Wednesday, December 15, 2010

...

mempersiapkan diri untuk menghadapi dan menyelesaikan
” Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi mu,dan
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui,”
2: 216


dikatakan jika segalanya keranaNya, tidak perlu ada kekecewaan
maka aku harap, tika saatnya tiba, aku mahu
keredhaanku mendahului kekecewaanku...
kerana aku ingin didik diriku
lakukan hanya keranaNya
dan keyakinanku padaNya adalah sepenuhnya
subhanaAllah

‎"Tetaplah kamu bersetuju dengan Allah dalam keadaan susah dan bahaya, fakir dan kaya,sempit dan makmur, sakit dan sihat, buruk dan baik, memberi dan mencegah. Saya tidak melihat ubat untukmu melainkan berserah diri kepada Allah swt."
-Syeikh Abdul Qadir Jailani berkata-
kuatkan aku, tika saat itu tiba :(

Monday, December 13, 2010

diri kita: dua unsur

Alhamdulillah…sepanjang hari ini, menghabiskan bacaan pada sebuah buku, nukilan amru khaled, ‘solat malam mengamit kedamaian’ 
(mencari hamasah memenuhi mutabaah amal :) )

Sedang kita adalah manusia, 
maka kita lah orangnya yang sering lupa, 
lupa pada diri yang mempunyai dua

Dua unsur...

“dan ingatlah ketika tuhanmu mengeluarkan (benih) keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman) : ‘bukankah Aku Tuhanmu?’. Mereka(roh ) menjawab : ‘betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi SAKSI’ (kami lakukan yang demikian itu) agar pada hari kiamat nanti kamu tidak lagi mengatakan (member alas an): ‘sesungguhnya kami(bani Adam) adalah orang yang lengah (tidak diberitahukan) tentang hal ini(keesaan Allah) “ (7:172)
kita punya DUA unsur

Apakah anda lupa bahawa kita memiliki dua unsur: satu adalah diri zahir, yang terdiri daripada tubuh badan yang kasar yang dapat dilihat dengan mata dan yang dapat dirasa oleh anggota, iaitu jasad kita. Dan satu lagi ialah unsur diri yang tidak dapat dilihat oleh mata dan tidak dapat dirasai oleh anggota, iaitu diri roh kita.. Tanpanya, jasad kita tidak bererti , bahkan menjadi mati dan busuk


lalu, perhatikanlah, 
bagaimana perhatian kita terhadap unsur kita yang kedua,
jika ia sakit adakah mampu kita lihat akan luka dan darahnya,
apakah mampu kita rawati ia dengan kapas dan kain

jasad dan roh, bentuk dan peranannya adalah berbeza
bila keduanya memerlukan sesuatu
maka sesuatu yang digunakan untuk memenuhinya juga adalah berbeza
rasa lapar dan dahaga antara jasad dan roh
berbeza makanan dan santapannya
rasa sakit dan luka
berbeza ubat-ubatannya dan cara merawatnya

ketahuilah, kemuliaan seorang mukmin itu kerana solat malamnya
dan kehebatannya kerana tidak bergantung kepada sesama manusia

“Saya mahu jadi luar biasa, kerana jika saya biasa-biasa, lalu apa beza KITA dengan mereka”

Saturday, December 11, 2010

cuti

subhanaAllah, Alhamdulillah
^_^

selamat kembali ke bumi shah alam, alhamdulillah, sebelum kembali sempat bertemu usrati2 and ummi terchenta, 

cuti
disaat tersendirian tanpa mereka, 
kita adalah terpulang pada diri kita,
tarbiyah dzatiyah i.A

hidup kita punya matlamat...
semoga manfaat waktu cuti-cuti ini untuk kehidupan kita yang sebenar 
(2:30, 51:56) i.A
sesungguhnya kewajipan-kewajipan kita didunia ini adalah lebih banyak dari masa yang tersedia!

rabithul ukhuwwah-shoutul harokah