Friday, January 21, 2011

damai

alhamdulillah, luar biasa, Allahuakbar 
SubhanAllah, bagaikan baru semalam bertemu & berkumpul bersama mereka dan kini Allah memperkenan mempertemukan kembali hati-hati ini, ta'lim dalam rehlah. Allahuakbar! alhamdulillah, meski tidak ramai namun kuantiti yang sedikit ini dengan izinNya mampu menjadi sesuatu yang berharga insyaAllah

"Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah…” 
~As-Syahid Hassan Al-Banna

Damai yang dirasa
Melihat warnanya
Tenangnya di mindaku
Suasana kehijauan yang indah

Kicauan beburung rimba

Berterbangan bebas
di dalam rimba raya
Pepohon turut berlagu
Menerima sentuhannya
sinaran sang mentari hari

Di alam rimba damai dirasa

Segala-galanya terlukis sempurna
Di alam rimba keajaibannya
Pesona di jiwa

Di rimba tiada

Derita sengketa
Tiada kudengari
Tangisan sepi yang mengguris hati
Sang pelangi ceria
Menanti kehadirannya gerimis senja
Bisikan desiran air
Turut sama menghiasi
keindahan ciptaan Ilahi


hari sebelumnya, duduk bersama adik-adik, lama saya bersama mereka. mencuba memahami apa-apa yang mereka expect dan apa-apa lagi hak-hak mereka yang tidak tertunaikan. panjang kami sharing-sharing bercerita, kisah-kisah sahabat dan video yang mampu menjadi booster buat mereka. T&T al-insyirah ,  ayat-ayat cinta Allah yang ini benar-benar terkesan di hati kami T_T

sebak mungkin -_- untuk 2 minggu seterusnya tidak dapat sitting bersama mereka.
namun pentarbiyahan perlu diteruskan walaupun bukan dalam duduk2 & tautan hati perlu terus terikat. pentarbiyahan boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. kan2.. ^^ i.A
seiringkanlah study dengan jalan tarbiyah ini yang telah menjadi cermin dalam diri muslim.semoga Dia memperkuatkan derap-derap langkah kita mengharungi jalan yang pasti tidak mudah ini.

Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?, Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu, yang memberatkan punggungmu? Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu. Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap. [al-insyirah]
rindu jiwa-jiwa muda itu -_- uhibbukumfillah 
semoga masih ada ruang dalam hati yang kotor ini menangisi dosa-dosa semalam sobs2 T_T

Saturday, January 15, 2011

satu cinta

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s'gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku, 
Keimananku.
 
Engkau satu cinta
Yang s'lamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang salam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan.......

Oh Tuhan .... s'lamatkanlah hamba ini

Dari segala fatamorgana dunia
 
Oh Tuhan .... jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia 
 
cahaya satu CINTA
setelah sekian lama, saya kembali terkesan mendengar kembali lagu ini, di ta'lim pertama bersama adik-adik kolej ..astaghfirullah al azim :'( ..tiadalah yang lain aku harapkan kekuatan melainkan DIA..=(

Tiadalah daya dan kekuatan ku melainkan kekuatan Allah semata-mata. Betapalah lemahnya diri sebagai hamba-Nya yang dhaif dengan dosa bagaikan pepasir dipantai. Tatkala diambil sedikit sahaja kenikmatan dari diri apabila diri lalai akan tanggungjawab sebagai seorang hamba-Nya...terasa benar bebanan yang ditanggung...terkadangnya terasakan tidak tertanggung dek jasad yang kerdil ini.

Ya Allah, sebagai hambaMu yang kerdil ini serasanya tidak layak aku menghuni syurgaMu, namun tidak juga aku mahu terjun ke nerakaMu. Bimbinglah diriku ya Allah ke jalanMu yang lurus, jalan yang Engkau redhai dan bukan jalan yang Engkau murkai. Cekalkanlah hati ku ya Allah, kuatkanlah semangat ku ya Allah, tetapkanlah iman ku ya Allah...sesunguhnya akulah insan yang penuh dosa dan ampunilah dosa-dosa ku ya Allah dan terimalah taubat ku ya Allah.

Terlalu berat rasanya bebanan yang dipikul ini dan sesungguhnya tiadalah Tuhan yang aku sembah melainkan Engkau ya Allah dan nabi Muhammad itu sesungguhnya pesuruh Engkau, dan kepadamulah yang aku sembah dan meminta pertolongan. Keluarkanlah aku dari belenggu yang memenjarakan ini dan berilah aku peluang memperbaiki lagi diriku yang terlalu tidak sempurna ini, agar aku dapat menjadi seorang hambaMu yang lebih baik dari semalam.

Dengarkanlah rayuan dan permohonan hambaMu yang dhaif lagi hina ini ya Allah Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Pengampun, dan perkenankanlah. Allahum maajirna minannar3. Rabbana aatina fiddunnya hasanah, wafil'ahirotihasannah, waqinaa'azaabannar....Amin 

Friday, January 14, 2011

3:160

   

'jika Allah menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu. tetapi, jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan) , maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? karena itu, hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakal'...

what can a love song provide...

Thursday, January 13, 2011

akhwat-fillah

monolog dalaman:

dengan lafaz Bismillahirahmanirahim...
akhwat fillah
terlebih dahulu, 
mari sama-sama kita memperbetulkan niat dan mengikhlaskan hati.
akhwat fillah
mari sama-sama kita beristighfar sebentar

sekarang akhwat fillah
renungkan sejenak sahabatmu
seolah-olah dia ingin berbicara padamu
peganglah tangannya
genggamilah tangan itu seerat-eratnya
dan sekarang
akhwat fillah
engkau pandanglah matanya
benarkan pandangan itu hingga ke lubuk hatinya

tahukah engkau akhwat fillah
hingga ke saat ini
insan itu
teramat daif
dirinya begitu lemah
kerana tiada siapa disisinya
untuk dia meluah
betapa sepinya dia
untuk melalui jalan-jalan bagi orang-orang yang beriman ini
jalan yang penuh duri dan berliku ini
kerana itulah janji Allah
'apakah mereka mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya mengatakan "kami telah beriman Ya Allah" sedangkan mereka tidak diuji, 29:2


lantas itu akhwat fillah
dia yang telah engkau genggami tangannya itu
malu untuk menyatakan 
bahawa dia amat memerlukan kamu
bersama-sama berpimpin tangan 
dalam mencapai matlamat yang satu
dalam mencari redha Illahi

sungguh akhwat fillah
temanmu ini jauh
dalam perjuangan mencari ilmu
SubhanAllah, SubhanAllah, SubhanAllah
sedarkah engkau akhwat fillah?
asbab dirimu
kebaikan dan ajakanmu
dia kini merasai nikmatnya pentarbiahan

sesungguhnya dalam firman Allah

'barangsiapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah, Dia akan membuka hatinya untuk menerima Islam' 6:126

tetapi akhwat
jangan engkau lupa
dia yang berada di hadapanmu ini 
banyak kekurangan dan kelemahannya

sekarang akhwat
lepaskan lah genggamannya dan pergilah jauh dari sisinya...

astagfirullah al-azim
'Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi  kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui' 2:216


 
sekarang lihatlah kembali,
genggaman tangan yang telah engkau tinggalkan
lihatlah betapa sayunya mata itu
engkau telah meninggalkan dia

jika kerana kesalahannya
maafkanlah dia akhwat
kerana dia juga makhluk Allah
yang mudah lupa akan tujuan hidupnya

jika kerana kekurangannya
beristighfarlah
terimalah dia seadanya
dia itu hadiah dari Nya
dalam membantumu meneruskan kehidupan ini

jika kerana egonya
bukan itu caranya 
engkau berlalu meninggalkannya
tanpa sempat dia memperbaiki sikapnya

bantulah dia akhwat
tegurlah kesalahannya
pimpinlah dia dalam apa yang kurang
matikan egonya dalam kasih sayangmu
bersabarlah dan saling mendoakan

pejamlah matamu
dan dengarkanlah..

'Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah' 3:110


peluklah dia dan lepaskanlah keluhan rindumu
kasih sayangmu
isi hatimu 

exclusively published:
creadit: kakliza 7th
editd: me

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
mereka adalah hadiah, yang mula saya sayangi, sangat sayang...:) dan pasti, bersama mereka jalannya tidak akan ditaburi wangian-wangian, tidak dibentangi karpet merah bersama bunga-bungaan...'urusan KITA lebih banyak dari masa yang kita ada' sangat jelas akan liku yang pasti akan dilalui...ingin terus membina tautan hati~~~

3:160
spirit: Tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwuduklah.Tika tangan itu letih menggapai cita-cita, maka berdoalah.Tika bahu tidak kuasa memikul amanah, maka bersujudlah.Ikhlaskan semuanya & dekatilah Allah s.w.t..Agar kamu tetap tunduk disaat yang lain angkuh. Agar kamu tetap teguh disaat yang lain runtuh. Agar kamu tetap tegar disaat yang lain terlempar. :')


~reunion 1 Pasukan Anak Solehah UM (P.A.S.U.M)
tangisan bersama...
uhubbukumfillah

Tuesday, January 11, 2011

ukhuwwah sebiru hari ini

 
Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang benderang
Sebiru hati kita, bersama di sini

Seindah hari ini, indahnya bak permaidani taman syurga

Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

Bukankah hati kita telah lama menyatu

Dalam tali kisah persahabatan ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah
Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini

Seindah hari ini, indahnya bak permaidani taman syurga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

lagu tema K.I.T.A ^^ 
(sukahati je kita kan ehe)

InsyaAllah, kita melalui jalan yang sama, 
meski kini di lorong-lorong yang berbeza,
tempat pengakhirannya tetap sama ^^
sayang kalian lillahi...-_-

Monday, January 3, 2011

palestine: silent is NOT an option!


Pokoknya mesti ada tindakan – “actions speaks louder than words.”

Yahudi mesti dibenci dan ditentang mengikut cara yang sangat dibenci dan memudaratkan mereka.
Apakah cara itu? Firman Allah:

Sekali-kali Yahudi dan Nasrani itu tidak akan reda selagi kamu tidak mengikut cara hidup mereka.”

Ini rahsia “hati perut” Yahudi yang dibongkar oleh Allah SWT sendiri. Sekiranya umat Islam berjaya mengamalkan cara hidup Islam dan membuang cara hidup Yahudi, itulah sikap yang paling menyakitkan mereka.  

keimanan

Andai matahari di tangan kananku
Takkan mampu mengubah yakinku
Terpatri dan takkan terbeli dalam lubuk hati
Bilakah rembulan di tangan kiriku
Takkan sanggup mengganti imanku
Jiwa dan raga ini apapun adanya

Andaikan seribu siksaan 
terus melambai-lambaikan derita yang mendalam
Seujung rambut pun aku takkan bimbang
jalan ini yang kutempuh
Bilakah ajal kan menjelang 
jemput rindu-rindu Syahid yang penuh kenikmatan
Cintaku hanya untukMu tetapkan muslimku selalu 
 ~haris shaffix~


bangkit perlu dalam penuh pengertian

Sunday, January 2, 2011

back to school!

 now we need to go back to school! ^_^

"Tetaplah kamu bersetuju dengan Allah dalam keadaan susah dan bahaya, fakir dan kaya,sempit dan makmur, sakit dan sihat, buruk dan baik, memberi dan mencegah. Saya tidak melihat ubat untukmu melainkan berserah diri kepada Allah swt."
-Syeikh Abdul Qadir Jailani berkata-



& result pun dah keluar rupanya 
semoga keredhaan mendahului kekecewaan
alhamdulillah, luar biasa, Allahuakbar
chill. :')

 saya suka hadis ini, membuatkan saya kembali semangat, jazakillahu khairan :')
~Ctrl C, Ctrl V dari blog along

“Apakah pandanganmu tentang amalan (manusia) yang dilakukan? Apakah ia sudah ditetapkan sebelumnya atau baru berlaku? Baginda menjawab : “Sesungguhnya segala sesuatu itu telah pun ditetapkan.” Maka dibalas oleh Umar : “Jika demikian, apakah kita harus menyerah sahaja?” Baginda menjawab : “Beramallah wahai anak al-khatab. Segala sesuatu itu sudah dipermudahkan. Barang siapa yang tergolong daripada ahli kebaikan (syurga), maka dia dijadikan beramal dengan amalan ahli syurga. Barang siapa yang tergolong di dalam ahli seksa, maka dipermudahkan untuk dia beramal jahat untuk neraka.”
(Hadis sahih riwayat Ahmad, 29, jil. 1)