Friday, December 31, 2010

Dia telah memilih kamu


"dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama..." 22:78

SubhanAllah
its unspoken -_-

Thursday, December 30, 2010

gambar: bara api


Andaikan seribu siksaan 
terus melambai-lambaikan derita yang mendalam
Seujung rambut pun aku takkan bimbang
jalan ini yang kutempuh
Bilakah ajal kan menjelang 
jemput rindu-rindu Syahid yang penuh kenikmatan
Cintaku hanya untukMu tetapkan muslimku selalu
~keimananku-haris shaffix~

Wednesday, December 29, 2010

ukhuwwah

hati ini telah bersatu di perut bumimu
hati ini telah berpadu, 
bersatu memikul beban dakwahMu.
hati ini telah mengikat setia untuk mendaulat dan mendukung syariatMu di alam maya. 
maka Ya Allah eratkanlah ikatan yang ada
kukuhkan ukhuwwah yang ada
tunjukkanlah jalan yang benar
tunjukkan dengan cahayaMu
tiada malam terangi alamMu
hidup suburkanlah dengan makrifatmu. 
tapi jika Engkau mengtakdirkanmati, matikanlah sebagai syuhadah. 
dalam perjuangan menegakkan agama yang mulia
subhanAllah

49:10
inilah ukhuwwahnya,
didasari iman,
tidak mampu dirasai oleh mereka yang berkumpul di atas tujuan dunia semata

Sunday, December 26, 2010

suci sekeping hati

sekeping hati di bawa berlari
jauh melalui jalanan sepi
jalan kebenaran indah terbentang
didepan matamu para pejuang
tapi

jalan kebenaran tak akan selamanya sunyi
ada ujian yang datang melanda
ada perangkap menunggu mangsa

mengharap senang dalam berjuang,
bagai merindu rembulan di tengah siang,
jalannya tak seindah sentuhan mata,
pangkalnya jauh hujungnya belum tiba

akan kuatkah kaki yang melangkah
bila disapa duri yang menanti,
akan kaburkah mata yang menatap
pada debu yang pastikan hinggap



Dan apabila hamba-hamba- Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. 2:186

saujana

Saturday, December 25, 2010

semangat pemuda



meski taaruf hanya di alam maya
ia sudah cukup terserlah
pada mereka punya semangat
semangat pemuda yang lebih segar
yang mungkin tidak punya pada kita
tidak punya pada saya
SubhanaAllah
jiwa mereka penuh cinta
cinta yang padanya tidak harus disembunyikan
ia harus dikongsi bersama
kerana cinta yang itu sangat indah
cinta atas namaNya itu sangat indah
^_______^


comey...:)
jazakillahukhairan ^_^

Thursday, December 23, 2010

gambar: sejarah KITA

OUR GRAPH OUR HISTORY
draft sketch sejarah kita time daurah ISK (x lengkap pun), :) 

Alhamdulillah, luar biasa, AllahuAkbar
subhanaAllah, hari ini saya tergerak untuk melihat kembali nota-nota tarbiyyah yang tercatat ISK.

inilah lukisan KITA, inilah sejarah KITA 
sejarah yang tidak aku temui lebih hebat dari ini
benar, inilah sejarahnya yang benar-benar membuka mata untuk saya mencintai sejarah
sejarah KITA



apabila manusia itu lupa akan kisah silamnya
peristiwa yang lepas pastikan berulang
sebabnya rodanya sejarah itu
yang akan berpusing-pusing
dan insan yang leka akan terjerumus kedalam lubang yang sama dua kali

Apakah kamu mahu begitu?
~musafiran dunya



ayat-ayat cinta sejarah KITA:

matlamat hidup: 2:30, 51:56
buta mata hati: 22:46 
kemenangan : 24:55
perang badar: 3:121
perang uhud: 3:152-157


buku sejarah:

raheeq Maktum
65 gambaran kehidupan Sahabat  - Dr Abdul Rahman Ra'fat
buku-buku sejarah Islam, pak Latip Talib

link : ISK


inilah sunnatullah:
'karena kesombongan (mereka) di bumi dan karena rencana (mereka) yang jahat. rencana yang jahat itu hanya akan menimpa orang yang merencanakannya sendiri. mereka hanyalah menunggu (berlakunya) ketentuan kepada orang-orang terdahulu. maka kamu tidak akan mendapatkan perubahan bagi Allah, dan tidak pula akan menemui penyimpangan bagi ketentuan Allah itu' (35:43)

wallahualam ^_^

ps: blog sehat :)
ps2: buat Ummi yang sudah terbang ke Jakarta, moga memperoleh aura-aura tarbiyyah baru di bumi penuh cinta itu :)

Monday, December 20, 2010

kamu


aku tidak akan berdaya
menahan hibanya rasa

sahabat sejati-unic

Saturday, December 18, 2010

pemuda

"Jika kamu ingin melihat kekuatan sesebuah negara, lihatlah kepada remajanya sekarang." -Saidina Umar al-Khattab-

“Pemuda, dari dahulu hingga sekarang, tetap merupakan tiang pasak bagi kebangkitan sesuatu umat. Mereka merupakan rahsia kekuatan mana-mana kebangkitan, malahan angkatan pemudalah yang menjadi barisan penjulang panji-panji bagi perjuangan Islam.”
~As-Syahid Imam Hassan Al Banna~

Wednesday, December 15, 2010

...

mempersiapkan diri untuk menghadapi dan menyelesaikan
” Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi mu,dan
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui,”
2: 216


dikatakan jika segalanya keranaNya, tidak perlu ada kekecewaan
maka aku harap, tika saatnya tiba, aku mahu
keredhaanku mendahului kekecewaanku...
kerana aku ingin didik diriku
lakukan hanya keranaNya
dan keyakinanku padaNya adalah sepenuhnya
subhanaAllah

‎"Tetaplah kamu bersetuju dengan Allah dalam keadaan susah dan bahaya, fakir dan kaya,sempit dan makmur, sakit dan sihat, buruk dan baik, memberi dan mencegah. Saya tidak melihat ubat untukmu melainkan berserah diri kepada Allah swt."
-Syeikh Abdul Qadir Jailani berkata-
kuatkan aku, tika saat itu tiba :(

Monday, December 13, 2010

diri kita: dua unsur

Alhamdulillah…sepanjang hari ini, menghabiskan bacaan pada sebuah buku, nukilan amru khaled, ‘solat malam mengamit kedamaian’ 
(mencari hamasah memenuhi mutabaah amal :) )

Sedang kita adalah manusia, 
maka kita lah orangnya yang sering lupa, 
lupa pada diri yang mempunyai dua

Dua unsur...

“dan ingatlah ketika tuhanmu mengeluarkan (benih) keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman) : ‘bukankah Aku Tuhanmu?’. Mereka(roh ) menjawab : ‘betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi SAKSI’ (kami lakukan yang demikian itu) agar pada hari kiamat nanti kamu tidak lagi mengatakan (member alas an): ‘sesungguhnya kami(bani Adam) adalah orang yang lengah (tidak diberitahukan) tentang hal ini(keesaan Allah) “ (7:172)
kita punya DUA unsur

Apakah anda lupa bahawa kita memiliki dua unsur: satu adalah diri zahir, yang terdiri daripada tubuh badan yang kasar yang dapat dilihat dengan mata dan yang dapat dirasa oleh anggota, iaitu jasad kita. Dan satu lagi ialah unsur diri yang tidak dapat dilihat oleh mata dan tidak dapat dirasai oleh anggota, iaitu diri roh kita.. Tanpanya, jasad kita tidak bererti , bahkan menjadi mati dan busuk


lalu, perhatikanlah
bagaimana perhatian kita terhadap unsur kita yang kedua,
jika ia sakit adakah mampu kita lihat akan luka dan darahnya,
apakah mampu kita rawati ia dengan kapas dan kain

jasad dan roh, bentuk dan peranannya adalah berbeza
bila keduanya memerlukan sesuatu
maka sesuatu yang digunakan untuk memenuhinya juga adalah berbeza
rasa lapar dan dahaga antara jasad dan roh
berbeza makanan dan santapannya
rasa sakit dan luka
berbeza ubat-ubatannya dan cara merawatnya

ketahuilah, kemuliaan seorang mukmin itu kerana solat malamnya
dan kehebatannya kerana tidak bergantung kepada sesama manusia

“Saya mahu jadi luar biasa, kerana jika saya biasa-biasa, lalu apa beza KITA dengan mereka”

Saturday, December 11, 2010

cuti

subhanaAllah, Alhamdulillah
^_^

selamat kembali ke bumi shah alam, alhamdulillah, sebelum kembali sempat bertemu usrati2 and ummi terchenta, 

cuti
disaat tersendirian tanpa mereka, 
kita adalah terpulang pada diri kita,
tarbiyah dzatiyah i.A

hidup kita punya matlamat...
semoga manfaat waktu cuti-cuti ini untuk kehidupan kita yang sebenar 
(2:30, 51:56) i.A
sesungguhnya kewajipan-kewajipan kita didunia ini adalah lebih banyak dari masa yang tersedia!

rabithul ukhuwwah-shoutul harokah

Monday, December 6, 2010

perkongsian: mypreciouschildrenmyplightmylifemystory

perkongsian
kalau dalam bahasa facebook nya, 'share', jadi kalau blog diibarat functionnya seperti facebook, maka saya akan tekan butang 'share'

http://mypreciouschildrenmyplightmylifemystory.books.officelive.com

Sunday, December 5, 2010

antara kesyukuran itu: ummi & mereka

alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah
luar biasa
Allahuakbar
^_^

subhanaAllah, subhanaAllah, subhanaAllah
kadang dalam melahirkan rasa kekaguman & kesyukuran terhadap keindahan aturan Allah
di saat itu lah kata-kata sukar di ungkap kan
...(-_-).....

doa rabithah pengikat hati i.A
sungguh ikatan iman itu lebih teguh 
dari ikatan darah itu sendiri
kerana telah bersatu hati-hati mukmin ini
hanya atas nama Allah
SubhanaAllah

syukran atas dedikasi cinta ini =)
kepada alang,
hidayah itu milik Allah dan Dia berhak memberi kefahaman tentang deen kepada sesiapa yang Dia kehendaki.. tunjukkanlah kesyukuran kita dengan amal yang membawa kita dan manusia kepadaNya.

Wednesday, December 1, 2010

dunia: tiada kebahagiaan sempurna di dunia!

jika aku tanamkan sepenuh cintaku pada dunia
pasti
aku sangat pasti
ia tidak selamanya akan abadi 
kerana dunia
bukan milikku



wahai yang mencari kebahagiaan
ketahuilah
tiada kebahagian sempurna didunia!
dan wahai yang menjadikan semua impiannya adalah kebahagiaan
ketahuilah
tiada kebahagiaan sempurna didunia!
harta tidak akan membuat tenang
wanita tidak akan membuat senang
sedang takhta tidak akan selamanya membuat gah
semuanya akan lenyap
lenyap tidak berbekas

ketahuilah
cinta dan kebahagiaan seharusnya kekal dan tidak binasa


inspirasi: hati sebening mata air