Thursday, May 13, 2010

Alternatif daie akhir zaman

Alhamdulillah,diberi kesempatan untuk update blog nie selepas kembali dari daurah ahad lalu..lama dah pun hak3 tp malas nak update blog ish3..jgn malas...penyakit nie..bahaya2

pengisian dalam hati

selepas kembali dari daurah, satu pengisian mendalam terkesan dalam hati..sangat berbekas..

terasa bertanggungjawab untuk segera perbaiki diri bagi membawa risalah Islam ini kepada rakan-rakan & masyarakat..

"HIDUP'kanlah hatimu dahulu, nescaya engkau akan mendapati, hati-hati insan di kelilingimu jua terubat dengan izin-Nya.."

mengertinya saya kekurangan itu masih ada, namun itu bukan alasan untuk tidak bergerak dijalan ini..

"sampaikan dariku walaupun satu ayat"..begitulah mafhumnya Baginda

diluar sana, ramai yang tahu apa itu Islam namun ianya hanya pada nama..islamnya hanya ketika solat, puasa, etc..terlihat jelasnya kita, dunia & akhirat itu semakin dipisahkan..kuatnya ideologi sekularisme melanda masyrakat kini..nauzubillah min zaliik..moga dijauhi

tarbiyah & mentarbiyah

sering berasa diri tidak layak untuk membawa nama Islam ini ke masyarakat, ye, saya masih baru dalam mengenal islam yang sebenar, namun inilah jawapan yang sering saya dapat, korang pun biasa dengar dah nie.

tarbiyah & mentarbiyah..sambil kita mengajak orang melakukan kebaikan, kita juga perlu perbaiki diri..secara automatiknya, apabila kita mengajak orang kearah kebaikan, kebaikan itu akan kembali kepada kita semula..memberi kepada orang lain samalah sepertinya memberi kepada orang lain..tangan yang menghulur bunga mawar pasti berbau harum..^_^

alternatif daie akhir zaman

walaupun tidak dapat bergerak diluar, insyaAllah inilah alternatif yang saya & kamu2 ada..weblog & laman sosial lainnya spt facebook..alternatif daie akhir zaman.

pergunakan ia sebaiknya.insyaAllah..

ambil kata dari facebook qurratulain humaira@ fatin liyana izzati

Petikan
Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf
Al-Qaradhawi :
"Menggunakan
internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan
memperlihatkan Islam merupakan suatu jihad."

*p/s entry yang ringkas saja kali ini, namun harapnya terisi..& ada jiwa2 yang terkesan..mengharapkannya..

Kerna ini salah satunya alternative yang ada untuk saya…mengumpul saham akhirat..

"jangan hanya tahu membaca tanpa mengambil pengajaran darinya, maka terbuanglah masa anda & sia2lah pembacaan itu"

Wallahu’alam

No comments:

Post a Comment