Friday, January 31, 2014

iman yang menjaga.

aku ingin menukilkan kembali apa yang pernah dia taujih kan suatu masa dahulu... di luar masjid itu. moment yang akan dikenangi.

'melihat kepada umat yang sedang nazak ni, dan bagaimana kita mengimani dan meyakini bahawa kitalah penolong-penolong agama Allah tu. dan Allah kata yang betul-betul ikhlas sahaja yang akan bertahan...yang ikhlas.
sekarang, cuba kita reflect diri kita, sejak hari pertama kita join usrah, sejak hari pertama kita join tarbiyah ni, bagaimana iman kita? bagaimana komitmen kita terhadap jalan tarbiyyah ni? adakah meningkat atau sama sahaja? 
kita ni, untuk kita yakin Allah itu tuhan kita, kita perlukan kepada iman. tetapi untuk meningkatkan iman tu kita perlukan kepada amal... amal. 
which is kalau kita lihat kepada graph seorang mukmin. ia sepatutnya meningkat. tetapi disebabkan beberapa kekurangan kita, graph tu pasti akan menurun, tapi tidak boleh melebihi dari tahap yang sepatutnya. 
kerana juzuk 30 kita kena hadam tu, yang nak ditekankan adalah aqidah. nak kata apa, perkara pertama yang perlu settle dalam diri kita adalah iman'
-seorang dia.

melihatlah kepada diri kita. berhati-hatilah kerana seseorang yang ditarbiyah apabila imannya turun (futur), dia boleh melakukan sesuatu yang lebih teruk daripada orang yang luar lingkungan tarbiyahnya, atau mungkin lebih teruk daripada apa yang pernah dia lakukan di waktu jahiliyyahnya...

kerana apa? kerana itu lah syaitan sedang menghiasi futurnya. itu lah caranya syaitan attack para daie mukmin, dengan menghiasi futurnya lalu membuatkan dia lalai, malas, panjang angan-angan dan berlengah-lengah sudah... [refer muqaddimah muntalaq]



31012014
0227
yang sebenarnya. aku rindu untuk kembali menulis.

.rijalmajhul.