Friday, May 11, 2012

lapangan sepi.

tanah merah. berlumpur. sesekali tanah nya melekat-lekat di tapak kasut.
mengesat-ngesat tapak kasut. membersihkan tanah yang melekat.
saat aku tahu, di bawah tanah itu, jasad-jasad manusia bersemadi.
sesekali terkesima.

berdiri diam. langsung tak dapat nak membayangkan kalau lah aku yang ada di bawah itu. Ya Allah. saat segala amal terputus. bekal yang ada itu lah yang akan digunakan tapi fuhh...sebanyak mana je bekal yang telah terkumpul. tak tertolak lagi dengan amal yang bagai debu berterbangan kerana ikhlas yang seringkali susah di datangi...semoga Allah mengampuni dosa-dosa yang telah lalu, masa-masa lalu yang telah tersiakan. Allahhhh...

wan


atuk

aku berjalan. menelusuri kubur-kubur yang sepi. mencuba mencari kubur arwah wan dan atuk yang telah lama tidak dikunjungi. aku pegang batu nisannya. meski aku tidak mempunyai memori yang kekal bersama mereka. namun ternyata aku masih punya cinta pada mereka. mendoakan mereka di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang Allah redha.


'wahai orang-orang yang beriman! bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepadaNya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim' 3:102


semakin lama aku ditarbiyah di atas jalan ini, pandangan kita telah seakan-akan berbeza, memang ternyata berbeza. kematian yang kita imani sebelum mengenal jalan ini ternyata 180darjah berbeza dengan kematian yang kita imani sekarang. begitu juga pandangan kita tatkala memandang setiap wajah-wajah manusia disekeliling. satu demi satu. memandang dengan rasa cinta. ingin orang disekeliling juga merasai seperti apa yang kita dapat sekarang. jalan yang pelik ini. jalan penuh cinta. tapi ternyata kita lah orangnya yang penuh dengan alasan untuk menyebarkan fikrah tu... fuhhh...

aku pasti ramai yang menyedari, dan berasa pelik sekali, saat melihat tiba-tiba begitu ramai orang yang ingin kembali kepada islam. ajaib kadang kala. orang yang kita tak sangka-sangka akan berubah, telah menjadi lebih baik dari kita yang telah lama mengaku berada di atas jalan ini... Allahhh...sungguh Allah kalau nak bagi semua orang beriman, boleh je sekelip mata. seperti kisah nabi Yunus, balik-balik je ke kaum nya, semua telah beriman. tapi apa yang Allah nak lihat, adalah sejauh mana amal kte...huuu. menghembus nafas panjang, mengenangkan masa-masa lalu, saat tak terlihat lagi arah tuju berada di atas jalan ini..huhu Allah, ampunilah dosa ku atas masa-masa yang lalu, yang telah aku persiakan untuk mengajak manusia ke gerabak yang diwarisi ini...



sungguh membasahkan hati saat dikeliling batu - batu nisan. lepas ni kena buat usrah kat kubur ye


miqdad.
ingin menjadi lebih baik dari semalam.


1 comment:

  1. jom ajak ummi buat usrah kat kubur..

    T___________T

    ReplyDelete