Friday, March 18, 2011

perpisahan

mati itu pasti, hidup itu insyaAllah


Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar

subhanAllah, kematian benar-benar satu peringatan terbaik buat insan. siapalah kita untuk melarikan diri dari saat itu.

“Katakanlah (wahai Muhammad): “ Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu dia memberitahu kamu apa yang kamu telah lakukan ( serta membalasnya)”. 62:8

teringin kata-kata ummi dalam ta'lim adik2 kolej semalam,
"siapa yang tidak setuju dengan kenyataan ini?
'mati itu pasti, hidup itu...insyaAllah' "

kita dah pasti pun mati itu pasti. tapi hidup ini belum tentu lagi. segalanya hanya atas izin Allah, tidak mustahil, sesaat selepas ini, kita tak mampu untuk bernafas pun...kan.

Sebaik-baik penasihat ialah kematian. Namun, mana mungkin orang yang pernah mati datang kepada kita untuk menasihatkan?
Saat perpisahan itu pasti tiba. Dan tidak ada masa yang sesuai untuk saat itu. Kita datang tidak diminta, kita pulang tidak diduga. Bila sanggup hidup, mesti sanggup mati. Bila sanggup datang, mesti sanggup pulang. Kita hanya menghabisi bilah-bilah hari yang telah ditentukan. Tujuan ke sini untuk diuji, tiba masanya pasti kembali!
~ustaz pahrol juoi~


“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu, sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia telah Berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi prang yang terpedaya.” 3:185

beberapa jam lalu sebelum saya menulis ini, saya membaca status update sepupu saya yang  kehilangan seorang sahabatnya kerana kematian.Al-fatihah...

ingat mati
just b strong
Siapalah kita untuk menafikan hakikat ini sebuah kematian.

1 comment:

  1. kullunafsin zaaiqatulmaut.

    teringat kata2 rantisi:

    kematian itu..sama ada kerana dibunuh atau kerana penyakit, ialah perkara yang sama. kita semua menunggu hari terakhir hidup kita..tiada yang berbeza. sama ada ditembak apatche atau kerana sakit jantung..saya memilih (dibunuh dengan) apatche.

    jzkk atas reminder. jarang2 ingat mati T_T

    ReplyDelete