Wednesday, March 3, 2010

dari sekecil luka

alkisahnya..
tadi di surau jbtn kimia, kaki thentak kat bucu batu tempt wuduk..sakitttt sikit je..huwa2...huhu, sgt cuai...ingatkan akan baik2 aje..sbb x de pndarahan pun just ade tanda merah..tp nampaknye
tidak, ptg mase nak solat asar pulak..nampaknya luka dah membengkak..

ia bermula dari sekecil-kecil perkara
spt yg tertulis dlm web ust pahrol juoi
'dalam mencari penyebab-penyebab atau punca-punca masalah, kita jangan hanya bertumpu mencari penyebab-penyebab yang besar. Sebaliknya carilah penyebab-penyebab yang kecil-kecil. Kita boleh umpamakan diri sebagai seseorang yang sedang berjalan. Jarang orang terjatuh akibat terlanggar batu-batu besar. Sebaliknya ramai yang terjatuh apabila terpijak batu-batu kecil, kulit pisang dan sebagainya. Penyebab-penyebab yang kecil sebenarnya boleh memberi ‘impak’ atau kesan yang beransur-ansur' *spt bengkak ini ye..

sahabat jika kamu berasakan putus asa pada hidup, kembali lah pada ya Rabb, selamilah masalah2 yang mungkin timbul..selamilah dari sedalam-dalam hatimu, sekecil-kecil perkara dari hati kamu..tiada bangunan yg dibina sekali gus siap, tiada, melainkan secara beransur-ansur menyusun batu akhirnya siap menjadi sebuah bangunan. tiada kejayaan yg terkecapi sebegitu sahaja, sekelip mata dalam genggaman, tiada, melainkan dgn sebuah bentuk usaha yg sgt perih, jerih, ia beransur2 membentuk sebuah kejayaan yang sebenar. jadi sahabat, jika berasakan hidup sudah tak bermakna, kejayaan semakin jauh, hidup semakin dirundung pilu, arah tuju hilang begitu sahaja..beransur-ansurlah membina semangat itu semula..bermula lah semula dari sekecil-kecil perkara.dari dalam, dari hati ke persekitaran kita...

bersabarlah & yakinlah, jika benar-benar mahukannya..tiada apa yg dpt menghalang..
'hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, dimana ade jalan , disitu ada kejayaan'

persoalan
utk apa kita mencari punca kepada permasalahan? jawapannya gampang, terjerumus kedalam masalah sesuatu pekerjaan yg kita lakukan berarti kita gagal menjayakan pekerjaan tersebut...gagal..contoh, paling hampir, sebagai seorang pelajar yang mempunyai tuntutan bukan hanya pada pelajaran tetapi terhadap banyak tanggungjawab lain ; kpd Pencipta, ibubapa, rakan-rakan,..etc

pelajar, gagal dalam membawa diri dlm pelajaran...gagal..perkataannya saja sudah menggerunkan..tetapi sebaliknya, terperasankah anda Allah selitkan satu hikmah yang sangat besar..jarang ada kejayaan yang dikecapi tanpa kegagalan, kegagalan umpama satu persimpangan..berbahagialah, jika kamu mengetahui bahawa di sebalik persimpangan itu tersimpan satu kejayaan.

semakin kamu diuji sebenarnya semakin hampir kejayaan itu kepada kamu. kejayaan, jgn kecilkan skop kejayaan ini hanya kepada kejayaan dlm pelajaran (bagi seorng pelajar), kejayaan terdapat dlm banyak bentuk..& pasti kejayaan yg hakiki mendapat redhaNya Illahi..insyaAllah..siapa yg tidak mahukannya..

keyakinan yang jitu kepada ya Rabb itu membawa kepada ketenangan
Terkadang apa yang kita harapkan tidak sesuai dengan
kenyataan. anggaplah sesuatu yang terjadi pada kita itulah yang terbaik '...kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).' annisa:19
hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui urusan yang terbaik bagi umatnya....

kuncinya, jika kamu sudah benar-benar berusaha mencari kembali diri kamu yang hilang, maka bertawakal lah kepada Allah..insyaAllah segalanya akan baik-baik sahaja

p/s peringatan untuk diri ini jua..
p/s2 moga dikuatkan Allah hatimu shabat..salam sayang ^_^


uhibbuki fillah
~never ending hope~

1 comment:

  1. heee.....mcm sesuai utk saye je...^^,
    tme ksh ats kupasan & perkongsian...best3...

    oh ye,kaki kamu da baik x?meh PBSM tolong~~~ngeee

    ReplyDelete