Friday, February 26, 2010

senaskhah Alquran, himpunan sunnah

salam maulidur rasul
selawat & salam ke atas junjungan mulia Muhammad s.a.w
Allahumma Solli a'la Muhammad waa'la alihi wa sohbihi wa sallam

cintanya rasulullah kepada kita

Senaskhah Al-Quran, himpunan sunnah, darah perjuangan memperluaskan dakwah, & sebaris ayat cinta terlafaz saat sakaratnya.

ummat ku...ummat ku...
lalu alasan apa yang kita ada untuk tidak mencintai Baginda?

kita dapat menerima seorang lelaki yang pada awalnya tak dikenali peribadinya sebagai PASANGAN.
namun hubungan itu punah dek kerana CINTA menurut indahnya RUPA
sayangnya kita tidak pernah cuba untuk mencintai seorang lelaki yang lebih mulia dari pasanganmu...
yang namanya & peribadinya diketahui seantero dunia termasuk dirimu, sebagai CINTA terawal selepas Tuhanmu..
Maka apa makna SYAHADAH MU?

jiwa Muhammad s.a.w adalah jiwa yang mulia & suci.
yg lebih mencintaimu lebih drpd kamu mencintainya,
yg lebih merisaukan hidupmu lebih dari kamu merisaukan hidupmu sendiri.
CINTA nya bukan satu ilusi atau tradisi.
CINTA nya total untuk ALLAH & seluruh ummat.
& kamu menyebut namanya dalam SYAHADAH.
mana mungkin lafaz tanpa cinta?
~copy rite dri risalah PMIUM~

peringatan untuk diri sendiri jua..moga cinta kita selepas Allah menjadi milik mutlak Rasulullah...

Sesiapa yang terdapat di dalam dirinya tiga perkara ini, akan merasai kemanisan iman; Allah dan RasulNya lebih dikasihi daripada selain keduanya, dia mengasihi seseorang yang tidak dikasihinya melainkan kerana Allah dan dia berasa benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia berasa benci sekiranya dicampakkan ke dalam neraka.
(riwayat Ahmad, al-Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Nasa’i di dalam Bab Iman)

No comments:

Post a Comment