Monday, December 7, 2009

pahitnya perjuangan ini..mencari kembali kekuatan

rasa mcm dah wat yg terbaik, tp teruk jugak..huuuu dah penat rasanya.. kenapalah hidup perlu begini..

"...Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami..." At-Taubah [51]

ye semuanya telah ditetapkan olehNya, Allah yg merancang segala, & siapakah sebaik-baik perancang kalau bukan Dia..tp mengapa aku masih bersedih kala ketentuan ini datang? mungkin aku sering melupakan Dia yg menurunkan ujian ini.. hooo mengapa aku perlu lupa, bukankah ketetapan ini, ujian ini simbol kasihNya,Allahuakbar,..

"Sesungguhnya Allah Taala apabila mencintai hamba-Nya maka Dia mengujinya." (Hadis riwayat al-Tirmizi)

ya Allah, dengan segenap hati ini, aku redha dgn ketentuanMu, namun hati ini tetap bersedih, aku tahu ramai lg diluar sana yg menanggung beban lebih dari aku, & aku sememangnya tidak layak mengeluh dgn ujian sekecil ini..tp apa kan daya, aku lemah menghadapinya...inilah pertama kalinya aku merasakan ujian ini terlalu berat yaAllah, aku terasa Engkau benar2 ingin menguji hambaMu ini, tolonglah ya Allah jgn biarkan aku bersangka yg tidak baik,,aku tidak mahu menyalahkan takdirMu, aku sedar boleh jadi benda ini baik untukku,,

"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." albaqarah [216]

aku tahu itu ya Allah, jadi aku x mahu bputus asa..perjuangan ini maseh panjang, kalau aku berputus asa sekarang apa yg akan ada pada akhirnya, pasti hanya kekecewaan,.. jadi aku perlu bergerak sekarang menuju perubahan..btol2 (^_^)v

"....Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. ...."ar-ra'd [11]

tolonglah ya Allah, lapangkan dadaku menerima ketentuan ini, tenangkan hatiku & damaikan jiwaku dgn janjiMu,..kurniakan aku kesabaran dalam menghadapi setiap sesuatu ujian itu ya Allah..amien

thanx to sahabat2 fillahku yg sering ada berkongsi kesedihan..love u coz of Allah pasti...

to mieza, kem penggerak diawalkan ye,,hoo jgn bersedih balik UM awal, ko x taw aku jelez kat korang dpt g kem, kem aje ye hehe FOC ag...so gudluck (^_^)v...ingat kata2 kite td mieza, SEM2 t kite hentam die cukup2, 1 x cukup, 2 x cukup, bg dia cukup2.. jgn bg peluang sikit pun kat die tuk kecewakan kite ag k... semangat emmm.

1 comment:

  1. huhu...betul tu...ujian ALLAH...
    subhanallah...

    ReplyDelete