Thursday, November 15, 2012

i am a dreamer.




speechless. again...

ntah la, mungkin apa yang berlaku akhir-akhir ni benar-benar telah membuatkan aku sering terduduk dan diam. 

terjaga 4 5 pagi. mandi dan solat.

sebab tu la kan, patut pun kita rasa susah sekarang, sebab kita berada di zaman mekah, siksaan, ujian, bertimpa-timpa di zaman ini... kita akan mengulangi sejarah, kalau lah kita rasa senang je, there must be something wrong, banyak-banyak istighfar.

dan pedih dan penat ni tak kan lama. hanya gerhana. bukan terbenamnya matahari. kan :)

dan sebutlah dengan lidah dan hati, akan mana Tuhanmu terus menerus siang dan malam, serta tumpukanlah amal ibadatmu padaNya dengan sepenuh hati 73:8
i am a dreamer. terbang tinggi.


tiba-tiba...

mata berair...

haha. aku macam... entah... pelik...

apabila teringat macam mana aku boleh curhat kat diorang ni. sedangkan kan aku rasa mereka tak perlu tahu pun yang sebenarnya aku cari kekuatan Allah itu dengan melihat anugerah yang Allah kurniakan melalui mereka.

mereka.

even, kelas full + lab 8-6pm. sambung usrah dengan mereka. sampai 12.30pagi pun. aku jadi x kesah dan Allah bagi kekuatan tak penat. sbb pada saat itu aku sangat perlukan kekuatan itu. dan aku tahu di mana aku dapat cari. aku sangat perlu kan nya. saat itu. bila diri sendiri tak mampu lagi motivate diri untuk kuat.

dan juga mereka, yang boleh membuatkan aku tersenyum dan ketawa bersama. :)

then i'm back to myself. reflect back. look back my mutabaah amal. i better work out with my mutabaah amal. kekuatan yang kita cari tu dari Allah, macam mana Allah nak bagi kalau hubungan kita denganNya pun tak cantik. then, at the end, kita akan sendiri juga.

aku selalu sampaikan pesan, tulis kat buku orang, buku akhwat, atau tiba-tiba cakap kat sesiapa yang jadi mangsa aku: 

'pilihlah menjadi hebat dengan islam, dan pilihlah menjadi mulia dengan islam'

dan i just love it. sebab aku merasai. islam je yang mampu buat kita jadi mulia, bersihkan kembali noda-noda hitam kita menjadi putih. itu suatu yang tak dapat ditukar ganti dengan dunia. kefahaman dalam islam. sebab aku merasai. kau hanya akan jadi hebat dengan islam. without islam, u are nothing. hanya lebihan dunia if we  not contribute something pada islam. -_-

krik. krik. krik...



dan, malam dah semakin dingin. dan Allah tidak pernah tidur. 

quote: 'Allah takkan gerakkan hati kita untuk berdoa, jika Dia tidak ingin memakbulkan doa itu, justeru, kemampuan hati kita untuk berdoa, itulah yang terlebih dahulu perlu kita syukuri'

saya sedang bercakap dengan diri sendiri. k assalamualaikum


Wednesday, November 14, 2012

a single moment.



i just remembered the moment...

dalam lab yang terakhir

jam 5:50pm, angkat beg, buka zip. keluarkan bookmark.

hulurkan bookmark to someone.

'nahhh' 

someone that i have spent my 7 hours with her, in that lab, solat dan makan bersama, everyweek, untill week 7.

'alaaa bagi2 ni macam tak jumpa je nanti kan' -dia-

'ye la, mana la tahu, mungkin ni yang terakhir' -saya-

speechless

'kannn' -dia, nada tak puas hati-

aku pandang tepat padanya, dan beredar, laju, pergi. ada kelas pukul 6.

Only if you knew me. :')

kalau lah mampu, ingin ku santuni semua orang di sekelilingku dengan baik. tapi hati, dan perasaan ni, hanya Allah yang tahu mengapa....






Sunday, October 28, 2012

hidup.


forgive me Allah. for moments that i forget You. pasti apabila kita sedar dari kelekaan kita, perkara yang kita sesal adalah, saat-saat yang terlewatkan dengan tidak mengingati Dia


dan




short film: tomato 2.0

best part of it is. the beginning.

kematian adalah tarbiyyah terbaik. ya. sesungguhnya.



If my time would end today would I be ready to go?
And leave all the things I’ve worked so hard for
And all my friends and everyone I’ve known?
Never did I ever stop for a moment to think
Of what’s staring at me
I’ve been breaking all the mirrors of reality
I’m so sorry, if only I had just one last chance
I’m so sorry, but now it’s too late to change the past, oh
I lived my life in the fast lane, I only lived for today
And never, never really thought about anyone else
It was all about me, myself and I
Never did I ever stop for a moment to think
Of what’s staring at me
I’ve been breaking all the mirrors of reality, oh
I’m so sorry, if only I had just one last chance
I’m so sorry, but now it’s too late to change the past, oh
And now, now that it’s over
I wonder if anyone will remember me
If I had the chance to turn back the hands of time
There are so many things that I would change
I’d live my life, every single breath for You
I’m so sorry, if only I had just one last chance
I’m so sorry, but now it’s too late to change the past, oh
I’m so sorry, so sorry
Please forgive me
-irfan makki.
dan mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, kemudian bertaubatlah kepada Nya. sungguh, Tuhanku Maha Penyayang, Maha Pengasih (11:90)

mendengar takbir raya. ulang dan ulang. :')

Tuesday, October 23, 2012

i just can't

Allah, 
when words fail me. really fail me.
its hurt.

please. i really hope. nobody will ask about you, and about us again.
masa adalah waktu rawatan nya
i may need a thousand years, to get through all this.
full stop.



there come a point, when its not me that don't care anymore, i just can't.
i just can't
dan ia pedih

tears.

Thursday, October 4, 2012

sedikit dari momen.

berwuduk.
solat maghrib.
sujud.
tasyahud akhir.
selawat.
beri salam.
terkenang.
bergenang.
air mata.

jalan ke meja study.
ambil telefon.
taip 
'assalamualaikum mak. tadi g tengok housemate konvo. tak sabar nak tunggu mak abah datang konvokesyen ika pulak t. insyaAllah semoga Allah izinkan hehe walaupun tak mampu jadi yang terbaik t, harap mak tak putus doa kan ika untuk mampu usaha yang sebaiknya =)'

cari nama.
tekan hantar.

capai mathurat.
baca.

hmmm... ntah. apa perasannya. tetibe... saat bersama keluarga acik tadi. saya nampak satu pengharapan yang besar dalam mata setiap ibu bapa untuk melihat anak nya berjaya... dan saya takut itu bukan sesuatu yang dapat saya beri pada mereka...

kesat air mata.
sambung baca.
mathurat. 
dengan tak-tahu-perasaan-apa-yang-nak-diterjemahkan. 
kekuatan dicari dari Dia.

hmmm... saya melihat perjalanan ini masih panjang. masih banyak liku. dan sangat berharap saat Allah mentarbiyyah dengan apa cara yang Dia sukai, saya sedia redha dengan caraNya. dan moga Dia redha dengan saya...

jarang sekali mesej beromantik begitu dengan mak hihi. terima kasih Allah kerana masih memberi peluang saya berbakti kepada mereka, terutama bersama mereka selepas saya mengenal jalan ini, dapat saya santuni mereka dengan akhlak islami yang diterapkan dalam tarbiyyah... moga pahala-pahala yang saya dapat dari jalan ini dipanjangkan pahalanya kepada mereka juga, sebagai orang yang most of hayat saya bersama mereka. dan kejayaan akhirat itu lah yang sebenarnya kita cari dan kita mahukan untuk mereka juga kan. =')

kasih sayang itu berjuang dengan doa-doa. tasbih. dan zikir.

kata-kata semangat seorang mak itu, walaupun sepatah, cukup mungkin untuk mengalirkan air mata dan meluruhkan seluruh perasaan. itu lah perasaan istimewa yang Allah kurniakan dari mereka untuk kita. =')



tahniah kepada siti fatimah zahra johari, nusaibah rashdi, dan fareha azhar. for your graduation =) .kembali ke ISK, telur putih, telur kuning. sepanjang masa kita berjuang dengan nya. dengan matlamat kita. good luck for your future undertaking. =)



p/s: telah semakin cuai meletakkan barang, sampai semua benda yang dikatakan tak jumpa, hilang...mak jumpa di rumah. dalam bilik saya sendiri...perghhh...sakit2


miqdad.
it is you, who stand in need of Allah 35:15

Monday, October 1, 2012

satu kata tertulis cinta

'tak penat ke?'

'nak tunggu bas lagi...'

sapaan akhwat miqdad, saat aku melangkah keluar untuk bertemu mereka yang tercinta...

aku terhenti... terjaga dan terfikir... penat?

'tak...'

tak, saat itu seolah-olah penatnya tak terasa..meski benar, baru pulang dari kuliah seharian... tapi penat kuliah itu ternyata tertimbus oleh satu kata... yang tertulis cinta.. pada sebentuk hati... yang sangat ingin ditujukan kepada Allah

kan baru terjaga... ternyata jalan ini adalah cinta. cinta yang cukup mengkhayalkan... tak terasa yang lain melainkan cinta. tak ingin mencintai kecuali kerana Dia.

lagi pun, kalau lah kita asyik nak fikir penat kita, lapar kita, sakit kita, malas kita... then jalan ini takkan mudah untuk di lalui. akan lambat la kita berjalan. kan kita sedia maklum, jalan ini jalan perjuangan dan pengorbanan...liku-liku

berjuang dan belajar. berjuang dengan waktu-waktu. belajar untuk mengoptimizekan penggunaan waktu.

belajar untuk memahami, memahamkan, membina, dan membentuk

haaa...berjuang dengan hati ini sendiri, emosi, perasaan, dengan maksiat sunyiku, dengan nafsu, dengan kesungguhan, dengan kelemahan diri, dengan keputusasaan, dengan ketidaksabaran, dengan titis peluh dan air mata, dengan kata-kata manusia... dengan segalanya, ia menuntut hampir segalanya...

dan mungkin ini perjuangan yang getir saat ini, berjuang dengan selera-selera lain yang bukan mengikut kehendakku...indeed, sangat sukar untuk di fahami, tapi demi d n t, tiada kepentingan diri untuk di utamakan, segala yang di perjuangkan adalah untuk keberlangsungan D n T di sini, di medan kita ini...dari Allah dan untuk Allah.


“You know you're in love when you can't fall asleep because reality is finally better than your dreams.” ― Dr. Seuss

anda. 

aku adalah antara orang berharap. supaya saat mata-mata lain membaca catatan monochrome blog ini, anda juga dapat merasai. tidak gentar untuk berjuang bersama. tidak gentar untuk bermimpi bersama. 

kebersamaan itu berjuanglah dengan doa-doa. meski tahu banyak hak-hak yang anda claim dari diri ini yang tak tertunai. semampunya saya berdiri, tidak semua mampu untuk ku penuhi... meski liku-liku dan lopak-lopak jalan kita tak kan pernah sama, tapi kita masih di landasan yang sama.

anda, tahu tak? yang dia ni pun mahu seperti anda, wahai yang hanya mengharapkan Allah, dia tidak ingin hebat di mata dan mustawa manusia.. tapi Allah. di mata Allah...  semua bisa mengerti kan.

dan anda tahu tak? dia benci dan juga tidak suka dan juga mati kata, bila orang cakap dia hebat, dia ok, dia penuh kesenangan... sebab anda tak tahu ujian beratnya yang Allah berikan, anda tak nampak najis-najis yang masih berbau dibadannya, dan anda tidak tahu siapa dia zaman jahiliyyahnya. dia masih sangat berdosa. dan anda juga pernah mengalaminya kan spt dia.

Maha Luas Kasih Sayang-lah yang masih sudi menerima kita...

senyum :)

miqdad.

Sunday, September 30, 2012

untitle

Allah. Yang Maha Luas RahmatNya dan Kasih Sayang.

ini adalah post yang tertunda sejak sekian minggu.


mungkin kita semua pernah merasa sebuah perjalanan yang tiba-tiba dimudahkan. kata-kata kita yang takut nak di ungkapkan tiba-tiba ditunaikan. doa-doa yang dimakbulkan. kewangan kita yang dicukupkan...


lantas sangat berharap, moga semua nikmat dan kurniaan ini bukan istidraj. bukan sesuatu yang menjauhkan, bukan sesuatu yang menyombongkan...


kita yang dah claim diri faham dengan keperluan tarbiyyah ni, semoga kita get use it, and do not take for granted perjalanan yang Allah cukupkan keperluannya dalam keadaan kita sedar akan nya...


dan benar mungkin. jika kita ada niat yang baik, tekad yang bulat, dan betul-betul tahu apa yang kita nak buat utk islam. Alam ni tak ragu-ragu nak tolong kita. tapi kalau kita masih ragu-ragu dengan niat kita, tekad kita dan cita-cita kita, masih blurrrr.... alam pun blur dan ragu-ragu nak tolong ke tak. nak tolong ke tak...


sesungguhnya urusan Nya apabila Dia mengkehendaki sesuatu, cukuplah sekadar Dia berfirman kepada sesuatu itu: Jadilah! maka sesuatu (yang dikehendakiNya itu) pasti terjadi. 


Allah, tetaplah aku untuk terus bersyukur dengan karuniaMU yang Maha Luas ini, kerana pasti bukan diri ini yang mendatangkannya melainkan jika Engkau lah menghendakinya begitu. atau mungkin kerana ada tangan yang mendoakan. Allah ingin ajar sesuatu, bersyukurlah dan beristighfarlah, kerana kalau nak diukurkan dosa-dosa kita, terasa tidak layak untuk kita menerima pelbagai nikmat-nikmat Allah ni. Allahurabbi. Maha Luasnya Kasih Sayang Mu...






ikut resmi padi, semakin tunduk semakin berisi, ikut resmi lalang, semakin tinggi semakin tiada berisi... 

Alhamdulillah a'la kulli nikmah wa a'la kulli hal

Wednesday, September 19, 2012

berbagi makna II



Ini merupakan ucapan terakhir Ustaz Umar, mujahid yang telah berangkat menemui Tuhannya, ucapan yang ditujukan kepada pemuda pada pertemuan tahunan terakhir di Kaherah sebelum beliau menghembus nafas terakhir beberapa bulan selepas itu.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas khatam al-anbia' dan al-mursalin, Sayyidina Muhammad, ahlinya dan sahabat-sahabatnya.

Wahai anak-anak yang dikasihi lagi disayangi

Kekuatanku telah longlai, kesihatanku telah lemah, penyakit dan kesakitan timpa menimpa. Benteng kesejahteraan tiada lagi mampu melawan.

Tetapi, ketika aku dijemput menghadiri haflah atau perhimpunan dan aku diberi ruang untuk bercakap kepada pemuda, tiba-tiba aku bagaikan direntap keluar dari kelemahan kepada kekuatan, dari sakit kepada sihat. Seluruh jiwa raga dilimpahi kebahagiaan kerana aku akan bertemu dengan pemuda yang merupakan bekalan bagi umat ini untuk masa kini dan hari-hari mendatang.

Dan sekalipun kamu pernah mendengar aku bercakap kepada kamu lebih daripada satu kali di mana aku tidak bercakap kecuali tentang keselamatan, keamanan dan kestabilan, jangan menunjuk perasaan, jangan melakukan kerosakan dan elakkan pertembungan. Sekalipun semua itu, aku tidak mengetahui apakah faktor yang menjadikan aku dihalang daripada bercakap kepada para pemuda. Aku tidak dijemput menghadiri suatu perhimpunan untuk bercakap kepada pemuda kecuali aku disekat. Hanya inilah peluang yang dapat diterobos. Itupun aku tidak tahu bagaimana ia datang?

Wahai pemuda!

Sesungguhnya orang yang berada di sekeliling Rasulullah s.a.w. adalah dari kalangan pemuda!! Umar r.a. berusia 26 tahun. Talhah bin Abdullah, az-Zubair bin al-Awwam, Ali bin Abi Talib, semuanya dari kalangan pemuda. Dan kamu adalah pemuda.

Bahkan lebih daripada itu, Rasulullah s.a.w. telah melantik menjadi pemimpin di Najran seorang sahabat bernama Abdullah bin Hazm al-Ansari. Baginda mengutus Abdullah ke Najran untuk mengajar penduduknya agama, mengajar mereka menghafaz al-Quran dan memungut zakat daripada mereka. Tahukah kamu berapa umur sahabat tersebut? 17 tahun. Pemuda yang berumur 17 tahun mengajar agama, menghafazkan al-Quran dan memungut zakat. Inilah yang sedang kita usahakan dengan sungguh-sungguh sekarang.

Dakwah Ikhwan Muslimin tidak mencari dan tidak mengingini kecuali untuk melihat sirah serta sunnah Rasulullah s.a.w. terlaksana di negeri ini kerana wilayah ini, dari Iraq ke Maghribi adalah wilayah Islam.

Kita adalah kaum muslimin, dari Indonesia ke Maghribi. Adapun dakwah qaumiyyah arabiyyah (kebangsaan Arab) yang dengannya mereka hendak memesongkan kita dari Islam sedikit demi sedkit, sekali-kali tiada tempat di kalangan kita, kaum muslimin.

Kita adalah muslimun sebelum yang lain-lain sekalipun negeri tempat tinggal kita berbeza. Kita adalah ummah muslimah sebagaimana firman Allah bermaksud:
“Sesungguhnya ugama Islam inilah ugama kamu, ugama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka sembahlah kamu akan Daku.” Al-Anbiaa’:92
“Dan sesungguhnya ugama Islam ini ialah ugama kamu – ugama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepadaKu.” Al-Mu’minun:52

Inilah hakikat yang kita berusaha keras ke arah merealisasikannya. Dan aku tidak mengetahui kenapa pemuda muslim yang memikul dakwah kepada Allah ini diperangi?

Semua pertubuhan, semua parti ada di dalamnya pemuda. Semua pertubuhan menggesa pemudanya supaya bergerak aktif. Sehingga parti kebangsaan yang memerintahpun ada di dalamnya pemuda dan dipanggil dengan gelaran yang khusus. Kenapa hanya pemuda yang berdakwah kepada Allah sahaja yang disekat dan dihalang dari dakwahnya?

Namun, dalam semua situasi itu, aku tetap menasihatkan diriku dan diri kamu agar bersabar, tabah dan kuatkan tekad menghadapinya. Jangan memberontak kerana tidak itu mendatangkan kebaikan kepada dakwah. Yang beruntung hanya musuh-musuh negara ini.

Wahai pemuda:

Kamu memikul dakwah yang paling suci dalam kehidupan ini. Dan kamu diiktiraf oleh semua golongan. Aku mendengar dengan telingaku sendiri pujian kepada kamu. Aku mendengar sebutan yang baik tentang kamu. Aku mendengar kata-kata yang membicarakan keikhlasan kamu, kegigihan dan kesungguhan kamu. Tetapi aku mendengar semua itu dalam majlis-majlis yang tertutup. Apabila orang yang bercakap tentang kebaikan kamu itu keluar di tengah-tengah masyarakat, aku mendengar mereka menuturkan ucapan yang berbeza. Mereka memerangi jamaah Islam, bertindak keras ke atasnya dan memanggilnya pengganas. Mereka lakukan begitu dalam keadaan mereka tahu tentang kamu, tetapi mereka menyembunyikannya. Kenapa?

Mungkin aku tahu dan mungkin juga aku tidak tahu. Kalaupun aku tahu, di sana ada sesuatu yang menghalang aku untuk berterus terang mengatakannya. Bukan semua yang diketahui itu mesti diucapkan. Dan sekiranya aku tidak tahu, maka itu merupakan kelemahanku sebagai manusia yang tidak mengetahui sesuatu yang ghaib. Sesungguhnya yang ghaib itu tidak ada yang mengetahuinya kecuali Allah s.w.t.

Wahai pemuda:

Sesungguhnya apa yang aku minta daripada kamu, dan kami adalah generasi yang telah mendahului kamu, iaitu kami bawa kepada kamu bendera ini. Kami telah menanggung pelbagai siksa dan sengsara ketika membawanya. Kami dibunuh, dihalau, disera, dipenjara dan sebagainya. Bukan aku berkata begitu. Mahkamah-mahkamah jenayah Mesir yang mengakuinya, di mana setengah prosidur dan penghakiman yang berlaku pada masa itu amat-amat memalukan.

Itulah yang telah kami hadapi dan kami tanggungi. Adakah ia menjejaskan keazaman kami walau sekelumit?

Sesungguhnya Ikhwan keluar dari setiap mihnah (tribulasi) dengan semangat yang lebih kuat daripada ketika mereka masuk ke dalamnya. Kerana dengan mihnah itu terbongkarlah hakikat mereka (Ikhwan), manusia mengenali tentang mereka. Mereka adalah rijal, pemuda yang memikul dakwah paling suci, mereka menyeru manusia ke jalan paling lurus, mereka menarik keluar umat Islam dari Iraq ke Maghribi dan di tempat-tempat lain dari lembah kehinaan akibat membelakangi kitab Allah s.w.t.

Kami sebutkan kata-kata ini kepada kamu, kami ajarkan kamu dan kami dedahkan kepada kamu pengalaman kami pada masa lalu.

Kenapa kita ditindas? Bukankah kita berada di dalam zaman orang bercakap tentang demokrasi? Sekalipun aku tidak mengiktiraf perkataan demokrasi, tetapi aku tahu kebebasan di dalam Islam. demokrasi adalah ciptaan manusia, sedangkan kebebasan adalah satu daripada anugerah Allah. Alangkah jauhnya antara keduanya.

Demokrasi yang kita perkatakan tentangnya, apabila kita bandingkan dengan demokrasi yang berlaku di luar sana sangat pelik. Terlalu pelik.

Aku mengenali setengah negara beraja yang diperintah oleh seorang raja, sesiapapun dari kalangan manusia, di mana-mana tempat yang jauh dari kesesakan jalan, boleh mengkritik raja dan pemerintahannya, dan tiada siapapun yang mampu menghalangnya.

Adapun di sini, kita mencari satu medan kita tidak menemuinya, kita menyewa satu ruang, pintu ditutup di hadapn kita. Maka di manakah yang dikatakan demokrasi?

Aku yakin kamu tahu atau kamu baca sebagaimana kami telah baca bahawa telah sabit kesalahan presiden Amerika Syarikat bahawa dia melakukan intipan ke atas parti lawan. Maka kes itu menjadi sebab dia meletakkan jawatan presiden USA kerana itu dianggap telah melanggar sempadan sistem demokrasi.

Aku tidak mengetahui bagaimana kita hidup?

Di pintu pejabat, mata-mata gelap berlegar di dalam dan di luar, termasuk di rumahku juga. Tetapi aku tidak menoleh kerana tidak penting bagiku sama ada aku tetap berada di rumah atau di penjara. Kedua-duanya sama sahaja bagiku. Sesungguhnya aku, dengan rahmat Allah, telah menyerahkan urusanku dan ruhku kepada Allah s.w.t. Dialah yang melakukan apa yang dikehendakiNya. Semua tindakan mereka tidak penting bagiku.

Di setiap tempat telefon diawasi. Kenapa? Adakah kita ini musuh kepada Mesir? Adakah kita ini musuh kepada tanah air ini? Sebenarnya kitalah warga yang paling ikhlas kepada tanah air ini. Kitalah orang yang mengembalikan keamanan, kestabilan negeri ini sehingga presiden mampu bergerak di jalan-jalan dan lorong-lorong di Kaherah dengan berjalan kaki tanpa rasa takut, tanpa dikawal oleh ribuan pasukan keselamatan untuk menjaga keamanan jalan-jalan. Kenapa? Adakah kita telah kehilangan kepercayaan kepada satu sama lain? Adakah presiden tidak percaya kepadaku dan aku tidak percaya kepadanya.

Kami percaya kepada presiden, tetapi mereka?

Kami tidak menyeru kepada menggulingkan kerajaan. Kami menyeru kepada mengislahkan kerajaan. Kalau ditawarkan kepada kami kementerian, kami menolaknya kerana kami tidak meminta kerajaan, tetapi kami meminta kerajaan yang adil, siapapun yang menerajui pemerintahan ini.

Wahai pemuda:

Nasihatku kepada kamu, peganglah dakwah ini. Peganglah hingga ke titisan terakhir darah kamu, sehingga ke detik terakhir nafas kamu. Berpeganglah dengan janji Allah. Berpeganglah dengan tali Allah yang kukuh. Tidak ada tempat kembali, tidak ada tempat selamat kecuali dengan kembali kepada Allah s.w.t.

Seandainya kerajaan-kerajaan di zon ini berpakat untuk sesuatu perkara yang mendatangkan faedah kepada tanah air mereka, nescaya keadaan ini akan berubah, nescaya kedudukan zon ini akan bertukar, nescaya kita menjadi satu kekuatan yang benar-benar dipandang orang, nescaya Israel, Amerika dan Russia tidak akan mampu membuat kerosakan di benua kita atau mengacau bilaukan maruah kita serta kehurmatan kita sebagaimana yang sering kita baca di akhbar-akhbar.

Wahai pemuda:

Aku menasihati kamu, khususnya para siswa supaya kamu berpegang kepada akhlak yang mulia dengan guru-guru kamu di kuliah-kuliah. Jangan berbuat perkara yang tidak baik terhadap guru, jangan bersikap kasar walaupun mereka tidak sealiran dengan kamu.

Wahai pemuda:

Kami kemukakan hal ini kepada kamu, dan kami menegaskan bahawa para duat kepada Allah sering menghadapi pelbagai ujian. Sesiapa yang benar-benar bersedia untuk menjual dunia ini dan membeli akhirat, membeli syurga yang lebarnya antara langit dengan bumi, maka masukilah medan ini, pikullah kalimah Allah, katakanlah kebenaran dengan beradab, dengan matang, rasional, jelas dan berlandaskan hujjah. Dan usah peduli apa yang akan menimpanya selepas itu.

Tidak ada sesuatupun yang berlaku di dalam alam ini kecuali mengikut ketentuan Allah s.w.t.

Demi Allah, jika kita bertasbih dengan memuji para pemerintah siang dan malam, pada hal mengikut ketentuan Allah kita akan masuk penjara, kita tetap akan masuk penjara. Dan kalau kita tegur mereka siang dan malam dengan teguran yang membuatkan mereka rasa tertekan, pada hal tidak ada dalam ketentuan Allah kita akan masuk penjara, kita pasti tidak akan masuk penjara.

Semua perkara di dalam alam ini mengikut ketentuan Allah sejak azali, pada hari Dia menciptakan langit dan bumi dan menurunkan manusia di muka bumi ini. Semuanya telah tertulis, apa yang akan menimpa manusia seorang, seorang. Dia mengetahui setiap peristiwa yang akan berlaku satu persatu. Maka kenapa kita takut?

Menunjuk perasaan dengan kekuatan, mencela guru-guru, membaling bangunan universiti dengan anak batu, memecah dan meruntuhkan, semua itu bukan akhlak pendakwah Islam. Pendakwah kepada Allah ialah pendakwah kesejahteraan dan keamanan. Aku tidak dapat menggambarkan pemuda yang menyeru kepada Allah, pemuda yang di dalam hatinya mantap kefahaman tentang dakwah kemudian dia mengganas, meruntuhkan, memukul dan mengasari.

Agama ini adalah din yang sejahtera. Muhammad s.a.w. adalah rasul kesejahteraan. Allah s.w.t. antara NamaNya yang Husna ialah as-Salam.

Wahai pemuda:

Kita hanya wajib melaksanakan apa yang diwajibkan ke atas kita melaksanakannya. Adapun natijah adalah milik Allah s.w.t.

Kamu membaca di dalam al-Quran ayat (dan katakanlah: beramallah) dan kamu tidak akan temui satu ayatpun, yang terdapat perintah supaya kita tanggung natijah amal kita. Kita wajib beramal, kita jangan memandang lamanya masa, atau kita berkata telah berlalu puluhan tahun, namun kita tidak juga sampai kepada natijah. Sesungguhnya kita telah melalui perubahan yang sangat banyak. Pada permulaan dakwah ini, tuntutan supaya melaksanakan Syariat Allah merupakan satu jenayah. Seseorang ditangkap dan dibicarakan kerana tuntutan ini. Dan dakwah terus bergerak dan bergerak ke hadapan sehingga sekarang ini kamu telah baca bahawa semua parti politik di Mesir, ketika mereka mengemukakan hasrat memasuki pilihanraya yang lalu, agenda pertama yang mereka bawa ialah melaksanakan Syariat Islam. Ini merupaka satu kejayaan yang tidak terbatas. Kejayaan yang sangat besar kepada dakwah Ikhwan Muslimin. Perlembagaan negara mengandungi peruntukkan berikut:
"Agama rasmi bagi negara adalah Islam". Ungkapan ini sebenarnya tiada makna kerana kita adalah umat Islam. Namun dakwah Ikhwan Muslimin menggesa kerajaan agar menyebutkannya di dalam perlembagaan. Dan tertulislah di dalam perkara dua: "Bahawanya Syariat Islam adalah sumber utama perundangan bagi negara ini".

Justeru, kita sebenarnya menapak ke hadapan langkah demi langkah secara perlahan-lahan. Dan ketika aku mengadakan pertemuan akhir-akhir ini dan membincangkan tentang pelaksanaan Syariah di dewan rakyat dan pendapat Ikhwan mengenainya, mereka menyatakan pandangan mereka: kami tidak mahu menekan dan menyusahkan. Kami menyeru supaya diperundangkan Syariah Islam secara perlahan-lahan supaya tidak timbul kekeliruan.

Setengah hakim, peguam dan wakil-wakil rakyat tidak mengkaji Syariah Islam. Majority terbesar dari kalangan mereka tidak tahu langsung tentang pengajian Islam. Maka bagaimana aku hendak menuntut satu kaum yang tidak belajar tentang sesuatu supaya melaksanakannya? Jadi kita wajib menghadapi dengan lembut, sedikit demi sedikit sehingga mereka menghayati apa yang kita serukan kemudian mereka menjalankan peranan mereka sebagaimana yang sepatutnya mereka jalankan.

Wahai pemuda:

Aku menyeru kamu supaya bersabar dengan kesabaran yang cantik (sobrun jamil). Sobrun jamil itu ialah kesabaran yang tiada sungutan bersamanya. Tidak ada ungkitan dan tidak ada putus asa kerana Allah s.w.t. berfirman maksudnya: (Dan kesudahan (yang baik) itu untuk orang yang bertaqwa).

Wahai pemuda:

Sesungguhnya peranan kamu sangat besar dan sangat penting. Dan pandangan kamu tentang semua perkara mestilah didasarkan kepada kajian dan penelitian yang sangat teliti. Aku bersumpah dengan sumpah yang benar di mana aku tidak berdosa dengan sumpah tersebut bahawa sekiranya kita melkasanakan Syariah Allah di negeri ini, sudah tentu keadaan akan berubah dengan suatu perubahan yang tidak pernah digambarkan sama sekali oleh mana-mana insan. Inilah peranan kamu. Inilah tanggungjawab kamu.

Kamu sebagai penuntut, doktor, peguam atau jurutera, kamu ada kawan-kawan, ada keluarga, ada saudara mara yang boleh kamu mantapkan kefahaman ini di persekitaran kamu, tempat kamu tinggal dan bekerja.

Ini satu lagi manifestasi yang indah yang kita lihat berlaku di kalangan kaum wanita. Pernahkah kita lihat pemandangan seperti ini sebelum tersebarnya dakwah Ikhwan? Atau pemandangan yang hampir serupa dengannya? Sesungguhnya aku belajar di fakulti undang-undang tahu 1931. Di situ hanya terdapat seorang sahaja pelajar perempuan, tetapi sedihnya dia tidak memakai pakaian keislaman.

Hari ini kita lihat di fakulti perubatan, kejuruteraan dan pertanian di sebuah universiti, malah di semua unversiti, mahasisiwinya beriltizam dengan pakaian Islam sepenuhnya. Ini adalah satu kurniaan Allah hasil dakwah Ikhwan Muslimin.

Oleh itu aku menyeru kamu wahai ikhwah, janganlah kamu berpada hanya sekadar menjadi akh muslim, atau berpuas hati sekadar dirinya telah bersolat, berpuasa dan bermujahadah. Jangan! Menyebarkan dakwah itulah yang dituntut daripada kamu, setiap orang. Maka, awas kamu! Jangan berlengah, jangan bermalas, jangan berasa berat untuk melaksanakan kewajipan ini. Awas! Jangan kamu tanggalkan baju yang telah dipakaikan Allah kepada kamu dengan memilih Muhammad s.a.w. sebagai ikutan dan pemimpin kamu.

Wahai pemuda:

Aku wasiatkan kamu agar bersabar. Aku bercita-cita kalaulah aku dapat berbicara dengan kamu lebih banyak daripada ini, atau aku dapat ucapkan semua yang ada padaku. Namun, sayang sekali aku tidak mampu.

Aku mengucapkan kata-kataku ini dan memohon ampun kepada Allah untuk diriku dan kamu. Aku serahkan urusanku kepada Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Melihat akan hamba-hambaNya.



Umar at-Tilimsani
Al-Mursyid al-'Aam lil-Ikhwan al-Muslimin

Monday, September 17, 2012

because i love u.

'seorang daie yang belajar mesti mahukan kejayaan dalam study dan tarbiyyahnya. tapi bukan semua daie Allah berikan kejayaan dalam kedua-duanya. keep moving forward, Allah sedang melihat. ujian kan, bukan semakin mudah :')'

'momo tau tak?'

'tak tahu...'

'hehe...dah lama dah tak dengar ayat2 chenta dari momo...rindu sangat2.. dengar je mesti sentap, terus sampai ke hati... boleh nangis tau.'

'nak tahu tak kenapa?'

'nakkk'

'because i love u... <3'



dan sesungguhnya Allah yang memegang hati2 itu dan ini, Allah yang akan menyentuh hati2 itu dan ini. Allah. di tangan Dia.

and i really love Him

p/s: biar pun dengan hanya sedikit kenangan bersama, aku ingin merakamkan kenangan ini, dalam penulisan ini yang istimewa. aku sayang mereka.

“Sometimes the people with the worst past, create the best future.” ‘Umar bin al Khattab (RA)






Sunday, September 16, 2012

mimpi.


derasnya masa yang berlalu, tak terasa.

setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah subhanahuwa Taala. kesyukuran yang aku mahu buktikan dengan terus beramal. di sini. di kawasan ini...

Dua semester yang berbaki (insyaAllah) ternyata saya melihat jauh nya bukan sesuatu yang mudah. Pasti berliku. Dan ternyata aku perlu bekerja lebih bersungguh-sungguh untuk menghadapi yang terakhir ini. pastilah, aku hanya merancang dan mengangan-angan kan. semuanya di tangan Tuhan. segala kemungkinan aku bersedia menghadapinya, pasti mahukan kekuatan yang bersumber dari Allah.


mungkin akan terjadi, apa yang kita expect terindah tak mungkin akan terjadi. yang kita rasa best di hati tak semestinya itu yang betul. kita berjalan, di atas jalan yang punya panduan, digariskan oleh manusia-manusia hebat sebelum generasi kita. syuyukh-syuyukh kita. 

haaaa....

setiap kita punya mimpi. punya cita-cita. punya suatu perkara yang menjadi impian besarnya untuk ditunaikan. setidak-tidaknya, sekurang-kurangnya, sebelum kita meninggalkan tempat ini.

mimpi kita mungkin banyak. di jalan d n t ini dan jalan kehidupan kita... berserakan bagai bintang di langit. tapi dalam berserakannya mimpi kita, akan ada yang kita terlepas pandang, mungkin kerana terlalu kecil atau mungkin kerana terlalu jauh... tapi Tuhan nampak semuanya mimpi-mimpi itu. dan setiap yang dimakbulkan Allah adalah yang terbaik untuk kita, dan setiap yang belum di makbulkan Allah, pasti karena belum tiba masanya untuk kita hadapi dan pasti itu mungkin yang paling terbaik untuk kita.

sedalam-dalam rasa cinta aku sungguh ingin membawa diri ini dan mereka kepada Allah.
Dalam kelalaian ku, aku mencuba… aku pasti malu pada diriku lantaran kecuaianku terhadap hak mereka.

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, sungguh akan.Kami tunjukkan jalan-jalan Kami." (Al-Ankabut: 69)


tiada punya apa2 kecuali doa. supaya Dia menambahkan iman ku dengan limpah kurnianya semoga Dia menambahkan untukku firasat, hati yg hidup, jiwa dan perasaan yang sentiasa sedar. untuk aku, dan untuk mereka.

Allah, Maha Suci Engkau yang telah memberi kami barisan pemuda yang sentiasa hidup. 
betapa aku bersyukur kepadaMu lantaran Engkau menjadikan aku sempat melihat mereka di sini di akhir pengajianku.





Friday, July 20, 2012

begin.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdullillah.
Hari ni 30 syaban. insyaAllah. masuk maghrib nanti akan masuk lah kte ke 1 ramadhan.

akan bermula lah solat terawih malam ini. akan bermula tilawah-tilawah syahdu menghiasi langit. akan terjaga jiwa-jiwa yang merindu di sepertiga malam, mencari keampunan dan kekuatan.
 
by hook or by crook, kita tak dapat nak menafikan, ramadhan sentiasa menjadi penantian hamba-hamba Allah di muka bumi ini. 

dan ramadhan yang di nanti ini lah masanya kita membekali diri kita untuk menghadapi 11 bulan yang akan datang. Dan di doakan semoga kita tidak hanya menjadi ramadhaniyyin, tapi jadilah kita rabbaniyyin. Hamba Allah.

marilah kita sama-sama memohon memohon kepada Allah agar Dia berkenan menganugerahkan kita hati yang bersih, lisan yang jujur, dan amalan yang di kabulkan dan agar Allah berkenan menempatkan amalan kita di timbangan kebaikan pada hari pembalasan nanti. dan agar Dia memberi taufik kepada kita menuju kebenaran dalam ucapan dan perbuatan. ameen. 

Dia yang selayaknya dicintai.


sampaikan kami ke ramadhanMu ya Allah. jadi kan kali ini lebih baik dari sebelumnya.
 
kun rabbaniyyin. wala takun rammadhaniyyin.
 
wallahua'alam

shah alam.

Wednesday, July 18, 2012

rasai maknanya.

Assalamualaikum. ;) ya mar’atul jannah.




sudah lama tidak meninggalkan penulisan di sini. mungkin ini permulaan kepada peringatan untuk kita, bertanya kembali kepada diri kita dengan tujuan kehidupan kita. Fuhhh.

Sesudah menghabiskan pembacaan buku ‘saksikan bahwa aku seorang muslim’ karya salim a.fillah. saya juga sepertinya ingin berlari lalu berteriak ‘saksikan bahwa aku seorang muslim’ ha ha. saya cukup sangat terkesan saat mas salim menceritakan tentang tetangga nya. subhanaAllah itu masyarakat muslim…! Saat menghayatinya kita rasa roh kte sedang merindukannya, kan mereka saling bersaudara di alam roh dahulu. subhanAllah… dan Malaysia insyaAllah coming soon kan kan kan. ;)

Itu lah guna nya pembinaan individu-individu muslim. Seperti katanya pak abbas as-sisi dalam at-thariq ilal qulub:

‘Individu adalah komponen terkecil penyusun masyarakat, dia memegang peranan penting dalam menentukan perjalanan dan bentuk masyarakat itu sendiri. Oleh kerana itu, yang menjadi tonggak dalam gerakan kita adalah individu, kemudian keluarga, dan akhirnya masyarakat. Maka perbaikilah dirimu terlebih dahulu, kemudian serulah orang lain ke jalan kebaikan. Kerana terwujudnya peribadi-peribadi yang benar-benar mukmin akan membuka banyak peluang untuk sukses. Inilah karakteristik Islam yang paling menonjol, iaitu pembentukan pribadi islami (takwin asy-syakhshiyab al-islamiyyah).' (halaman 10)


dan menelusuri kitab ini sehingga ke bahagian ‘rabbani’… perkataan itu begitu memaknai diri ini saat ini.

kalau dahulu zaman kanak-kanak dalam dnt ni, kita begitu sungguh sangat blur dengan perkataan rabbani, generasi rabbani, rabbaniyyah dan sebagainya yang seangkatan dengannya. sungguhpun dah banyak tulisan-tulisan syuyukh tentang rabbani kita membacanya, ia masih belum cukup untuk kita faham apa itu rabbani. kalau mahu menyanyikan lagu kumpulan rabbani boleh saja, tapi artinya nama group itu yang nggak mengerti juga. He he.

Kadang-kadang kelakar... Teringat dalam satu kelas. saya di beri tugas utk present tajuk ‘contextual learning’. Lalu saya langsung tidak faham apa itu perkataan context! terus masa presentation saya katakan pada lecturer, ‘sebenarnya saya tak faham apa itu context, maka nya saya cari-cari, dan baru saya faham’ ki ki ki. lecturer pun gelak ketawa berkata ‘mcmane ni perkataan context pun tak tahu’ ha ha ha. Ya lalu nya mahu buat bagaimana. sudah nggak tahu. memangnya begitu. kan sangat susah. satu perkataan tak faham, langsung satu teks itu tidak dapat dimengerti. kan.

tapi kan manusia tu belajar menjadi manusia bukan hanya dalam kelas di sekolah atau dalam kuliah di universiti. ‘student best learn by environment’. begitu kuliah-kuliah pendidikan mengajar saya. dan kan kita tahu ianya benar. mata kita dapat melihatnya kan? Dan diri kita dapat merasainya…

belajar dari kekeliruan dan kegagalan yang kita alami sendiri. bukankah kerap kita benar dalam pendirian tapi salah dalam perhitungan? kita juga kerap benar dalam prinsip tapi keliru dalam cara?

kan keliru itu datang karena kita telah berbuat. Jika kita tidak berbuat kita tidak akan tahu.
If you not try, then you will never know.!

ternyata kekeliruan dan kelemahan itu penting, untuk kita mengambil maknanya menyusun langkah yang lebih benar di masa datang.

kan dari kejatuhan lah kita belajar langsung tentang kesabaran dari air mata nya. tentang garis takdir. tentang syukur di lubuk hati yang terdalam. Dan kita lalu mula menghayati tiap pernyataan dan ikrar yang menggetar di lisan kita.

begitulah kita memahami arti rabbani ini dan belajar sedikit-demi-sedikit membina diri menjadi insan yang langsung berhubung dengan Allah, setelah sekian lama terjatuh-tersepak-batu-bangun-semula-dan-berlari di jalan DnT ini. Ia nya benar-benar akan memberi arti yang mendalam setelah kita sendiri merasakan keperluannya. Seperti kata-kata syeikh qutb saat berkata dalam muqaddimah fi zilal nya: Hidup di bawah bayangan al-Quran adalah suatu keni’matan yang tidak dapat diketahui melainkan hanya oleh mereka yang mengecapinya sahaja.


eh. kan masih jauh

Alhamdulillah, thummaalhamdulillah, thummaalhamdulillah.

 ‘...tetapi hendaklah kalian menjadi orang-orang rabbani, di sebabkan kalian terus mengajarkan al kitab dan kalian senantiasa mempelajarinya’ (ali imran 79)

Petikan sedikit dari ucapan sheikh dr. Juma’ah amin, naib mursyidul am, ikhwanul muslimin dalam satu ceramah khas nya: berbicara tentang membina generasi rabbani.

‘Sirah nabawiyyah memperlihatkan bagaimana rasul saw mentarbiyah para sahabat supaya membina hubungan yang sebaiknya dengan Allah swt. dengan hati hati yang berhubungan dengan Allah ini maka para sahabat telah di himpun kan dengan kesatuan hati. Di mana jasad mereka di gunakan untuk qiamulail. seperti firman Allah dalam ibadurrahman. sesungguhnya Allah mencintai sifat-sifatNya itu menjadi amalan manusia dan sifat-sifat akhlak Allah itu di hayati oleh manusia. dan apa faedahnya mempunyai satu saf di mana saf itu penuh dengan hati yang rosak. apa ertinya sebuah saf yang airmatanya tidak mengalir kerana takutkan Allah taala. Dan apa gunanya senjata ada pada tangan-tangan yang tidak berwuduk.’ T_T

menjadi insan rabbani itu menuntut kita untuk menjadikan manhaj hidup kita ini sebagai manhaj yang mendapat redha Allah taala. seperti Imam Assyahid Hassan Albanna telah mengajarkan kepada kita supaya menjadikan rabbaniyyah itu sebagai sesuatu yang hidup dalam kehidupan kita dan ianya memerlukan mujahadah yang sesungguhnya. Mujahadah.

jalan DnT ini adalah sesuatu yang hidup. Dan ia nya tidak akan dapat dihidupkan kecuali dengan roh-roh yang di suburkan.

kan kesan tarbiyyah rabbaniyyah ini lah yang telah melahirkan rijal-rijal.

dalam sirah islam itu sendiri telah terlihatkan rijal-rijal yang berani menentang musuh-musuh. senjata tu, walau sehebat mana pun, bomb nuklear dan sebagainya, tapi kalau ia nya berada di tangan yang lemah jiwanya, penakut, pasti senjata itu tiada gunanya pada nya. Tapi jika jiwanya penuh berani, jasadnya rabbani, hatinya berhubung terus dengan Allah, hatta sebijik batu kecil pun yang ada di tangan, pasti dia mara menentang musuhnya, tidak akan takut. Itu lah apa yang dapat kita lihat juga pada saudara-saudara kita di palestina. SubhanaAllah.!

Ini artinya, kita adalah nothing without Allah... kita tak kan mampu kuat tanpa Allah... kita tak akan mampu membuka kelopak mata pun kalau bukan Allah yang mengizinkan. Allahuakbar. Ternyata kita bukan lah makhluk yang layak untuk hidup angkuh di muka bumi ini.!


Seringkali ingatkanlah diri dengan ayat Allah ini “wahai orang beriman, mengapa kamu perkatakan sesuatu yang tidak kamu amalkan?”
Astaghfirullah al adhim.

Jum, sekurang-kurangnya perolehilah kemenangan awal dalam diri kita. Dengan menjadi hamba Allah.

wallahu'alam.

shah alam.