Tuesday, June 21, 2011

tapisan

putrajaya--KL

1 message received.

"assalam ukhti yang dirindui, .....................tapi, jalan ini ada tapisannya. ukhti, akak baru terima satu mesej."
 ...

1 message received
...
sebaik membaca mesej yang kedua. air jernih itu hampir saja berlinang. Allah. ya Allah. Engkau sedang menguji. Allah. ya Allah. ia terlalu berat bagiku..Allah.

"ukhti, Allah jua yang memegang hati hamba-hambanya..."

"ukhti, Allah tidak memandang hasil tapi usaha kita..."

jazakillahukhair ya ukhti :'(
air mata. dihadapanMU ya Allah. wahai yang Maha Hidup. yang Mengurus Segala Urusan. ambillah urusan ini dan uruskanlah urusan ini sebaiknya. semahuMU. sekehendakMU. kau tarbiyyah lah diri ini dengan apa cara pun yang kau sukai. aku tidak akan memahami apa itu kekuatan. sehingga apabila menjadi kuat menjadi satu2nya pilihan. dan kekuatan itu adalah dariMu ya Allah. untuk kuat. aku perlu kuat denganMu. kalau saja tidak kau beri kekuatan. aku tak kan mampu ya Allah.

Allah jua yang memegang hati hamba-hambaNya. Allah jua yang mengetahui apa yang ada di hati kita. maka. Allah jua yang akan menapis para pejuang agamaNya. tapisan. yup. Dia akan tapis kita. Dia akan menapis para pejuang agamaNya. sehingga yang tertinggal hanya mereka yang benar-benar ikhlas di jalan ini. yang benar-benar ikhlas... :( sangat takut.

 mungkin sahaja. sering kita terlupa. jika saja tiap-tiap suatu pembinaan manusia yang sedang kita membinanya adalah sebuah peperiksaan. maka gred keputusan kita sebenarnya telah pun Allah ketahui. Allah Maha Mengetahui. sekecil-kecil perlanggaran atom juga adalah di bawah pengetahuanNya apa ntah lagi jalan liku kehidupan kita.

jika awal-awal lagi gred peperiksaan kita telah Allah ketahui. awal-awal lagi Allah dah simpan. tinggal tunggu masa nak tunjuk je. maka apa yang dilihat Allah sepanjang2 kita dalam mood examination itu...?


-yup. usaha kita yang dinilai-

~muhasabah diri. jangan sehingga kita memandang kejayaan kita itu adalah kerana usaha kita. jangan. jangan mentaklifkan natijah (gagal/berjaya) adalah kerana usaha kita. kerana kita telah buat ini. kerana kita telah berlari kesana kesini. kerana kita telah berhabis duit untuk itu ini itu ini..dan sebagainya tapi masih gagal atau telahpun sangat berjaya.  jangan. jangan sampai kita lebih meyakini usaha kita lebih dari ketentuan Allah. keputusan itu adalah begitu adalah kerana Allah yang mahu begitu. bukankah kita telah meyakini Allah is the best planner?

Dan tidaklah kamu menghendaki kecuali bila di kehendaki Allah.” al-insaan:30
"Orang beriman tidak akan takut dan tidak akan sedih.
Kerana dia YAKIN, segalanya telah ditetapkan oleh Allah.
CUMA:
Allah suruh kita berusaha untuk kita DAPATKAN PAHALA dari Allah.
Untuk mendapat pahala jihad.
Bukan untuk mendapatkan keputusan."
-kak aisyah. muharikah

analogi saf.
 -antara intisari usrah last week dari ummi. dan ini pencerahan semula dari ateh. jazakillahukhairankhathiro.

yang ateh masih ingat pasal saf tu, cube kte bayangkan kte dalam keadaan bersedia utk solat (membentuk satu barisan saf yangg teratur), tidak akan wujud rompong kan? cantik, kukuh, n teguh...sape2 yg tengok pun pasti gerun...tp mcm mana kalau saf itu menjadi rompong tibe2? misal kata ad org dengan tak sengaja terkentut (ngeee) mesti dia kena mufaroqoh (keluar saf) kan? n ape yg jadi nextnye? rompong la...akan tetapi, barisan saf tersebut akan tetap teratur dan kembali cantik disebabkan orang disebelahnya tu akan beranjak, beranjak dan beranjak..natural kan?? (kecuali la kalau org tu xtau kne anjak kan..ngee..)

ok..nak tny...kte ke yg buat orang tu mufaroqoh? kte ke yg suruh dia melakukan perkara2 yg boleh membatalkan wuduk or solat mereka? bukan...itu adalah kehendak Allah...jadi itu point yang alang nak sampaikan pasal kte tak ade hak utk meng"eliminate" sape2 yg kte nak. ianya bukan atas kuasa kte. tp atas kehendak Allah. n ape yg jadi lepas tu? saf tersebut akan tetap kembali menjadi satu barisan yg kukuh n teguh (tanpa rompong) dengan izinNya jua.

satu benda yg kte kena ingat, kita hanyalah penggerak kerja DnT ni dan Allah sahaja yang boleh menilai hambaNya. semoga kte boleh menjadi kader2 yg berjiwa besar dan berusaha ke arah yg lebih baik dari sebelum ini (ingtan utk diri sendiri juga)
wallahualam.

"Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis...." 53:43
 
kita ingin juga menjadi seperti ini kan... tentera2 islam di dalam peperangan ahzab. yang tidak pun berkurang iman mereka tatkala musuh kini berada di depan dan belakang mereka. malah sangat bergembira (ohh yeah)..dan tersenyum2 sehingga menampakkan lesung pipit. ;) kerana Allah sedang menguji mereka...(ohh yeah)
Dan tatkala orang-orang mu'min melihat golongan-golongan yang bersekutu itu, mereka berkata : "Inilah yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya  kepada kita". Dan benarlah Allah dan Rasul-Nya. Dan yang demikian itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali iman dan ketundukan. ahzab:22
Allah akan uji kita pada titik kelemahan kita. sehingga yang lemah itu mampu menjadi kuat.
wallahualam: off to malacca.
shah-alam.
21:06:2011: 11:17pm