Wednesday, September 3, 2014

kutiba 'alaikumulqital 2:216



'diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu. dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui' 2:216

kutiba 'alaikumulqital

Allah menggunakan perkataan yang sama, kutiba 'alaikumulqital (diwajibkan atas kamu berperang), di dalam albaqarah ayat 183; kutiba 'alaikumussiam (diwajibkan atas kamu berpuasa). sebagaimana Allah mewajibkan kita berpuasa, begitu juga diwajibkan atas kamu berperang. yang jika kamu meninggalkannya, kamu berdosa.

dan bila kita sebut 'perang', ia bukanlah sesuatu yang kita suka pun. kita mempunyai mindset-mindset yang negatif tentang perang; kehancuran, rosak harta benda, kematian, tiada bekalan elektrik n air, kelelahan, perjalanan penat, terik, payah, kena infaq duit, tenaga, masa... etc

dan semua tu hanya mindset kita je, dan Al-quran datang membetulkan mindset kita. perang bukan sesuatu yang kita suka untuk lakukan, tetapi ia wajib untuk kita lakukan. sebab tu di dalam ayat seterusnya Allah menyatakan boleh jadi ini (perang) bukan sesuatu yang kamu senangi tetapi ia baik bagimu.

dan di dalam perjalanan tarbiyah dan dakwah kita ni, ada je yang kita tak suka pun untuk hadapinya, kita tak suka pun untuk terbuka kepada sebuah perubahan yang menjadi hadaf tarbiyah tu, kita tak suka pun untuk nak berubah, dan payah la nak jadi baik ni :p penat nak istiqamahkan diri baca mathurat,baca quran, hafal tu hafal ni, kena bebu tu bebu ni, 

dan karena iman kita terhadap tarbiyah ni, kita menyintainya walau payah.

karena iman kita terhadap 'kita tidak mengetahui, sedang Allah mengetahui'

karena iman kita terhadap apa yang terbaik untuk kita adalah; apa yang telah berlaku dan apa yang sedang kita lalui sekarang.

bila kita lihat kembali perjalanan kehidupan kita, tarbiyah dan dakwah kita. dan banyak je yang kita tak puas hati pun, kita rasa tak sempurna, kita rasa kita banyak buat salah, tarbiyah lompong, jalan lambat, dakwah tak jadi, adik lari, kena fitnah, waqi' tak berkembang, masalah ukhuwah, diri tak terbina-bina. etc dan sedar lah kita bahawa itu adalah yang disediakan Allah untuk menjadikan siapa kita pada hari ini.

tarbiyah adalah perubahan. jadi apa yang perlu kita jangkakan dalam diri kita selama kita merelakan diri di tarbiyah adalah perubahan. mohon menjangkakan ia. dan mohon work for it jika rasa tak de apa yang berubah pun. dan ini lah salah satu perang kita. yang kita tak suka pun kadang-kadang tapi kita perlu lakukan. 

dan apa yang kita alami hari ini lah juga yang terbaik untuk kita. untuk menjadikan kita mukmin yang lebih teguh pada esok hari dan kehadapannya.

di mata kita, kita tidak mengetahui. tetapi di mata Allah segalanya adalah baik untuk tarbiyah kita.

dan inshaAllah dengan kesedaran iman. meyakinilah Allah sedang menyediakan untuk menjadi kan kita lebih baik di masa hadapan. baik dalam pembinaan diri kita, mahu pun dalam pembinaan our next generation. 

segala yang tak best yang kita lalui di zaman tarbiyah yang stagnant bukan alasan untuk kita melakukan perkara yang sama terhadap generasi pewaris kita. perkara-perkara ni disediakan untuk kita lebih menjadi mufakkir(pemikir) untuk membentuk tarbiyah dan dakwah yang lebih hebat untuk generasi seterusnya.

belajar lah daripada apa yang telah Allah sediakan untuk kita di masa yang lalu dan ambil lah tarbiyah pada hari ni sebagai bekal kita pada hari esok.




'merindukan jalan dakwah mengajarkan pada kita selama keimanan ada di dalam sanubari kita, maka keajaiban akan terjadi dalam kehidupan kita pada saatnya'


Tuesday, July 29, 2014

ramadhan 2014.

aku rindu... sosok murobbi itu...

arwah ummi mum.

memori, ramadhan 2011.

'sekiranya di tangan kamu ada sebiji benih kurma, dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku kiamat....apa yang awak akan buat?' ummi bertanya

'hmmm...solat?'
'duduk ibadah'
'solat taubat banyak-banyak...ngeee'

ummi senyum je dengar jawapan-jawapan kami yang macam ntahhapewhapewntah

ummi sambung membaca hadis itu:
'hadis riwayat imam ahmad, rasulullah bersabda 'sekiranya di tangan kamu ada sebiji benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku kiamat, maka hendaklah kamu menanamnya'

muka semua orang... 'haaa?'


kalau tanam pun bukan dapat hasilnya sebelum kiamat pun kalau kiamat tu berlaku esok...tapi ternyata hadis ni mengajarkan kepada kita. bukan hasil. tapi usahanya. hasil itu di tangan Allah, usaha itu kehendak kita. kalau esok pun Allah nak jadikan pokok tu berbuah, tak pernah mustahil bagi Allah, tapi di mana usaha kita untuk Allah nak bagi hasil tu. kalau kita tak menanamnya, Allah pun takkan nak bagi hasilnya.

sekarang dah sampai ramadhan 2014. dan... dah tamat pun ramadhan ni.

teringat peristiwa dua hari selepas pemergian ummi, seorang akhwat meminta untuk di bawa kan usrah anak-anaknya, wahaiii la, dengan rasa kesedihan yang masih mendalam, mata masih tak mampu lagi berhenti menangis, dan malam itu lah kali pertama mencederakan qais, kemek terlanggar tembok...wahaaiii :p  dan ketahuilah ummi tak mampu ku tahan menceritakan kebaikanmu di dalam usrah tu, tak mampu untuk tidak ku menyebut-nyebut nama mu, setiap tempat yang akan ku berikan sharing, tak terlepas untuk aku sharingkan ayat favourite ummi 9:100 :)

teringat pesanan seorang akhwat tu, sentiasalah menyebut-nyebut kebaikan orang yang telah meninggal dunia, kerana ada malaikat yang akan mencatitnya. :')

'ya tuhanku, jadikanlah aku termasuk orang yang mewarisi surga yang penuh kenikmatan' 18:85

dan ramadhan 2014, telah melangkahkan aku pada dunia yang baru.
absolutely different. 
and its never an easy task. :')

but, if, it doesn't challenge you, then it doesn't change you :)
tarbiyah adalah perubahan.
pada saat Dia meletakkan aku di suatu tempat itu, 
yang aku perlu lakukan adalah, yakin.
yakin, pada Dia, Pemberi tempat terbaik. 
yang aku panjatkan pada doaku.
'wahai Tuhanku, turunkanlah aku di tempat turun yang berkat dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi tempat' 23:29
dan aku perlu yakin yang Dia telah memberi dengan lebih baik dari yang aku minta.
walau sebenarnya tak mudah nak menanamkan yakin tu, tak mudah :')

jalan ini masih panjang, 
ternyata jalan ini sememangnya panjang

'sekiranya yang kamu serukan kepada mereka ada keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, nescaya mereka mengikutimu, tetapi tempat yang di tuju itu terasa sangat jauh bagi mereka. mereka akan bersumpah dengan nama Allah, "jikalau kami sanggup niscaya kami berangkat bersamamu" mereka membinasakan diri sendiri dan Allah mengetahui bahawa mereka benar-benar orang-orang yang berdusta' 9:46

kemanapun kaki melangkah,
jangan lupa, bawa bersama jiwa kehambaan...

karena akhirnya kaki itu masih melangkah di atas bumi Dia,
karena akhirnya...
kita tetap adalah hamba Dia.
yang pada Dia kita mohon kekuatan.
yang pada Dia kita mohon pertolongan.

saat perlu pergi,
aku mempunyai harapan yang besar,
untuk melihat diriku sendiri di tarbiyah dengan tadhiyyah,
dan saat perlu meninggalkan jiwa-jiwa yang kucintai,
aku mempunyai harapan yang besar,
untuk melihat mereka membesar dengan baik,
masa depan dakwah ni selalu di luar jangkauan kita,
tetapi tetap menjaga dan membina harapan-harapan yang baik adalah pilihan kita,
dan berdiri lah teguh di atas harapan-harapan itu,
yang di atasnya kita akan teruskan asa,

cukup berterima kasih, kerana Allah menghadirkan insan-insan kecintaan ini,
yang dengan mereka, menjadi kekuatan diri
:')

terbitnya matahari memenuhi harapan hati, terima kasih karena pernah ada dan selalu ada :)

ketahuilah,
pada setiap daie itu, ada mujahadahnya.
ada yang sedang bermujahadah ditinggalkan keseorangan, 
ada yang sedang bermujahadah terkial-kial mencari tarbiyah
ada yang sedang bermujahadah untuk terus berjalan,
ada yang sedang bermujahadah dengan baki-baki jahiliyyahnya

dan pada setiap daie itu, ada ujian-ujian yang masih terus-menerus menguji dirinya,
ada yang di uji dengan perasaannya sendiri,
ada yang di uji dengan keluarga yang tidak memahami,
ada yang di uji dengan kewangan yang tidak mencukupi,
ada yang di uji dengan dakwahnya yang tidak menjadi-jadi...

ada dan ada... 
everyone is fighting their own battle.
and keep fighting sisters, semoga Allah beri kekuatan.
for this dunya is not perfect, because we are meant for something higher sisters, which is Jannah. :')

tarbiyah Allah hanya dapat kita lihat dengan baik, jika kita hadapinya dengan sabar.


ramadhan, semoga roh ruhiyahnya melekat di jiwa-jiwa kita, menjadi bekal menempuh panjangnya jalan ini. Allahumma ameen...semoga Allah menerima amal-amal kita.

#PrayForGaza
#OperasiBadar
#GazaUnderAttack


Wednesday, February 12, 2014

bahagia yang kekal.


dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih Maha Penyayang.

malam itu, air mata ku tumpah lagi, tak semema-mena...selepas mendapat mesej whatsApp dari seorang ukhti.

'td sorang adek ri yg pernah usrah ngan kak mum bercerita..dia mimpi jumpa kak mum..gembira sangatttt dia.. masa tu die x tengok adek tu... die tengah sibuk memilih pintu mana nak masuk...'

=')

ummi telah mendapatkan tempatnya di surga. aku mendoakan untuk diriku dan kalian, semoga penghuni seterusnya adalah kita inshaAllah

'di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Dan di antara mereka ada yang gugur, dan di antara mereka ada pula yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak mengubah janjinya.' 33:23



12021014
0215



Tuesday, February 4, 2014

umi mum.

air mata sedang ku tahan. hati sedang ku kuatkan.



sosok itu, yang ku panggil umi.
bagaimanakah kiranya hati yang mendapat sentuhan tarbiyah dari mu selama 3 tahun ini mampu ku kuatkan, umi.
namun, saat terakhir itu, saat ku melihat wajah mu di pembaringan itu. wajah mu tenang, tersenyum. subhanaAllah. aku lalu tersenyum tanpa ku sedar. pengakhiran hidupmu indah umi. pengakhiranmu indah. :')

umi, jazakillahukhair. kerana tadhiyyah (pengorbanan) umi telah sungguh membekas dalam hati mutarabbi mu ini. tadhiyyah seorang murobbi. tadhiyyah mu telah membuatku tidak sanggup untuk mengkhianati segala jerih payah yang telah engkau tempuhi dalam membesarkan kami. umi telah banyak bersabar dengan karenah kami, saya tahu... juga kesabaranmu atas segala penat lelah yang tak pernah kau persoalkan, begitulah obsesi dan sungguh benar telah engkau fahami sukarnya jalan ini :') dan kini umi, kesabaranmu telah pun di sambut dengan ucapan salam dari malaikat di pintu surga...
'salaamun alaikum bima sobartum'. subhanaAllah...

ramainya yang telah bersaksi atas pelaksaan syahadahmu umi :) hatiku sedang kuat menahan kesedihan ini, namun aku ingin tersenyum mendengar cerita-cerita kebaikan mu. akhowat, sentiasa sebut-sebutkanlah kebaikan arwah, ada malaikat-malaikat yang akan menjadi saksi kepada ucapan kita itu untuk arwah di akhirat kelak.

sungguh, umi bukanlah seorang yang mudah untuk dilupakan. siapa pernah menyangka, sentuhan kasih sayangmu telah menyentuh banyak hati. :') dan hati-hati itu lah kelak akan menjadi saksi mu nanti umi, subhanaAllah, begitu mudahnya perjalanan hidup mu di akhirat nanti umi dengan ramainya yang akan menjadi saksimu. 

dan aku bersyukur kerana umi telah dihadirkan oleh Allah menjadi sebahagian hidup ini. menjadi sebahagian memori di ingatan ini yang takkan mudah untuk dilupakan. banyak yang telah aku belajar dari mu umi. 


ini ketika rehlah adik-adik INTEC tahun 2012.
yang sedang berlari itu ummi...subhanaAllah, bagai beliau sedang bermain-main di taman syurga kan :')

aku tidak mahu menangis lagi, tetapi aku masih belum mampu kuat. doakan aku. 
sosok itu, yang akan terus dikenangi, di hati, takkan pernah hilang. jasad kita telah dipisahkan, tetapi tidak roh kita. akan terus mengalir bekas-bekas tarbiyyah itu. akan terus mengalir cintamu ini.

semoga kesedihan ini, menjadi kekuatanku. 
al-fatihah.

ayat favourite umi:
'dan orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk islam) di antara orang-orang muhajirin dan ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah. Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. mereka kekal di dalmnya selama-lamanya. itulah kemenangan yang agung.' 9:100 

04022014
0932
aku rindu.






Friday, January 31, 2014

iman yang menjaga.

aku ingin menukilkan kembali apa yang pernah dia taujih kan suatu masa dahulu... di luar masjid itu. moment yang akan dikenangi.

'melihat kepada umat yang sedang nazak ni, dan bagaimana kita mengimani dan meyakini bahawa kitalah penolong-penolong agama Allah tu. dan Allah kata yang betul-betul ikhlas sahaja yang akan bertahan...yang ikhlas.
sekarang, cuba kita reflect diri kita, sejak hari pertama kita join usrah, sejak hari pertama kita join tarbiyah ni, bagaimana iman kita? bagaimana komitmen kita terhadap jalan tarbiyyah ni? adakah meningkat atau sama sahaja? 
kita ni, untuk kita yakin Allah itu tuhan kita, kita perlukan kepada iman. tetapi untuk meningkatkan iman tu kita perlukan kepada amal... amal. 
which is kalau kita lihat kepada graph seorang mukmin. ia sepatutnya meningkat. tetapi disebabkan beberapa kekurangan kita, graph tu pasti akan menurun, tapi tidak boleh melebihi dari tahap yang sepatutnya. 
kerana juzuk 30 kita kena hadam tu, yang nak ditekankan adalah aqidah. nak kata apa, perkara pertama yang perlu settle dalam diri kita adalah iman'
-seorang dia.

melihatlah kepada diri kita. berhati-hatilah kerana seseorang yang ditarbiyah apabila imannya turun (futur), dia boleh melakukan sesuatu yang lebih teruk daripada orang yang luar lingkungan tarbiyahnya, atau mungkin lebih teruk daripada apa yang pernah dia lakukan di waktu jahiliyyahnya...

kerana apa? kerana itu lah syaitan sedang menghiasi futurnya. itu lah caranya syaitan attack para daie mukmin, dengan menghiasi futurnya lalu membuatkan dia lalai, malas, panjang angan-angan dan berlengah-lengah sudah... [refer muqaddimah muntalaq]



31012014
0227
yang sebenarnya. aku rindu untuk kembali menulis.

.rijalmajhul.