"cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung"
alhamdulillah, kelmarin usai sudah membedah 'hari-hari dalam hidupku' , kisah benar yang dilalui seorang wanita Islam, zainab al-ghazali al-jubaili, yang hidup pada zaman pemerintahan Presiden Jamal Abdul Nasser, seorang taghut yang didewa-dewakan oleh tali2 barutnya..
beliau yang merupakan ketua Jama'ah Muslimat yang menjadi sayap kepada ikhwan Muslimin begitu tinggi semangat jihadnya dalam mempertahankan kebenaran yang diyakini.
Rancangan untuk membunuhnya telah dilakukan namun tidak berjaya akhirnya Zainab ditangkap dan dipenjara..beliau yang dikatakan berkomplot dalam rancangan Ikhwan Muslimin untuk membunuh Presiden Mesir, Jamal Abdul Nasser,dan merampas kuasa tetap kuat dengan keyakinannya walaupun ditawar dengan pelbagai tawaran.
“membunuh Jamal Abdul Nasser & lainnya, ataupun meruntuhkan negeri ini, tidak pernah menjadi tujuan Ikhwan Muslimin. Sesungguhnya Jamal Abdul Nasserlah yang meruntuhkan negeri ini. Cita-cita kami lebih besar daripada itu. Matlamat kami ialah hakikat yang Maha besar, urusan tauhid di muka bumi, mengEsakan Allah, beribadat hanya kepada Allah. Menegakkan Al-Quran dan assunnah. ….“
“ isu sebenar lebih besar daripada rancangan pembunuhan Jamal Abdul Nasser dan lebih penting daripada rampasan kuasa. Pembunuhan Jamal Abdul Nasser adalah perkara kecil dan orang Islam tidak perlu melakukannya. Isu sebenar adalah Islam. Islam dinegara ini belum tertegak. Jadi, kami bekerja untuk menegakkan Islam. Kami bergerak cergas untuk mentarbiah generasi muda supaya berjuang untuk Islam. Jadi, jika Jamal Abdul Nasser memerangi Islam dan peribadi-peribadimuslim, mengingkari syariat Islam dan mendakwa bahawa semua ini adalah reaksioner, fanatisme dan mundur, itu bukan urusan kami”
“kami tidak mempunyai sebarang rencana untuk membunuh Presiden Jamal Abdul Nasser. Pembunuhan beliau tidak terdapat dalam senarai agenda kami. Urusan kami lebih besar daripada membunuh seseorang atau beberapa orang. Syor untuk bunuh membunuh kami tolak.sebaliknya penyakit kamu ialah suka mbunuh orang2 mukmin. Siapakah yang memerintah kamu menyeksa dan membunuh kami? Zionisma atau komunisma?”
Begitulah antara diolag antara beliau dengan talibarut yang sentiasa dengan tongkat & bersedia memukulnya & menyebat apabila sahaja beliau tetap dengan kebenaran yang diyakininya.
Uhu (-_-”)’ sungguh tak terbayang bagaimana teruknya seksaan yang dihadapi beliau, dikurung bersama anjing-anjing liar , dipukul disebat dengan tongkat sesuka hatinya oleh taghut2 itu, ditinggalkan dalam bilik yang gelap, direndam dalam penjara air yang mempunyai takungan air kotor bersama luka yang masih berdarah, ditinggalkan dalam penjara yang dipenuhi tikus…huuu dan bermacam-macam ag seksaan yang diterima.
namun dengan berpegangkan janji-janji Allah beliau tabah mempertahankan aqidahnya..
"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.” 3:139
Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim. 3:140
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. 9:111
Buku ini mungkin dapat menjadi motivasi kepada setiap diri pendakwah supaya tidak berputus asa di jalanNya. Mempertahankan Ad-din yang mahal ini. zainab alGhazali telah menunjukkan hebatnya dakwah beliau, tidak terputus ibadah & keyakinannya & pergantungannya walaupun sedemikian diseksa
Moga bawanya saya hari-hari dalam hidupku dalam perkongsian ini, mampu membawa kalian jua untuk mengenalinya, mungkin tidaklah terkenal dia dalam kalangan kita, namun kesungguhannya mempertahankan ad-din ini wajar dicontohi..oleh saya jua hee
wallahu'alam
p/s peringatan untuk diri ini jua yang masih dlm jahiliyah uhu..moga kuat mempertahankan addin ini..
No comments:
Post a Comment