Tuesday, February 28, 2012

taman di bawah langit.

18022012.


insan yang berdiri di depan taman ini tak punya apa. hatta hati bukan miliknya, apatah lagi dirinya. yang pasti diri itu tetap ingin percaya yang sungguh-sungguh pada Yang Memiliki Segala-galanya. 
Dia kurniakan taman surga di dunia ini. untuk kita sungguh-sungguh gapai taman surga di akhirat.





 kata assyahid imam hassan al banna : '' Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akan ku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah.''

kata aku : aku ingin hati yang ikhlas itu...

'dan sesungguhnya pada binatang ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. kami memberimu minum daripada apa yang berada dalam perutnya susu yang bersih antara najis dan darah, yang mudah di telah bagi orang-orang yang meminumnya." 16:66






taman dunia itu indah. taman di surga itu lebih indah.


p/s: menaip ini dengan perasaan yang membuak-buak ingin menyatakan rasa sayang ini pada mereka yang saya sayang...

miqdad.


:muslim itu...bukannya superhero yang kebal dari derita, sedih, gundah dan gelisah. akan tetapi, muslim itu membeban semuanya di dunia dan hatinya menunggu khabar baik dari Yang Maha Berkuasa: 


Saturday, February 25, 2012

bulatan itu kenangan surga kita.



malam itu, menghimpunkan pelbagai rasa.  rasa cinta, rasa sayang. rasa sayang yang tersangat la sukar untuk aku ungkapkan di hadapan mereka. yang kalau di ungkapkan pun, aku berasa kan bagai nak mencurah-curah air mata kerana betapa bersyukurnya dengan nikmat-nikmat yang Allah beri ni. ya Allah...

Ya Allah. redhailah semua kami di dunia dan akhirat. Jagalah mereka untukku kerana aku tak mampu bersama mereka pada setiap zaman, setiap waktu walaupun sebenarnya aku sayang.


satu bulatan yang cuba dibina, walaupun pada permulaannya aku berasa malu, kerana aku tidak menghadapi kepayahan-kepayahan untuk memastikan adik-adik ni komited sebagaimana akhwat lain perlu melakukan. namun akhirnya aku percaya, percaya Allah akan menguji aku pada sudut-sudut yang berbeza dengan kehadiran mereka.

melihat mereka bagai melihat diri sendiri setahun yang lalu, 2 tahun yang lalu. semuanya kita bermula dari zero. dan aku percaya pada tarbiyyah Allah. akan mengubah kita dari zero..to hero. insyaAllah.


dan kalau lah kita tengok orang luar, kita kata kita ni istimewa sebab kita ada usrah. kita kata kita ni istimewa sebab kita join dakwah dan tarbiyyah. kita kata kita ni istimewa sebab kita faham i kecil dan I besar tu... tapi sejauh mana kita istimewa tu?

setelah lama kita di atas jalan ini, aku cuba sentiasa muhasabah kembali, benar kah kita telah mengimani dengan sebenar-benarnya inilah jalan yang lurus tu, jalan yang sering kita minta-minta di dalam doa alfatihah kita...

tunjuki kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya, bukan jalan mereka yang dimurkai, dan bukan pula jalan mereka yang sesat 1:6-7

short distance yang boleh membawa kita dekat kepada Allah.

kata ummi, kita tak istimewa lagi selagi kita tak beramal sebagaimana yang kita rasa kita istimewa tu... kita tak istimewa lagi selagi mana kita tak beramal. 

dan aku kira meski bulatan-bulatan yang kita bina nampak kecil di mata orang luar, tapi aku ingin percaya ini lah bulatan-bulatan asas untuk membina UA itu.
kalau benarlah kita telah mengimani bahawa jalan dakwah dan tarbiyyah ni tak memerlukan kita, jadi sejauh mana kita beramal untuk ' ya Allah, yang ini untuk Kau'.


miqdad.
daerah ini daerah damai sekalipun sukar untuk sampai



:sometimes ourvision clears only after our eyes washed away with tears:

Wednesday, February 15, 2012

dari yang menciptakan.

 
Taha. kami tidak menurunkan Al-quran ini kepadamu agar engkau menjadi susah. melainkan sebagai peringatan bagi orang yang takut. diturunkan dari yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. iaitu Yang Maha Pengasih, yang bersemayam di atas 'Arsy. milik-Nya lah apa yang ada di antara keduanya, dan apa yang ada di bawah tanah. dan jika engkau mengeraskan ucapanmu, Dia mengetahui rahsia dan yang lebih tersembunyi. Dia lah Allah, tidak ada tuhan selain Dia, yang mempunyai nama-nama yang terbaik. 
20:1-8 
ayat yang mengingatkan kita kepada kisah pengislaman umar al-khattab

 namun kadang-kadang bila kita baca kisah sahabat  kita tak ada feel sangat sebab kita tak rasa seperti apa yang mereka rasa. dan bagaimana kita berinteraksi dengan Alquran tu. yang Allah menurunkan Alquran ini untuk kita. dan Dia tidak menjadikan ia susah untuk kita.
 
muhasabah sejauh mana diri ini takut kepada Allah 
 
 

Monday, February 13, 2012

words.

subhanaAllah. Dan kita memuji Allah taala kerana telah memilih kita untuk masih berada di atas jalan ini.

dan selawat dan salam kita limpahkan kepada nabi muhammad saw. yang Allah dan para malaikatnya pun sentiasa berselawat dan mengucap salam kepadanya, sudah tentunya kita pun mudah-mudahan akan sentiasa istiqamah mengucapkan salam dan selawat kepadanya.

dan kita mendoakan semoga Allah meredhai merahmati seluruh semuanya pejuang-pejuang dakwah dimuka bumi ini. ameen.

....

a lot of words behind the silence.
ternyata, bukanlah sesuatu yang mudah untuk saya nak mengupdate di sini. bila semua kata-kata bagai di awang-awangan yang susah untuk diterjemahkan. dan sangat pasti ramai yang mengalami situasi semacam ini.

sampai datangnya  teguran dari seorang adik nie.
'alang, bila nak update blog?'
ternyata saya bisu. ternyata sangat x mampu nak berkata apa.
sampai dia yang bagi tips 'bila kita rasa nak buat tu, buat je, tak payah nak panjang2 pun x pe, pendek2 pun ok'


jazakillahukhair  =)


'dan sesungguhnya pada binatang ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. kami memberimu minum daripada apa yang berada dalam perutnya susu yang bersih antara najis dan darah, yang mudah di telah bagi orang-orang yang meminumnya." 16:66


Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah syirik kecil. Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak."
(HR Imam Ahmad)


miqdad. 
21rabiulawal1433H 0007
and Allah found you lost and guide you



:kikislah segala wahan dan syak wasangka dari dirimu dan ketahuilah bahawa jalan ini tidak selamat dari penipu dan org munafiq: (pakcik abbas as sisiy)