Saturday, April 13, 2013

belum pun separuh perjalanan.

assalamualaikum...
bismillah
allahumma solli ala saiyidina muhammad :)

masih ingat dengan surah al-nashr. saat di gambarkan sebuah kemenangan (fathul mekah) - maka apakah yang Allah perintahkan kepada manusia saat itu?

bertasbih dan beristighfar.


( َفسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَا َ ن تَوَّابًا ( 3
maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan pohonlah keampunanNya. sesungguhnya Dia Maha Penerima Taubat.

kata sayyid qutb dalam tafsir fi zilalnya saat menafsirkan ayat ini:


'Bertasbih dan bertahmid atas ni'mat Allah yang telah menjadikan mereka sebagai pemegang amanah dan pembela agama-Nya, juga atas rahmat Allah ke atas seluruh umat manusia dengan mengurniakan kemenangan kepada agama-Nya, kemenangan kepada Rasul-Nya menakluk Makkah dan sambutan besar-besaran daripada orang ramai memeluk agama-Nya yang penuh kebajikan itu setelah sekian lama mereka berada dalam keadaan buta, sesat dan rugi.
Beristighfar terhadap berbagai-bagai perasaan dan pengalaman jiwa iaitu beristighfar terhadap perasaan bangga dan sombong yang berkecamuk dalam hati pada saat-saat mabuk kemenangan setelah sekian lama berjuang.
Perasaan yang sedemikian memang sukar dikawal dalam hati manusia kerana itulah mereka perlu beristighfar. Beristighfar terhadap perasaan perasaan tidak sabar, perasaan terkilan, kerana lambatnya Allah menunaikan janji memberi bantuan dan pertolongan, perasaan gentar dan goncang, iaitu perasaan-perasaan yang mungkin dialami dalam saat-saat menghadapi perjuangan yang lama, kepenatan dan kesukaran.
Beristighfar kerana tidak cukup bersyukur kepada Allah yang sentiasa melimpahkan ni'mat dan rahmat-Nya yang tidak putus-putus. Daya upaya manusia sentiasa terbatas, sedangkan ni'mat dan anugerah Allah sentiasa melimpah-ruah. 
Di sana ada lagi satu tujuan yang halus daripada beristighfar pada saat mencapai kemenangan, iaitu untuk menggerak dan menyedarkan hati yang sedang dilambung rasa megah dan bangga dengan kemenangan itu agar menginsafi ketaqsiran dan kelemahan diriya. Oleh itu ia lebih baik merasa kebanggaannya dan memohon istighfar kepada Allah, kerana istighfar boleh menghalangkan perasaan angkuh dan sombong.
Orang yang menang hendaklah menyedari bahawa Allah mengamatinya, bahawa Allahlah yang memberi kekuatan kepadanya mengalahkan musuhnya, sedang ia lemah dan tidak berupaya. Allah telah mengalahkan musuh-musuhnya kerana suatu tujuan yang dikehendakinya. Oleh itu kemenangan yang dicapai itu adalah kemenangannya daripada kurnia-Nya, penaklukan itu adalah penaklukan-Nya dan agama adalah agama-Nya dan segala sesuatu terpulang kepada-Nya.
(tafsir surah an-nashr, tafsir fi zilal quran,sayyid qutb)

makanya disini, kemenangan wajib identik dengan tasbih dan istighfar, seperti yang di perintah kan Allah. dan we as daie and murobbi harus dan sangat harus menyedari bahawa saat Allah berbicara tentang istighfar, ianya akan disusuli perintah untuk bertaubat. sekaligus! (sila buka quran sekarang dan tadabbur --> kepada saya juga)

ini adalah suatu perkara yang sangat menyentapkan hati sejak awal tahun ini, bermula di mukhayyam singa, seterusnya ke usrah bersama murobbi baru yang pastinya diketuk2 lagi, ke daurah, and daurah adik-adik even lagi banyak di ketuk. dan juga daurah terbaru yang tidak saya ikuti tetapi saya pasti sangat pasti lebih memuhasabahkan. only then i began to realize something profound. bukan selama ini tidak tahu. perlu diketuk ketuk ketuk baru nak terngadah. tahu tahu tahu tetapi sangat sukarnya untuk istiqamah dalam beramal.

dan benarlah tarbiyah Allah ada di mana sahaja, di ketika apa pun kita, yang terpenting adalah bagaimana kita mengimani tarbiyah dan react terhadap tarbiyah itu.

kematangan kita dalam dakwah tidak diukur dengan umur, tetapi bagaimana kita mengambil tarbiyah itu untuk mendewasakan kita. contoh akhowat yang matang sebelum umurnya sangat banyak berlambak di pasaran dakwah dan tarbiyah. kalau anda jumpa seorang sahaja dari contoh itu sudah cukup untuk membuatkan anda rendah diri. dan terasa dhaifnya aku, banyak lagi aku tak tahu...dan hati tersentap, mata berair-air <noktah>

kembali ke jalan lurus,

Dr. Muhammad Al-ghazali ada menegaskan, bahawa 'permulaan kita mendapat kemenangan yang hakiki adalah saat kita memulai lembaran hidup baru dengan taubah yang ikhlas, niat yang lurus penuh suka cita dan ketundukan yang totalitas kepada Allah swt..

total

'dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, dan takut kepada Allah dan bertaqwa kepada-Nya, maka mereka adalah orang-orang yang menang' (an-nur:52)

dan kita lihat juga apa yang Syeikh Muhammad Al-hamid bicarakan tentang imam kita Imam As-Syahid Hassan Al-Banna. " 'kana lillah fakanallah lahu' karena ia secara totalitas bekerja untuk Allah, maka Allah juga secara totalitas senantiasa bersamanya'

total untuk Allah, Allah total bersama dia.

'hai orang-orang yang beriman, jika kalian menolong Allah, maka Allah akan menolong kalian dan meneguhkan pendirian kalian' (muhammad:7)

mari kita beristighfar dan muhasabah apa yang telah kita lakukan.
-_-

and to one of my mutarabbi, saya akan selalu ingat, saya akan selalu ingat, saat awak luahkan kepada kami 'alhamdulillah sangat, sebab ISK tu menjawab segala persoalan kenapa saya mengikuti usrah selama 3 tahun ini, 3 tahun!' and i can see her eyes hold the tears. dan adik, Allah sahaja tahu betapa hati ini juga tak mampu menahan segala rasa itu, betapa Allah seolah-olah sedang membayar segala usaha adik 3 tahun itu dengan kefahaman adik saat itu. tapi astagfirullah al azim, pastinya kita sedar itu semuanya adalah total dari Allah. bertasbihlah dan beristighfarlah.

pastinya Allah memberi pada waktu yang tepat, ya, kerana hanya Dia sahaja yang memiliki ilmu dan hikmah dan hak yang mutlak itu untuk memberi kefahaman kepada siapa sahaja yang DIa kehendaki.

pernah suatu ketika saya bertanya kepada my murobbiah (you know who you are)
'apa yang ummi rasa bila tengok kami sekarang ye?'
'alhamdulillah'
'the answer should not only alhamdulillah kan ummi?'
'kembalikan segala perasaan itu kepada Allah, peringatan agar kita ingat segalanya dengan izin Allah'

izin Allah, yup, segalanya dengan izin Allah.

ummi, once you are my murobbi, you will always be my murobbi. =')

dan ketika menghadam buku tafsir da'awi bab 21 tentang pertolongan dan kemenangan Allah swt.. akan bermain-main di layar minda pjalanan tarbiyah all my mutarobbi, my usrahmate, my kaish, watak-watak akhowat dan terpenting jalan dakwah para syuhada yang kita telah pelajarinya dari sirah, yang membenarkan kata-kata Dr. H Atabik Luthfi dalam tafsirannya ini,

'kemenangan itu harus dengan perjuangan, pengorbanan dan menempuh jalan yang sukar. karena kemenangan yang mudah diraih tidak akan kekal. begitu juga dengan dakwah yang 'mudah' hanya akan diminati oleh orang-orang yang 'lemah'. sedangkan kemenangan yang hakiki dan dakwah yang sukar memang hanya bisa disertai oleh mereka yang kuat, teguh, dan solid dengan keimanan mereka.'

kemenangan hakiki tidak datang dalam waktu yang instan dan cepat

3 tahun perjalanan dengan strugglenya untuk memahami jalan dakwah dan tarbiyyah ini bukanlah sesuatu yang mudah. pernah dia datang duduk dengan saya, dan cakap 'akak, macam mana, saya masih tak dapat nak faham, saya masih tak dapat rasa sebagaimana usrahmate dan sahabat2 lain rasa. rasa untuk berkorban untuk utamakan tarbiyah, usrah, daurah' and she is crying, and i crying with her too.

'kita bukan mengejar masa, masa yang bertahun-tahun tidak merupakan perkara penting bagi umur dakwah dan umat. tetapi yang penting bagi kita aialah kita mesti bertahan di atas jalan ini dengan penuh keyakinan, kesejahteraan langkah dan kejelasan pemikiran.' -zainab al ghazali

ini hanya sedikit cerita yang sometime sangat mengagumkan, bagaimana kuatkan seseorang itu untuk terus bertahan dalam kebaikan. ini hanya satu cerita, sedangkan sangat pasti sangat banyak lagi cerita di luar sana. even among my mutarabbi, saya sangat mengagumi kesungguhan mereka. indeed i want them better than us, and they have prove it and to all murobbi out there and to myself ofcourse, we need to trying our best to preparing our self and them for the future, kerana masa depan dakwah ini terletak di tangan kita.

figure2 terbaik yang sedang struggle di atas jalan dakwah dan tarbiyah ini sentiasa ada di hadapan saya. Allah hadirkan mereka sentiasa di hadapan saya. my usrahmate, my murobbiah, my mutarabbi, my kaisy. dan saya juga sangat banyak belajar dari mereka.

wallahu'alam
hidup bersamaNya, atau mati keranaNya



p/s post pertama selepas 4 bulan menyepikan blog, terasa sangat dhaifnya menulis kembali.