"If Allâh helps you, none can overcome you; and if He forsakes you, who is there after Him that can help you? And in Allâh (Alone) let believers put their trust." (The Qur'an 3:160)
alhamdulillah..akhirnya berakhir jua imtihan semester kedua tahun pertama nie..
alhamdulillah..selepas berusaha kte masih perlu berusaha..tawakal & doa..sungguh Allah itu Maha mengetahui mana yang baik bagi hamba-hambaNya..kegagalan mahupun kejayaan, ianya cuma satu platform untuk kte mendekatkan diri kepadaNya. bukanlah result itu yang dipandangNya 4flat, 3flat, under, tapi bagaimana kte berhadapan cubaanNya sebelum & selepasnya...
p/s pesanan2 yg sering diingatkan oleh sahabat2, syukran ya sahabiah..uhibbukumfillah.,
maaf ya blog n sahabat2, sepanjang minggu peperiksaan nie, tak tersempat mengupdate blog..semangat penulisan merosot..haha..mungkin kerana terlalu risaukan imtihan yang bakal ditempuhi, fuhh susahnya istiqamah..namun itu cuma alasan, kalau bentang alasan ini di akhirat sana, sure2 kene reject kan?...ok2 sambung2 cari saham akhirat. InsyaAllah
kerana perjuangan itu
apa yang sye perhatikan, begitu imarahnya surau dengan lautan manusia (melampaunya matafora haha) didalamnya menjelangnya minggu-minggu peperiksaan nie, alhamdulillah, jika dalam getir2 imtihan ini dapat mendekatkan diri kita dengan Allah, maka iringilah ia dengan istiqamah yang jitu. walaupun amalan itu hanya sedikit cuma, bukankah amalan yang dicintai Allah itu, amalan yang berterusan biarpun sedikit? lalu beristiqamahlah, mungkin ia mampu menjadi satu permulaan & batu loncatan buat kita mempertingkatkan amalan kepadaNya.who knows..ngee~
tiada salahnya meningkatkan amal ibadah disaat2 menjelangnya imtihan, namun berusahalah menjadikannya suatu rutin yang bukan hanya diamalkan semasa peperiksaan, namun biarlah ia berterusan selamanya. InsyaAllah, marilah sama-sama beristiqamah..mari2 ^_^
mengalirlah tangisan itu
oitt tiba-tiba terkenangkan, sepanjang imtihan ini, banyak juga airmata sahabat2 yang mengalir kerana terkenangkan kertas-kertas peperiksaan yang tidak diyakini dapat menjawabnya & ada juga yang bertanya, 'menangis x tadi?' ^_^ sungguh sye menangis, tapi dalam hati je kui3..selepas menduduki peperiksaan organic & math asas (dua paper yang killer punye soalan keluar huhu T_T), sungguh sye tak terkata apa...hanya terdiam & tawakal...*nak nangis malu, org tengok kah3
apa yang sye yakini, beban apa pun yang diturunkanNya, kesusahan hati apa pun yang diberikan olehNya, yakinilah ia mampu meninggikan darjat kita jika kita benar-benar sabar..setiap tangisan itu pasti terganti dengan senyuman yang manis lagi menawan jika sabar itu jitu di dalam hati..
"...Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.“ [Al Anfaal:46]
Ali bin Abi Thalib menyebutkan: "Bersabarlah meski itu sulit. Karena akan jauh lebih sulit lagi jika kesabaran itu tak engkau miliki lagi"
itu hanya dipandangan manusia
kejayaan apa pun yang kita kecapi di mata manusia tidak bermakna ia merupakan kemenangan di sisi Allah. kelak, sama ada keputusan itu memenuhi apa yang kita mahukan atau sebaliknya, tetaplah berbaik sangka kepadaNya, sungguh Dia lebih mengetahui apa yang terbaik bagi hamba-hambaNya.
kalau Allah itu mengkehendakkan kejayaan untuk kamu, boleh saja Dia berikan, namun tidak diberikannya..itu adalah ujian dariNya..
p/s pesanan kakMum ^_^
pengikhlasan niat
Ibnu Athaillah mengatakan, dalam kitabnya Al-Hikam,
"Ilmu yang paling baik adalah yang disertai khasyyah."
khasyyah adalah rasa takut kepada Allah yang disertai mengagungkan Allah.
Maka segala jenis ilmu yang tidak mendatangkan rasa takut kepada
Allah dan juga tidak mendatangkan pengagungan kepada
Allah tiada kebaikannya sama sekali"
Itulah kata-kata indah dari seorang Tokoh,
Satu persoalan yang sering bermain di fikiran,
Bagaimana nak belajar kerana Allah, untuk mendapat redhanya,
InsyaAllah inilah jawapannya.
Untuk mengetahui ilmumu bermanfaat atau tidak, cukuplah kau lihat bekasnya,
Jika dengan itu kau semakin takut kepada Allah
dan semakin baik ibadahmu kepada-Nya,
maka itulah tanda ilmumu benar-benar bermanfaat.
Jika sebaliknya maka berhati-hatilah.
Ini semua bermain dengan niat, satu benda yang sukar dijaga,
Pengikhlasan niat hanya pada-Nya,
Atleast 5 kali ikrar diulang setiap hari,
semuanya hanya untuk Allah Azza Wa Jalla,
"Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku,
hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam."
(6 : 162)
ayok sahabat,
betulkan niat, betulkan niat, betulkan niat..
betul betul betulkannnn..hehe
menuntut ilmu kerana Allah S.W.T....
insyaAllah, kejayaan pasti akan menjadi milik kita..^_^
insyaAllah, kejayaan pasti akan menjadi milik kita..^_^
p/s alhamdulillah, dunia tarbiyyah banyak mematangkan diri ini, dunia tarbiyyah kini menjadi benteng hati ini dari kembali ke zaman jahiliyyah..insyaAllah akan terus istiqamah mencari saham akhirat ini..moga jalan ini akan terus bersama kita..insyaAllah^_^
yang ku lihat hanya berakhirnya imtihan, namun usaha selepasnya perlu diteruskan, tawakal & doa, kita masih milikinya...
salam.
ReplyDeletejazakillahu khair atas ingatannya.
sedih baca.T_T
wasalam
ReplyDeletealhamdulillah, moga bermanfaat..
hanya sedikit perkongsian dri pengalaman & pembacaan..
^_^