selawat & salam ke atas junjungan mulia Muhammad s.a.w
ummat ku...ummat ku...
..setiap nafas ini, terpesan pada-Mu ya Allah, jangan pernah tinggalkan diriku..
alhamdulillah..nie satu pencapaian yg baik bg sye..sye bjaya menghabiskan sebuah novel dlm mase lebih skit dri 24jam...^_^
aktivis dakwah + novelis muda
terasing. karya HILAL ASYRAF..ini kali pertama sye membace hasil karya beliau yg dlm bentuk dibukukan..hilal asyraf yg sye kira sye kagumi beliau kerana dlm usia yg sgt muda baru tahu semalam, beliau sudah sgt berjaya di mata sye...anak muda yg berjaya menjadikan hasil tulisan nya sebagai 1 agenda dakwah beliau..tahniah..
novel
ini kali pertama sye membaca novel hasil tulisan hilal asyraf..selama ni sye lebih berminat tuk membaca hasil tulisan, tazkirah & perkongsian yg beliau 'pour-out'kan dlm website langitilahi.com beliau shj...kalu bukan kerana Allah mengaturkan yg abang sye beli novel ini & dye x bawak balik tganu, mungkin sampai skrang pun sye x akan membaca novel ini...even kalu sye pinjam dri kwn2 pun...dayah, kamu org yg akan sye cari kalu nak pinjam hek3...belum tentu sye dpt menghabiskan bacaannye..atas sbb kelambatan sye dlm membaca, sye sgt jarang terpikat tuk baca novel, sye akan menggambil mase yg sgt lama tuk menghabiskannye...maseh ada kes2 tpencil novel2 di rumah ni yg maseh sye x sentuh & ada juga yg baca x sampai separuh pun pastu tukar ke buku lain..ngee~~
berkesan!!!
sye kira novel ini berjaya membuatkan sye teruja tuk membacanye...bila sampai bab2 thriller dlm novel ni, sye teringat novel2 thriller karya novelis thriller no.1 Malaysia Ramlee Awang Murshid, tidak salah rasanye jika sye mengatakan bab2 thriller beliau setanding Ramlee Awang murshid...sgt hebat..kagum3
yg pasti novel ini sgt penuh dgn nilai2 & penerapan Islam yg baik...sgt dpt mengembangkan minda & banyak perkara baru & ilmu baru dpt sye pelajari dri hasil tulisan beliau ini..
dlm berdakwah jangan benci mereka yg jahil
mungkin ini kenyataan yg dpt membantu para aktivis dakwah yg membenci mereka yg membuat maksiat/jahat & sewaktu dgnnya...sye masih punya mata hati yg dpt melihat fenomena masa kini dimana para2 mereka yg jauh dari hidayah Allah ini sering disisihkan drpd mereka yg punya latar belakang agama yg kuat,sedangkan sebetulnya merekalah yg seharusnya kita dekati..sedangkan diri ini sendiri, sye masih merasakan perlu utk dibantu oleh mereka yg solehah utk membawa diri sye lebih dekat kpdNya, kerna sye juga masih baru dlm dunia tarbiah...mungkin ada yg beranggapan mereka perlu berusaha sendiri mencari hidayah Allah,. ye mereka amat perlu berusaha jika mereka benar2 mahukannya, mereka boleh namun percayalah mereka tidak akan kuat, kerna dunia ini sgt indah.bukankah begitu kwn2..^^
'benci kepada jahiliah, bukan benci kepada org yg dserang jahiliah'
'kita x boleh mbenci mereka. kita x boleh mengasingkan mereka. kerana benci menutup kasih drpd hati. kita perlu syg & berasa kasihan kepada mereka. mereka diuji sedemikian rupa, & kte pula tidak Allah uji dgn kehidupan sbegitu. kte diizinkan Allah utk duduk dlm tarbiah, belajar dlm sekolah agama, dpt keluarga yg faham Islam. mereka mungkin x bkesempatan spt kita. justeru menjadi tanggungjawab kte tuk memberikan apa yg mereka x dpt itu. kita penyeru bukan penghukum'
keyakinan kepada Allah
".....kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri." ali-imran : 159-160
'yakin kepada Allah, Allah tidak akan menzalimi hamba-hambaNya, cuma hamba-hambaNya lah yg menzalimi diri mereka sendiri. kita berusaha & natijahnya adalah pemberian Allah, & natijah pemberian Allah itu adalah yg terbaik'Ukhuwah fillah
pd penilaian sye mungkin inilah mesej utamanya...ukhuwah fillah..lepas habis bce novel nie sye sedar sye byk belajar mende baru tentang ukhuwah kte antara sahabat...baru terasa diri ini kecil sekali dlm menghargai sesebuah persahabatan...huuu T_T
' kita perlu sedar , kte berukhuwah sebagai menyahut perintah Allah yg mengatakan bahawa semua org yg beriman itu bersaudara'
"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara..." alhujurat : 10
'ukhuwah yg baik itu tidak dapat tidak adalah dibina drpd keimanan yg benar kepada Allah.serendah-rendah ukhuwah adalah bbaik sangka kpd sahabat kte, & hal ini x akan tercapai melainkan kte mempunyai keimanan yg mantap kpd Allah & meyakini bahawa Allah SWT tahu apa yg kte simpan ddlam hati kte. maka, x akan tgerak dhati kte tuk bsangka baik kpd sahabat. tingkatan tertinggi ukhuwah iaitu ithar, atau melebihkan sahabat bbandng diri sendiri. hal ini x kan dpt dsentuh oleh manusia melainkan dgn keimanan yg benar juga kerana ithar itu secara sendirinya berdiri atas pengorbanan....'
mungkin kte perlu betulkan kembali niat kte dlm bersahabat, kte bersahabat kerana Allah bukan kerana sanabat...perlu ikhlas & jujur, jgn khianati kepercayaan sahabat.. huu mampukah sye mencapai tingkatan tertinggi dlm ukhuwah, sdgkan yg serendah2 ukhuwah itu maseh sye tidak yakin..mari muhasabah diri kembali..^_^
teringat pula perbualan sye dgn seorg shbat sye dlm ym semalam..kadang2 sye rase bersalah apabila terpaksa membahagikn ant tanggungjwb & psahabatan..tp sye sgt serius tentang ini, jgn sebutkan jawatan sye dlm persahabatn kte kerna seorg sahabat itu x kan merasa bebannya membantu sahabat...^_^
'jangan asingkan mereka daripada kehidupan kita. orang yg terasing akan mudah rasa kecewa & sukar untuk diubati jiwanya'
p/s : ok berfikir2 lepas nie nak g OPKIM negeri mane pulak hehe.
p/s lagi : muka sye dah burn
p/s lagi&lagi : lepas nie terpaksa fikir2 mp, fikir2 organic pulak..k back to college
Wednesday, 11 October 2006 23:14
اللهم صلى وسلم وبارك على محمد وعلى أله وصحبه إلى يوم الدين
Ketahuilah wahai mawar mujahidah,
Rasulullah s.a.w. dan generasi itu telah tiada! Lama sudah mereka berlalu meninggalkan kita. Kehadiran insan ajaib itulah telah memuliakan kita pada saat ini.
Muhammad, kekasih Ilahi. Baginda berjalan selangkah demi selangkah, meniti hari. Bermula dari seorang diri, menyampaikan dakwah secara sembunyi-sembunyi. Bukannya Baginda tidak berani dan takut mati, namun itulah tertib wahyu ketika itu, strategi Rabbi.
Ucapan Baginda tidak lahir dari nafsu melainkan wahyu yang suci. Ucapan yang hikmah dari kalbu yang jernih disambut oleh hati yang bersih dan jiwa yang fitri. Dimulainya mengajak manusia kepada Islam dengan menjernihkan fikrah, pendekatan akal, pemahaman dan menyentuh hati sanubari. Juga dengan jalan hujah dan keterangan, dengan hikmah dan pengajaran penuh seni.
Bilamana ada perdebatan dirungkaikan dengan baik dan menambat hati. Bilamana mendapat tekanan, rintangan serta siksaan, berlaku sabar dan melontarkan doa kasih nan sejati. Firman Allah:
أدع إلى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة وجادلهم بالتي هي أحسن
Tahukah dikau mawarku?
Dengan rahmat dan kurnia Ilahi, seorang demi seorang ikut menyertai, dari golongan bangsawan mulia hingga hamba sahaya tidak mahu terkecuali. Lalu, terbentuklah masyarakat dan jemaah Islam pertama, jamaah Rasulullah dan para sahabi. Jemaah baru itu masih sangat kecil dan merupakan ghuroba’ (orang-orang yang asing) di Mekah, kota kelahiran Baginda sendiri.
Golongan ghuroba’ inilah yang kelihatan berjalan perlahan-lahan dan lambat, akhirnya menjadi kelompok yang mulia, gah, izzah dan menjadi generasi terbaik ummat ini. Mereka tak punya apa-apa, melainkan jiwa yang sarat keyakinan bahawa janji Allah itu pasti! Biarpun sehebat mana rintangan, jalan dakwah dan kebaikan terus berkembang dan panjinya berkibar tinggi.
Mengertilah duhai mawar mujahidah,
Jalan dakwah dan kebaikan inilah jalan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. sehingga Islamlah seluruh jazirah Arab, demikian pula Parsi dan Romawi, mencabut jahiliyyah dan kehinaan dari akar umbi.
Sabda Rasulullah s.a.w:
ألا إن الإسلام دائرة فدورا مع الإسلام حيت دار.الا إن السلطان والقرأن سيفترقان فلا تفارقوا الكتاب
‘Ingatlah bahawa Islam itu berputar, maka berputarlah kamu bersama Islam ke mana saja ia berputar. Ketahuilah bahawasanya penguasa dan al-Quran akan berpisah, maka janganlah kamu berpisah dari al-Quran.’
Duhai si mawar mujahidah calon bidadari Jannah…
Dalam langkah hidup ini, hanya ada dua jalan yang salah satunya perlu ditempuhi. Kita yang memilih jalan kita sendiri. Kalau kita tidak memilih jalan menuju Allah, pasti kita akan melangkah di jalan yang menuju kecelakaan diri sendiri; iaitulah jalan syaitan, nafsu, syahwat dan duniawi. Jalan keimanan itulah jalan ilahi dan jalan kesesatan itulah jalan iblisi. Orang yang berjalan di atas jalan Ilahi sentiasa berusaha mensucikan jiwa dan hati sementara orang yang berjalan di jalan iblisi, tiada sensitiviti dalam mengotori dan menodai hati.
Masing-masing berusaha dan masing-masing bergerak, meniti waktu dan hari, mendekati mati. Akhirnya, masing-masing kerdil menghadap Ilahi. Sudah tentu di sana , ada perbezaan antara keduanya di alam abadi. Tanyalah diri, mahukah kita mencampakkan diri ke lembah kehinaan pada saat bertemu Rabbi? Atau meletakkan diri ke darjat yang tinggi? Sudah tentu jawapan kita mengimpikan tempat di sisi Ilahi.
Namun, adakah sama orang yang sekadar berangan-angan tetapi tidak mempunyai persiapan yang serius untuk mengadap-Nya? Berapa ramai orang yang sanggup menjual harta dan dirinya demi membeli redha Allah? Sungguh, manusia lupa saat perjumpaan itu!
Dan kini hai mawar,
Zaman berganti zaman, Islam asing (gharib) kali kedua, hati-hati yang jernih fikrahnya menjadi ghuroba’. Golongan ini sedikit sekali kerana golongan ini sering mendapat tapisan demi tapisan dari Ilahi sehingga yang tinggal hanyalah orang-orang yang benar-benar ikhlas dengan-Nya. Oh, adakah kau masih teguh dengan prinsip muslimahmu aduhai si mawar berduri?
Kuingatkan diriku jua kerana aku juga dari kaummu wahai mawar,
Adakah amalan dan akhlak kita melayakkan diri kita termasuk dalam golongan ghuroba’ ini? Mungkinkah kelalaian kita yang berterusan ini akan menyebabkan kita turut tertapis dari jalan ini? Nauzubillah!
Ya Allah, bantulah kami untuk tetap layak berada dalam kebenaran, di atas jalan-Mu. Jangan sesekali Kau menapis kami dari rahmat dan jalan-Mu kerana kelalaian kami sendiri untuk mengubat hati dan mengubah sahsiah diri. Amin…
Nukilan Fatimah Syarha Mohd Noordin
Cinta: mari kte selami dasarnya
ckp tnteng cinta..suke sye utk selami dasarnya, kembali pd permulaannya,back to basic...jika ada yg berkata.'Cinta itu fitrah manusia, we need it', yup saya fahami itu,kerna sya juga seorg manusia kui3..tp tgklah kemana arah tuju cinta kte itu dpersembahkan..kepada pemilik cinta itu, atau pd penerima cinta itu..
Allah itu pemilik segala cinta.
DIA pemberi cinta.
seperti coretan ustaz Pahrol Juoi dalam bukunya Tentang Cinta.
analoginya..cinta itu ibarat hadiah dari Allah, lalu manakah yg perlu lebih kte cintai, hadiah atau pemberi hadiah?
alhamdulillah, sye mudah memahami hakikat ini. sye harap anda juge begitu..^_^..
ye suka sye mengesyorkan pd mereka yg maseh x paham tentang definisi sebenar cinta ant dua insan & cinta kepada Penciptanya, dan mcm2 ag hakikat sebenar yg remaja sekarang perlu tahu tentang cinta..banyak2 lah membace buku yg berkaitan dgnnya...sye bukanlah sesiape utk berckp tentang cinta dlm konteks yg sgt serius, hanya dpt berkongsi apa yg sye faham je ...
alhamdulillah, sye amat memahami cinta ini tp dlm pemahaman sye sendiri kerna Tuhan itu kurniakan hidayahnya dlm pelbagai bentuk & x dinafikan hidayahnya dlm pembacaan sye..Alhamdulillah
sye sgt berharap, apa yg sye faham selama ini..tidak akan diperdaya oleh anasir2 jahat.. sye sgt bertawakal padaNya tentang hati ini..
Cinta : biarkan aku perbaiki diriku
sebetulnye, apa yg saye mahu dri cinta..biarlah hanya sye saje yg tahu..ngee~~ hee yg pasti,biarlah sye perbaiki diri menjadi hamba yg terbaik untukNya..
"untuk mendapatkan yg soleh, kte perlu manjadi solehah" kan...hehe
.......................
ok2..stop stop..kamu..boleh x sye x nak ckp pasal nie ag..sye segan & sye x gemar..can I??alrite
OK hari ini, 08-02 adalah bezday Shud2.. jd shud2, Hapi Bezday..umur anda dah meningkat k, jgn nakal2 nak sakat org ag hehe..moga hidup diredhaiNya selalu..Uhibbuki fillah..salam syg^_^