembahyang berjemaah dan sembahyang di masjid seboleh yang mungkin.

  29. Saudara hendaklah berpuasa pada bulan Ramadan dan menunaikan Haji ke Baitullah apabila saudara berkemampuan pergi ke sana dan jika sekiranya saudara belum mampu hendaklah membuat persediaan untuknya mulai sekarang.

  30. Saudara hendaklah sentiasa berada di dalam keadaan niat berjihad dan bercita-cita untuk mati syahid serta melakukan persediaan sedaya-upaya untuk berjihad dan mati bersama-sama dengan para syuhada'.

  31. Saudara hendaklah sentiasa memperbaharui taubat dan memohon keampunan, menjauhkan diri dari dosa-dosa besar. Saudara hendaklah memperuntukkan masa selama satu jam sebelum tidur untuk menghisab diri saudara tentang kebaikan-kenaikan dan kejahatan-kejahatan yang telah saudara lakukan. Saudara hendaklah menjaga masa kerana masa itu adalah kehidupan. Oleh itu janganlah saudara membazirkan masa itu walaupun sedikit kepada perkara-perkara yang tidak memberi faedah dan hendaklah saudara menjauhkan diri dari perkara-perkara yang syubahat dan samar-samar hukumnya supaya saudara tidak terjatuh ke dalam perkara-perkara yang haram.

  32. Saudara hendaklah bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu saudara sehingga mudah saudara mengendalikannys. Saudara mestilah menjaga penglihatan saudara (dari benda-benda atau tempat-tempat yang haram) dan kuasailah desakan-desakan naluri saudara dengan cara mengarahkannya kepada perkara-perkara yang halal lagi baik dan elakkanlah diri dari sesuatu yang haram walau apapun bentuknya.

  33. Saudara hendaklah menjauhkan diri sama sekali dari arak, minuman-minuman yang memabukkan dan minuman-minuman yang melemahkan kesihatan badan atau minuman yang seumpamanya.

  34. Saudara hendaklah menjauhkan diri dari berdampingan dengan rakan-rakan yang jahat, kawan-kawan yang rosak dan segala tempat berlakunya maksiat dan dosa.

  35. Saudara hendaklah memerangi tempat-tempat permainan yang keji apatah lagi menghampirinya malah saudara juga menjauhkan diri dari cara hidup yang bermewah-mewahan dan bersenang-lenang.

  36. Saudara hendaklah mengenali anggota-anggota pasukan saudara demi seorang dengan sebenar-benar pengenalan. Di samping itu saudara juga memperkenalkan diri saudara kepada mereka sama seperti saudara mengenali mereka dengan cara menunaikan dengan sempurna hak-hak persaudaraan seperti kasih-sayang, menghargai, memberi pertolongan, mengutamakan diri mereka dan menghadiri majlis-majlis mereka, janganlah saudara ketinggalan dari menghadirinya kecuali keuzuran yang tidak dapat dielakkan. Saudara hendaklah sentiasa membuktikan bahawa saudara benar-benar mengutamakan diri mereka dari diri saudara sendiri.

  37. Saudara hendaklah melepaskan diri daripada berhubung dengan sebarang badan atau kumpulan yang tidak memberi faedah kepada fikrah perjuangan saudara terutama jika saudara disuruh berbuat demikian dengan kumpulan seperti itu.

  38. Saudara hendaklah bekerja untuk menyiarkan dakwah saudara di segenap ceruk rantau dan saudara hendaklah melaporkan kepada pucuk pimpinan tentang keadaan suasana yang mengelilingi saudara dan janganlah saudara melakukan sesuatu kerja yang menjejaskan dasar-dasar seruan kita melainkan dengan mendapat keizinan terlebih dahulu (dari pucuk pimpinan). Dalam melakukan kerja sedemikian, saudara hendaklah mempunyai hubungan yang rapat dengan pucuk pimpinan, malah dari sudut jiwa dan amalan saudara hendaklah menganggap diri saudara adalah seorang perajurit yang sentiasa bersiap-sedia di khemahnya, hanya menunggu saat menerima perintah dan tindakan.
'apa ertinya saya menganut Islam' by ustaz fathi yakan

Wednesday, May 19, 2010

bonded by aqidah

Kewajipan dan Tanggungjawab Ukhuwwah (Persaudaraan):

1. Ukhuwwah (yang terjalin di antara seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain) mestilah menjadi hubungan yang membawa mereka kepada ketaatan kepada Allah sebagai membenarkan sabda Rasulullah s.a.w yang menyatakan:

.

Yang bermaksud:

.

"Sesiapa yang Allah ingin kurniakan kebaikan kepadanya nescaya Allah mengurniakan kepadanya seorang teman setia yang salih, jika sekiranya dia terlupa (lalai) dia menolong memberi peringatan dan apabila (temannya itu) memperingatkannya ia akan menolongnya".

.

Teman setia yang baik seperti inilah yang dimaksudkan oleh Sayidina Umar bin Al-Khattab r.a yang mengatakan:

"Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur dan hiduplah di kalangan mereka kerana mereka itu adalah perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu kesusahan".

2. Di sudut kejiwaan pula, ukhuwwah merupakan satu keperluan kerjasama, turut merasai keperluan-keperluan saudara-saudara yang lain dan berusaha memenuhi keperluan tersebut sebagai menyahut tuntutan sabda Rasulullah s.a.w:

Yang bermaksud:

"Jika sekiranya seorang dari kamu berjalan bersama saudaranya dengan tujuan memenuhi keperluannya (dan baginda menunjukkan isyarat dengan jari-jari baginda) amalan itu lebih utama dari dia beriktikaf selama dua bulan di dalam masjidku ini". (Hadis riwayat Al-Hakim dan dia mengatakan bahawa sanad-sanadnya sahih).

3. Persaudaraan juga adalah kerjasama di bidang kebendaan sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:

Yang bermaksud:

"Sesiapa yang melapangkan seorang muslim dari satu kesusahan dunia nescaya Allah melapangkan untuknya satu dari kesusahan di akhirat. Sesiapa yang memudahkan seseorang yang berada di dalam kesusahan nescaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menyembunyikan rahsia seorang muslim nescaya Allah akan memelihara rahsianya di dunia dan di akhirat. Dan Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama ia menolong saudaranya".

4. Ukhuwwah adalah tanggungjawab kemasyarakatan yang merangkumi kewajipan-kewajipan yang ringkas. Sehubungan dengan perkara ini Rasulullah s.a.w bersabda:

Yang bermaksud:

"Hak seseorang Muslim ke atas seorang muslim yang lain ada enam perkara: (1) Apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam, (2) Apabila dia menjemputmu maka penuhilah jemputannya itu, (3) Apabila dia meminta nasihat hendaklah engkau memberi nasihat kepadanya, (4) Apabila dia bersin dan bertahmid maka hendaklah engkau lengkapkan dengan bertasymit, (5) Apabila dia sakit hendaklah engkau menziarahinya dan (6) Apabila dia meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya". (Hadis riwayat Muslim).

5. Ukhuwwah juga bererti kemesraan, kasih-sayang dan saling bantu-membantu. Berhubung dengan perkara ini Rasulullah s.a.w bersabda:

Yang bermaksud:

"Janganlah kamu saling memutuskan hubungan silaturahim, janganlah kamu saling belakang-membelakangi, janganlah kamu saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad dengki. (Sebaliknya) jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim itu memulaukan saudaranya (yang mukmin) melebihi tiga hari". (Hadis riwayat Imam Malik, Bukhari, Abu Daud, Tirmizi dan Nasaie).

Rasulullah s.a.w juga bersabda:

Yang bermaksud:

"Janganlah kamu memandang rendah terhadap sesuatu kebaikan, walaupun dengan cara bermanis muka ketika bertemu saudaramu (kerana itu juga satu kebaikan)". (Hadis riwayat Muslim).

Rasulullah s.a.w juga bersabda:

"Setiap perkara kebaikan adalah sedekah. Sesungguhnya di antara perkara mitu ialah bermanis muka ketika bertemu saudaramu dan menolong memenuhi bejana saudaramu dengair". (Hadis riwayat ).

Rasulullah s.a.w juga bersabda:

"Hendaklah kamu saling memberi hadiah kerananya kamu saling berkasih-sayang dan akan jauhlah permusuhan". (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

6. Ukhuwwah menurut ajaran Islam ialah keghairahan dan setia kerana Rasulullah s.a.w bersabda:

Yang bermaksud:

"Sesiapa yang mempertahankan maruah kehormatan saudaranya nescaya Allah akan menjaga wajahnya dari seksaan api neraka di hari kiamat". (Hadis riwayat Tirmizi).

Baginda juga bersabda:

Yang bermaksud:

"Doa seorang saudara kepada saudaranya yang lain (sedangkan saudaranya itu tidak mengetahui doa tersebut) adalah doa yang pasti diperkenankan, di sisinya terdapat malaikat yang ditugaskan di mana setiap kali ia mendoakan kebaikan atau keselamatan untuk saudaranya, malaikat yang ditugaskan itu berkata: Amin dan bagimu seperti itu juga". (Hadis riwayat Muslim).



p/s sahabat-sahabat, moga bersahabat kita ikhlas kerana Allah s.w.t, insyaAllah, Allah jua yang membolak-balikkan hati kita..uhibbukumfillah ^_^

Wallahu'alam

dari 'Apa ertinya saya menganut Islam'~fathi yakan

Tuesday, May 18, 2010

apa ertinya aku menganut Islam?

bismillahirrahmanirrahim

“Kebanyakan orang menganut agama Islam kerana hobi atau kerana mereka dilahirkan oleh dua ibu bapa yang muslim. Pada hakikatnya mereka tidak memahami erti penggabungan diri mereka ke dalam agama Islam. Mereka juga tidak mengetahui tuntutan penggabungan diri mereka ke dalam agama Islam, oleh kerana itu, saudara lihat mereka berada di satu pihak sedang Islam berada di satu pihak yang lain

begitulah mukaddimah buku yang baru usai saya membedahnya semalam "Apa ertinya saya menganut Islam?" oleh Ustaz Fathi Yakan, seorang aktivis pergerakan Islam tersohor, ulama' besar dunia islam yang telah kembali ke rahmatullah pada 13June2009 yang lalu...semoga rohnya ditempatkan bersama yang soleh.


Lalu buku ini menjawab banyak persoalan juga menjelaskan tuntutan yang dituntut islam dari seorang muslim, dari sudut Akidah, Ibadah, Akhlak & keluarga supaya pengabungannya & islam nya adalah yang hakiki & benar2 islam..bukan atas IC sahaja k..begitu juga tuntutan yang menjadi kewajipan kita dalam menggabungkan diri didalam gerakan Islam.

Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan&susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: "orang-orang Islam" semenjak dahulu & di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar & yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan. 22:78

semuanya adalah untuk mengembalikan semula kegemilangan Islam,

melaksanakan undang-undang Islam & mengisi kembali kekosongan-kekosongan dari sudut aqidah, ibadah & akhlak umat islam

Pengisian yang mantap, jiwa-jiwa yang tercari-cari arahnya mula nampak jalan & caranya dalam memantapkan aqidah, ibadah & akhlak,insyaAllah semoga mendapat manfaat bersama dengan pembacaan ini & pada anda yang akan membacanya kelak~recommended~^_^ ..insyaAllah

Wallahu'alam

“Jalan ini merupakan satu jalan yang tidak akan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & kehidupan masa depannya. Jalan ini tidak akan sanggup dilalui oleh orang yang mementingakan kerehatan & tuntutan hawa nafsu, tidak sanggup dilalui oleh mereka yang sempit dada & tidak mempunyai kekuatan, tidak sanggup dilalui oleh mereka yang tidak sabar menerima kata cemuhan apatah lagi berkorban harta & wang ringgit,”~Ustaz fathi Yakan

Saturday, February 20, 2010

terasing

alhamdulillah..nie satu pencapaian yg baik bg sye..sye bjaya menghabiskan sebuah novel dlm mase lebih skit dri 24jam...^_^

aktivis dakwah + novelis muda

terasing. karya HILAL ASYRAF..ini kali pertama sye membace hasil karya beliau yg dlm bentuk dibukukan..hilal asyraf yg sye kira sye kagumi beliau kerana dlm usia yg sgt muda baru tahu semalam, beliau sudah sgt berjaya di mata sye...anak muda yg berjaya menjadikan hasil tulisan nya sebagai 1 agenda dakwah beliau..tahniah..

novel

ini kali pertama sye membaca novel hasil tulisan hilal asyraf..selama ni sye lebih berminat tuk membaca hasil tulisan, tazkirah & perkongsian yg beliau 'pour-out'kan dlm website langitilahi.com beliau shj...kalu bukan kerana Allah mengaturkan yg abang sye beli novel ini & dye x bawak balik tganu, mungkin sampai skrang pun sye x akan membaca novel ini...even kalu sye pinjam dri kwn2 pun...dayah, kamu org yg akan sye cari kalu nak pinjam hek3...belum tentu sye dpt menghabiskan bacaannye..atas sbb kelambatan sye dlm membaca, sye sgt jarang terpikat tuk baca novel, sye akan menggambil mase yg sgt lama tuk menghabiskannye...maseh ada kes2 tpencil novel2 di rumah ni yg maseh sye x sentuh & ada juga yg baca x sampai separuh pun pastu tukar ke buku lain..ngee~~

berkesan!!!

sye kira novel ini berjaya membuatkan sye teruja tuk membacanye...bila sampai bab2 thriller dlm novel ni, sye teringat novel2 thriller karya novelis thriller no.1 Malaysia Ramlee Awang Murshid, tidak salah rasanye jika sye mengatakan bab2 thriller beliau setanding Ramlee Awang murshid...sgt hebat..kagum3

yg pasti novel ini sgt penuh dgn nilai2 & penerapan Islam yg baik...sgt dpt mengembangkan minda & banyak perkara baru & ilmu baru dpt sye pelajari dri hasil tulisan beliau ini..

dlm berdakwah jangan benci mereka yg jahil

mungkin ini kenyataan yg dpt membantu para aktivis dakwah yg membenci mereka yg membuat maksiat/jahat & sewaktu dgnnya...sye masih punya mata hati yg dpt melihat fenomena masa kini dimana para2 mereka yg jauh dari hidayah Allah ini sering disisihkan drpd mereka yg punya latar belakang agama yg kuat,sedangkan sebetulnya merekalah yg seharusnya kita dekati..sedangkan diri ini sendiri, sye masih merasakan perlu utk dibantu oleh mereka yg solehah utk membawa diri sye lebih dekat kpdNya, kerna sye juga masih baru dlm dunia tarbiah...mungkin ada yg beranggapan mereka perlu berusaha sendiri mencari hidayah Allah,. ye mereka amat perlu berusaha jika mereka benar2 mahukannya, mereka boleh namun percayalah mereka tidak akan kuat, kerna dunia ini sgt indah.bukankah begitu kwn2..^^

'benci kepada jahiliah, bukan benci kepada org yg dserang jahiliah'

'kita x boleh mbenci mereka. kita x boleh mengasingkan mereka. kerana benci menutup kasih drpd hati. kita perlu syg & berasa kasihan kepada mereka. mereka diuji sedemikian rupa, & kte pula tidak Allah uji dgn kehidupan sbegitu. kte diizinkan Allah utk duduk dlm tarbiah, belajar dlm sekolah agama, dpt keluarga yg faham Islam. mereka mungkin x bkesempatan spt kita. justeru menjadi tanggungjawab kte tuk memberikan apa yg mereka x dpt itu. kita penyeru bukan penghukum'

keyakinan kepada Allah

".....kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri." ali-imran : 159-160

'yakin kepada Allah, Allah tidak akan menzalimi hamba-hambaNya, cuma hamba-hambaNya lah yg menzalimi diri mereka sendiri. kita berusaha & natijahnya adalah pemberian Allah, & natijah pemberian Allah itu adalah yg terbaik'

Ukhuwah fillah

pd penilaian sye mungkin inilah mesej utamanya...ukhuwah fillah..lepas habis bce novel nie sye sedar sye byk belajar mende baru tentang ukhuwah kte antara sahabat...baru terasa diri ini kecil sekali dlm menghargai sesebuah persahabatan...huuu T_T

' kita perlu sedar , kte berukhuwah sebagai menyahut perintah Allah yg mengatakan bahawa semua org yg beriman itu bersaudara'

"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara..." alhujurat : 10

'ukhuwah yg baik itu tidak dapat tidak adalah dibina drpd keimanan yg benar kepada Allah.serendah-rendah ukhuwah adalah bbaik sangka kpd sahabat kte, & hal ini x akan tercapai melainkan kte mempunyai keimanan yg mantap kpd Allah & meyakini bahawa Allah SWT tahu apa yg kte simpan ddlam hati kte. maka, x akan tgerak dhati kte tuk bsangka baik kpd sahabat. tingkatan tertinggi ukhuwah iaitu ithar, atau melebihkan sahabat bbandng diri sendiri. hal ini x kan dpt dsentuh oleh manusia melainkan dgn keimanan yg benar juga kerana ithar itu secara sendirinya berdiri atas pengorbanan....'

mungkin kte perlu betulkan kembali niat kte dlm bersahabat, kte bersahabat kerana Allah bukan kerana sanabat...perlu ikhlas & jujur, jgn khianati kepercayaan sahabat.. huu mampukah sye mencapai tingkatan tertinggi dlm ukhuwah, sdgkan yg serendah2 ukhuwah itu maseh sye tidak yakin..mari muhasabah diri kembali..^_^

teringat pula perbualan sye dgn seorg shbat sye dlm ym semalam..kadang2 sye rase bersalah apabila terpaksa membahagikn ant tanggungjwb & psahabatan..tp sye sgt serius tentang ini, jgn sebutkan jawatan sye dlm persahabatn kte kerna seorg sahabat itu x kan merasa bebannya membantu sahabat...^_^

'jangan asingkan mereka daripada kehidupan kita. orang yg terasing akan mudah rasa kecewa & sukar untuk diubati jiwanya'

Sunday, December 27, 2009

i am gifted, so are you!

"You must WANT to succeed in learning, you must do whatever it take"

alhamdulillah, sye dah kembali ke kolej..kurshiah kurshiah 3rd 3rd keh3 yeahza..ho..sebelum mulanya sem2 esok, sebelum sye g kelas algebra esok pagi, sebelum bertemu kembali dgn geng kimia ku, dapat juge sye menghabiskan bacaan on this book 'I AM GIFTED, SO ARE YOU!' dari seorg motivater muda singapura ADAM KHOO...


hoo sebelum tu, last week g Amcorp mall ngan kakak2 n abg2 ku..saje tinjau2, amcorp kan meriah ngan jualan brgan antik setiap hujung minggu..masuk kedai nie, BookXcess, kat cnie la sye beli buku nie sebelum nie ade masuk tp x pernah xplore...luaran yg agak menarik, dalamnnya yg agak nyaman hoo love the atmosphere & harganya yg agak murah, malah lebih murah dari apa yg ade d mph & popular..betul x tipu punye tp 100% bhan bacaan Inggeris & kebanyakannya buku import, jadi kalu rase2 nak beli terbitan Telagabiru ke, alaf21 ke, Conan-kun ke, haa x payah susah2 jenguk,g je kedai len k..hek3





I AM GIFTED, SO ARE YOU


apa yg menarik dgn buku nie??? mestilah menarik, kalu x menarik sye x story dlm blog nie hee.. hmm b4 diz kakak kte pernah ckp pasal buku nie dari seorg motivater muda singapura yg skrang nie baru berumur 20tahun..haa??? mula2 tkejutla jugak, sebaya kut hak3 tp x taw la benar ke tidak..ape yg bestnye buku nie juz like other motivation book..tp buku nie len sket..ehe..apa yg len? selain dripada bahasanya yg asing ..buku nie menceritakan sendiri dari pengalaman penulis nie yg drpd 'lousy student' turn to successfull person... mcm mane die wat? haa adalah cerita dye...xplore sendiri k heee..yg bestnye buku nie bg kte strategy camne nak stadi dr day one of studying hingga ke pintu gerbang dewan peperiksaan hahaha..


oo bace 1st chapter je dah mengingatkan sye dgn usrah kak saie tentang pentingnya matlamat hidup, dimana diakhir hidup ini kte nak achieve keredhaan Illahi,...

samalah mcm study..korang tahu x ape benda yg penting sekali kite kene set before kte start study..baca bismillah??? ye betul2, tp selain drpd tu.. bukak nota, baca & baca??? hooo betul jugak tp kurang tepat hee..

ni dye, 1st thing you MUST do is to set very clear goal, how many A's are you going for..
"the goals u set will lead you, they direct the choices u make & the actions u take,. when you have no goals, u have nothing to focus & if you not decide what you want, your subconscious mind will decide for you towards failure"

samalah juga ngan matlamat hidup, kalu kte x set untuk mencapai keredhaan Allah, pasti2 lah kte dah hanyut ngan dunia kan..???

hoo sye begitu bersemangat sekali membace buku nie..untungnya buku nie dalam bahasa asing,bhs inggeris jd sye berusaha memahami ape yg dye cakap, jd lebih berkesan...ngehh kalu bhsa sendiri sure2 la mcm masuk x masuk je kan hek3... apa lg yg ada dlm buku nie?? byk lg, dri the power of set goals, ke time planning, power reading, mind maps, brain of genius, final countdown to exam...etc

MATA HATI TIDAK PERNAH BERDUSTA

hoo sebelum tu,sempat gak bce karya terbaru ramlee Awang murshid nie, 9 Nyawa..kire2 novel ke-15 dye kut


ye, kalu kakwa bagi 10/20..ntah ape2lah kakwa, kate best,,dah lah masuk bilik org terus 'berteriak' best2 sgt best, tp bg 10/20..tgk nie, ika bg 11/20 hahahaha...

apa je la, yg pasti mmg best

jarang tertarik ngan novel yg tebal2, sbb..heee ada lah..teman2 rapat ku mungkin tahulah kenape ye,,ngehhh..


OUT

LUKE SKYWALKER: "I DONT BELIEVE IT!"


YODA : " THAT IS WHY YOU FAILED!"

(star wars, the Empire strikes back)