Friday, November 25, 2011

tuhan ku Maha Cinta.


nidji:

tahukah Tuhanmu selalu hidup di dalam hatimu
cinta dariNya menjawab semua masalahmu
Dia mendengar melihat dan selalu berfirman
perangi neraka di dalam hatimu
damaikan jiwamu dengan cinta Dia
memberi yang ikhlas kepada yang butuh
bersyukurlah terus tanpa kenal waktu
serukan, ikhlaskan, pasrahkanlah hanya kepadaNya
cintaNya adalah jawabanNya karena Tuhanlah Maha Cinta
karena Tuhanlah Maha Cinta

tahukah Tuhanmu selalu hidup di dalam hatimu
cinta dariNya menjawab semua masalahmu
Dia mendengar melihat dan selalu berfirman
perangi neraka di dalam hatimu
damaikan jiwamu dengan cinta Dia
memberi yang ikhlas kepada yang butuh
bersyukurlah terus tanpa kenal waktu

serukan, ikhlaskan, pasrahkanlah hanya kepadaNya
cintaNya adalah jawabanNya karena Tuhanlah Maha Cinta
karena Tuhanlah Maha Cinta

bila kamu terasa lemah. dan jalan terasa masih panjang. mintalah kekuatan dari yang Maha Kuat.


28zulhijjah1432H.0217.
miqdad.

~kadang-kadang yang menulis ini, menulis kerana tidak dapat menyatakan~ 


Tuesday, November 22, 2011

disana ada hati.


ada hati yang meminta.

Hening suasana pagi. Sejuk. Bukit angkasa benar-benar berada di atas bukit. hoho. Kadang malam kipas tak berpusing. Kadang siang juga kipas tak berputar menar-nari. haha. Begitulah miqdad. Yang bermalamnya semakin sedikit. Namun insyaAllah kekuatan ruhi nya ingin semakin kuat ohhhyeahh.

...

[rangkap seteruanya, sila baca dengan lampu malap-malap bagai tak cukup minyak tanah dan hati yang sejernih air di puncak gunung]




ada hati.
Yang tidak jemu meminta diisi.
Ada hati. Di sana yang menanti diisi.
Isinya tidak mahu dunia.
Kerana dunia telah terasa membebankan jiwa.

 Ada hati itu.
Mencari.
Mencari satu cahaya yang boleh membawa mereka keluar.
Huluran tangan yang bisa membawa mereka pergi.
Jauh dari kegelapan dunia.

 Ada hati itu.
Merangkak-rangkak dalam kegelapan.
Jatuh dan bangun semula.
Jatuh dan bangun semula.
Jatuh dan bangun semula.
Namun bangunnya tidak lama.
Bangunnya tidak kukuh.
Bangunnya tidak bisa berdiri.
Dalam kegelapan. Apa je yang boleh mereka cari...
Apa je yang boleh mereka bertaut.
Sedang jalan didepan juga diselubungi kelabu asap.
berjalan bertatih-tatih.

 Sedang disekeliling mereka ada je orang yang melihat.
namun huluran tangannya tiada. atau mungkin tidak sampai.
terus-terusan
kaca mata nya dikaburi jahiliyyah setebal inci.
Kasihan.
Melihatnya.
Disambar api jahiliyyah.

 Kita yang melihat.
Kita yang sudah tahu.
Dan insyaAllah sudah faham.
hulurkan tangan.
jangan zalimi pembinaan diri mereka.
....

apa-apa je yang saya mengarut tu. Sukati la apa yang terkeluar. tarik nafas dalam-dalam. Mencuba menyedut oksigen pagi yang segar bugar. Sila syahdu sekarang juga! ;D Randomly post. Teringat diri sendiri yang dahulunya mencari. Dan peringatan untuk diri sendiri untuk tak tinggalkan mereka yang mencari. Kerana kita pernah berada di lubuk lumpur yang sama dahulu. Lalu kita pernah juga merasa perasaan yang sama dengan mereka. yang sangat ingin keluar dari lumpur-lumpur hitam kepada mandian air surgawi yang bisa memutihkan kembali pakaian jahiliyyah itu sekaligus menghapuskan bakteria-bakteria...*wink3* sangat ingin membawa mereka bersama-sama berpimpin tangan..kan akhwat2 sekalian.

.teringat daurah, bermain api dalam kegelapan, sampai terbakar sedikit seluar kena lilin. Kasihan kan. huuu. Mcm tu la perasaannya.

" Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah yang telah mengurniakan kepadaku kenikmatan hidup di bawah bayangan Al Quran selama beberapa waktu, di mana aku telah mengecapi nikmat yang tidak pernah aku kecapi sepanjang hidupku, iaitu nikmat yang meluhur, memberkati dan membersihkan usiaku." –syed qutb.

25zulhijjah1432H
shafika_anuar. al-‘adiyaat.
miqdad. malaysia.
:yang mencari redha Allah. Dalam setiap abjad yang terbit.

~Kadangkala kita tidak memerlukan tulisan dan bicara panjang.Yang kita perlukan adalah amal.~ 



Thursday, November 17, 2011

memaknai sebuah perjalanan.


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Segala puji bagi Allah Rabbul’Alamin. Pemberi petunjuk kejalan yang lurus (short distance). Yang telah mengeluarkan kita dari pelbagai ranjau kehidupan. Yang menjawab doa-doa hambanya. Tiada sesiapa pun perlu berasa rugi apabila berdoa kepadaNya. Dialah Rabb. Dia lah Illah. Dia lah Malik.

Amma ba’du.

Assalamualaikum...hello there...yeah. ok agak formal di atas. insyaAllah kembali mengupdate yang sure sudah sangat lama ditinggalkan. Sangat lama disini bermaksud memang sudah sangat lama...5months. uhu.

insyaAllah. kembali ingin memberi sesuatu. Just sharing. Kita tak kan tahu kat mana Allah nak sentuh hati-hati di luar sana. I’ll never know when this few words can have an impact on one life kan. Jadi apa yang kita buat ini adalah just do it lillahitaala. Lillahitaala. Dengan harapan Allah tolong kita for the rest of it. semuanya tak kan sia-sia kalau dengan Allah.

Apa-apa jalan. semakin lama, semakin memahami, semakin ingin memaknai. Sangat rugi kalau kita nak lepaskan something yang sangat osem ini. kafilah dakwah yang akan terus bergerak. Dan Islam yang telah dijanjikan Allah akan menang. tinggal lagi yang akan nak mengikut bersama-sama memperjuangkan nya atau hanya nak menunggu ia menang baru kita nak ikut..itu adalah atas diri kita. kan.


Alhamdulillah.. kesempatan ke ‘konferens riang ria ikut skema Allah dan RasulNya’ baru - baru ini benar2 memberi suatu pencerahan yang super osem la kan. terhadap isi kandungan al-quran itu sendiri. Ukhuwah fillah yang hoo yeahh. Juga kembali mengimbas muhajirin dan ansar yang sangat wwwoooww la kan iman2 mereka kan,  yang dipersaudarakan oleh Rasulullah saw.

Pernah perasan tak, rupanya memang sangat banyak ayat-ayat al-quran ini yang apabila disebut iman. maka akan digandingkan sekali bersama amal-shalih. (ok saya baru perasan k masa di konferens riang ria itu..sangat teruja hey ehe =)

Annur :55. Al-bayyinah:7. al-furqan:70. dan banyak lagi.

Jadi kenapa perlu iman dan kenapa perlu amal shalih. ?

Kerana dengan dipandu iman kita mampu untuk berubah.
Kerana dengan dipandu iman juga ia mampu mengeluarkan kita dari kenikmatan dunia dan lebih memilih apa yang ada di sisi Allah.
Kerana dengan dipandu iman, ia bawa kita kepada amal. amal shalih.

Pepatah terbaru mengatakan ; ‘dalam hati ada iman’ ngee ;D

Ye, mulut sangat mudah mengeluarkan pepatah itu, namun iman itu tidak hanya pada lidah. Ia adalah keyakinan dengan hati dan dibenarkan dengan amal shalih. Betul dop...kan.

Kita, yang mengaku diri ini sedang berjalan di atas jalan dakwah, kita ingin menjadi teladan yang shalih, juga ingin jadi kan amal kita bukan sekadar amal tapi amal yang shalih juga, maka kita perlu kan ..iman. 

Iman yang kuat. Iman yang jujur.

Berapa lama kita sudah berada di jalan dakwah ini. Selama itu juga, as time goes by, kita semakin perlu yakin, kita mahukan sebuah kemenangan. dan kemenangan itu sudah sangat passstiiii Allah menjanjikan untuk mereka yang beriman. Iman adalah aspek yang paling penting untuk Allah merealiasasikan janjinya pada kita. percayaaalaaahhh...

Annur: 55 ,

Dan Allah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kalian dan mengerjakan amal shalih. Dia pasti menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa dan Dia pasti mengukuhkan bagi mereka agama yang telah Dia redhai untuk mereka, dan Dia pasti merubah keadaan mereka sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman. Mereka tetap menyembahKU dan tidak menyekutukanKu dengan sesuatu apa pun

Touching...TT_TT sgt. ada iman kah dalam hatiku?

Akhwatfillah...kita dah dipersaudarakan dengan nama ansar dan muhajirin. Semoga kita mampu memberi dan menerima seperti ansar dan muhajirin yang sebenar. Yang di picu oleh iman. Iman yang sebenar. mengutamakan apa yang ada disisi Allah. mencintai atas nama Allah.

Muhajirin dan Ansar itu. Di pacu iman.

Begitulah iman. Mengangkat kaum muhajirin dari sisi bumi. Lalu membuat mereka meninggalkan dunia dan harta mereka, kerana lebih mengutamakan apa yang ada di sisi Allah.

Begitulah iman. Membuat orang-orang ansar mencintai siapa sahaja yang hijrah kepada mereka dan lebih mengutamakan kaum muhajirin atas diri mereka sendiri.

Sebuah kisah yang sangat touching dan memaknai la kan TT_TT

Al-Hasyr. 59:8-9

“Bagi orang-orang fakir muhajirin yang diusir dari kampung halaman dan dari harta benda mereka kerana mencari karunia dari Allah dan keredhaanNya serta menolong agama Allah dan RasulNya. Mereka itulah orang-orang yang benar. Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan beriman (Ansar) sebelum kedatangan mereka (Muhajirin); mereka (Ansar) mencintai orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin) dan tidak menaruh keinginan di hati mereka terhadap apa sahaja yang mereka berikan kepada mereka (Muhajirin) dan mereka lebih mengutamakan orang-orang Muhajirin atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka juga memerlukan. Dan siapa yang dijaga dirinya dari kekikiran, mereka itulah orang-orang yang beruntung”

ini sumpah sangat mengalirkan air mata air..huuuuuuu

Akhir kalam, sharing sesuatu dari Asy-Syahid Imam Hassan Albanna.

“wahai generasi muda, perbaharui iman, tujuan dan target kalian. Kekuatan pertama ialah iman, dan hasil dari iman ialah persatuan, dan hasil dari persatuan ialah kemenangan gilang-gemilang. Kerana itu berimanlah kalian, bersaudaralah, bekerjalah dan tunggulah kemenangan setelah itu, Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang beriman”

moga cinta kita ini Allah hitung... 


rujukan: -Al-Quran Karem..kalamullah super Osem.
             -urgensi al-qudwah di jalan dakwah; syaikh musthafa masyhur.

20zulhijjah1432
shafika_anuar. al-‘adiyaat.
Miqdad. Malaysia.

~when you look at a person, any person, remember that, everyone has a story. everyone has gone through something that has changed them~