Monday, November 23, 2009

what is the least we can do for the palestine???

what is the least we can do for the mujahid of palestine..??
mereka masih berjuang disana, mempertahankan negara, maruah & agama suci Allah ini.
namun apa yang kita lakukan disini?
bukankah kita juga menganut agama suci itu,
bukankah kita juga membaca kitab Quran yang sama,
kita terlalu aman disini, mereka begitu sengsara disana...
lalu apa yang kita lakukan disini?



the least we can do...
qunut nazilah for palestina




Maksudnya:

"Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah."

ameen
Wallahu’alam.

"Bukanlah mustahil, untuk Allah merobohkan masjid-Nya, sebagai pengajaran kepada ummat-Nya. Jangan sampai Allah bertindak sedemikian kepada kita."- Hilal Asyraf http://ms.langitilahi.com/semasa-palestina-kayu-ukur-kita/

Sunday, November 15, 2009

ingatkan aku dengan janjiNYA

hoo hanya luahan terpendam dari hati yang sering tewas berjuang di jalanNYA..thank 2 dayah, mendengar 'ceramah' aku semalam,sampai tertido-tido ye ko,,sampai hati,haha gurau je
malam tadi saya bertanya pada sahabat..mengapa perjuangan ini pahit & begitu sukar sekali jalannya??? aku punya jawapan, tp aku sering x yakin dengan jawapan itu,sbb hati ini sudah penat sehingga menafikan segala janji-janjiNya..hoo begitu berdosanya aku..,sering aku dengar, jika ditanya kenapa perjuangan itu pahit, jawabnya kerana syurga itu manis...namun hati ini sudah penat, aku penat melawannya, aku penat berjuang di jalanNya, aku penat menahan perasaan ini...namun aku tidak mahu tewas,aku tidak mahu rebah..aku nak lawan, aku nak lawan jugak..yeahh fighting2..(^_^)v
tolonglah ingatkan aku dengan janjiNya, tolong jauhkan aku dari perkara2 mungkar itu..
aku mengerti perjuangan ini terlalu panjang,perjuangan ini seperti mencari mutiara di tengah-tengah lautan yang terbentang luas..terlalu sukar, namun ganjarannya begitu besar.. jadi mohonlah dikuatkan hati ini..tidak mahu kita ditewaskan oleh bisikan syaitan laknatullah..
to dayah, ni lah artikel yang aku nak cerita semalam, harap pengalaman hidup orang ni dapat jd panduan untuk kau , aku & kita semua,..

Wahai teman-teman sekalian,

Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa
dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh
apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada
saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya.. Kisah ini saya
khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa
saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya
sendiri untuk hari-hari kemudian.

Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan
disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh
hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk
dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping
hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh
mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting
wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak
dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk
itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa
syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah
orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian
tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari.
Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali
wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah
belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan
saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita
kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki
berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk
memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir
beberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk
mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar.
Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah
perkenalan kami bermula.

Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa
mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya.
Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia
amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun
dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman
dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya
amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara
ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia
sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan
maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali
dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan-
panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa
punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi
dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya,
itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan
orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata
walau sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang
perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua
itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu
siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya
bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping
saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan
respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih
dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang
boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok
semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah
lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan
rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak
pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu
daripadanya.

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan
menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut.
Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan
lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia .
Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah
yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-
mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan
kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.

Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas,
ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa
suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi
akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.

Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu
perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya
sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan
saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat
saya tak mampu membalas walau sepatah.

"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing
right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is
permitted. But I know there's no relationship between male and
female except for what is very important and official between them.
So, may I know what kind of relationship you are having now and I
want to hear it from your mouth that it is legal in what you have
been learning until now."

"Not a single phrase, nor a word."

"
My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you
can never build it on what Allah has stated as wrong and proven
false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and
blessed family come from Allah, and you don't even have anything to
defend it as blessed if the first step you make is by stepping into
what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah
doesn't help you so, and you must know in every family that stands
until their dying day, they have Allah on their side. You can't
expect Him to help you if you did the wrong step from the very
beginning
."

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu
kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan
kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang
dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia.
Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam
lingkungan yang Allah redha
.
Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali
selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya
pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada
satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama
dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu
untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan
saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata:

"It's not me who want you to make a decision like this, but Allah
tells you so."


Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan
itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat
faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti
mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta
maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan
saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang. Andai ada
jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan
yang jauh lebih baik dari sekarang.

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan
hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap
kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh
perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami
muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala
kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali
cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah
yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami
insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah
sudi maafkan kami.

Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu
melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu
yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku.

Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah
berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup
saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri
telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana
mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir
dalam hidup saya. Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan
umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan
kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati
saya. Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan
berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya.

"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia
sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita
tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang
seumpamanya. "

Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara
lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s
dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?

wallahu'alam...

Perjuangan itu gerun dan mengerikan
Hebat dan dasyat menggerukkan hati
Bagi mukmin di sini harga dan nilainya

Friday, November 13, 2009

jiwa pejuang

hoo hanya adaptasi drpd apa yang saya baca dalam Solusi isu:13..
kolumnisnya Fatimah Syarha Mohd Noordin.. tautan hati, pemilik cintaku setelah Allah & Rasul, seindah mawar berduri... hoo lg 1 , hari nie baru saya tahu rupanya Fatimah Syarha ini merupakan seorang tenaga pengajar di API, UM.. huhu

-malu si pohon semalu-

"kehilangan sifat malu akan melahirkan jiwa2 remaja yang tidak malu melakukan maksiat. Malu berbuat dosa sengaja dicabut dari diri. Maka segala perintahNya berani diingkari dan laranganNya didekati. Malah malu yang dianugerahkan Allah secara fitrah itu disalurkan ke tempat yang tidak sepatutnya ..spt malu bertanya dalam kelas, malu berbuat baik, malu belajar, malu berpakaian sopan..."

tidakkah kita malu kepada Allah & RasulNya?
wahai remaja beriman,
Ibarat si pohon semalu, dengan malu yang benar, senjatamu yang tajam, akhlakmu yang menawan, & peribadimu yang sarat kasih sayang , maka melangkahlah dengan gagah di atas jalan dakwah,
ketahuilah,
"Akan ada di kalangan kaumku segolongan umat yang muncul berpegang kepada kebenaran. Mereka tidak disusahkan oleh sesiapa yang mengacuhkan mereka sampai datang perintah Allah, mereka tetap seperti itu" (Mutaffaq 'alaih)
Indah kalam Rasul junjungan,
Mengajar erti perjuangan,
Perlukan keteguhan azam,
istiqamah tetap pendirian
jangan mudah terhalang
janji Allah pasti datang
Islam itu tinggi
tiada yang lebih tinggi daripada nya,
rasul bermadah lagi
Satu perjuangan , satu aspirasi
Islam tidak akan dapat ditandingi
cuma yang belum pasti,
adakah kita tinggi peribadi?
untuk memikul amanah suci
bagi merebut pandangan Illahi
sebagai jilul Quran yang tersendiri
"Allahlah yang Maha Kaya sedangkan Kamulah orang yang berkehendak (kepadaNya) & jika kamu berpaling nescaya Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain & mereka tidak akan seperti kamu ini" (Muhammad 47: 38)


Ayat Allah cukup menggentarkan
Dia tidak akan teragak-agak membuat tapisan
buat hambaNya yang bermalas-malasan
Senantiasa mencipta alasan
liat dengan dakwah & peningkatan
mahu diketuk berterusan
tidak menjadikan penggeraknya iman
Cinta Allah dianggap khayalan
bimbang kelak diri akan terbuang
dari jalan dakwah penuh ujian
dibiarkan Allah dengan keasyikan
tertipu dengan jalan kehancuran
ketahuilah duhai remaja
Allah memelihara jalan-Nya
agar disusuri hati yang bersih
sarat ketakwaan
merindui wajah-Nya
jua keredaan
Itulah jiwa insan pejuang
Bimbangilah wahai remaja
daripada memiliki jiwa munafik
bertopeng ketaatan
hoo peringatan untuk diriku jua, moga diri ini tidak malu berbuat kebaikan & bersedia berjuang di JalanNya..
InsyaAllah

muhasabah cintaku

hoo akhir2 nie sgt melayan lagu2 edCoustic..
esp muhasabah cinta & di persimpangan aku berdiri..
SubhanaAllah sgt best..
makna lagunya sgt terkena ke hidung sendiri nampaknya..huhu
hoo lepas bg lagu2 edCoustic pada dayah 'connection' (^_^)V..Dayah pun sgt suka sekarang..suka3=)

muhasabah CINTA- Edcoustic

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Wednesday, November 11, 2009

stop complaining...

hooo sekadar renungan...untuk kita berfikir sejenak...A paragraph that explains life..


Arthur Ashe, the legendary Wimbledon player was dying of AIDS which he got due to infected blood he received during a heart surgery in 1983. From world over, he received letters from his fans, one of which conveyed:

'Why does GOD have to select you for such a bad disease'?

To this Arthur Ashe replied:
'The world over -- 50 million children start playing tennis, 5 million learn to play tennis, 500,000 learn professional tennis, 50,000 come to the circuit, 5000 reach the grand slam, 50 reach Wimbledon, 4 to semi final, 2 to the finals, when I was holding a cup I never asked GOD 'Why me?'.
And today in pain I should not be asking GOD 'Why me?'

Happiness keeps you Sweet
Trials keep you Strong
Sorrow keeps you Human
Failure keeps you humble

and

Success keeps you glowing, but only Faith & Attitude Keeps you going...

Sunday, November 1, 2009

sick of

when u are studying hard, memorising notes, doing questions, getting so sick of...
"say: learning d highest creation of ALLAH is never easy"....keep on going,
rabbana yunajah

thanks fatin =)