Showing posts with label nota tarbiyyah. Show all posts
Showing posts with label nota tarbiyyah. Show all posts

Saturday, December 17, 2011

sebuah pengakuan.


haddad alwi: sebuah pengakuan.







Oh Tuhan, aku bukanlah ahli surga
Juga tak mampu menahan siksa neraka


Kabulkan taubat ampuni dosa-dosaku
Hanyalah Engkau pengampun dosa hamba-Mu



Dosa-dosaku tak terhitung bagai debu
Ya Illahi terimalah amal taubatku



Sisa umurku berkurang setiap hari
Dosa-dosaku makin bertambah Yaa Illahi



Hamba yang berdosa datang bersimpuh Menyembah-Mu
Mengaku menyeru dan memohon ampunan-Mu




sayunya lagu itu. sesayu hati yang semakin tunduk mengenal Dia. sesungguhnya dahulu kita sangat lah blur tentang islam. dan nikmat kita faham islam itu sendiri sudah satu nikmat yang sangat besar kut.

'maka nikmat apa lagi yang kita nak dustakan'

selalu terkena dengan kata-kata nie. "kita nie dengan Allah pun nak berkira ke.?" =_='

berbuatlah, jangan berkira pun dengan apa yang Dia nak bagi. jangan sia-siakan yang di hadapan.

kefahaman dan kesabaran tu kadang-kadang kita kena pupuk dan paksa. bukan hanya menunggu... 

kadang-kadang ianya sudah sangat cukup sekadar melihat mereka tersenyum =')

tarbiyyah ini sendiri akan mengajar kita untuk kuat dan melangkah dengan pasti dalam semua perkara yang kita buat. 

tanpa kita sedar, tarbiyyah ini akan merubah kita untuk jadi seseorang yang tak pernah kita terfikir pun untuk jadi.

tarbiyyah nie menuntut kita untuk penuhi 10 muwassofat tarbiyyah kita.

tarbiyyah akan mengajar kita untuk berbuat apa yang kita tak pernah buat, atau apa yang kita tak suka buat atau pun apa yang kita tak nak buat...



22muharram1433h. 1237.
shah alam.
yang tak sanggup kehilangan.

:kadang-kadang kita perlukan masa sendirian bersama Al-quran di tangan, 
tears in our eyes, and Allah in our heart.: 

Thursday, December 1, 2011

sejauh mana kita menghargai.



Dengan nama Allah. Maha Pengasih Maha Penyayang

tarik nafas. hembus. ...

"sekiranya yang kamu serukan kepada mereka ada keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, nescaya mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu terasa sangat jauh bagi mereka. mereka akan bersumpah dengan nama Allah, 'jikalau kami sanggup, nescaya kami berangkat bersama-sama mu.' mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahawa mereka benar-benar orang-orang yang berdusta." 9:42

"sejauh mana pulak kita appreciate hadiah nie? adakah hobi semata-mata? atau isi masa lapang? sangat rugi la kalau itu je matlamat yang kita letak..."

jalan nie akan jadi bertambah indah bila kita letak matlamat kita menjangkau akhirat.

bila kita faham hakikat hidup ini ada risalah yang lebih agung untuk di spread it out. kita akan faham kenapa hidup kita perlu berbeza dengan orang lain. susunan hidup kita tak akan sama dengan orang lain.

"Allah dah letak title kat kita abid dan khalifah. tapi tiba-tiba ada orang yang nak letak title student, pekerja, manager...yang mana kita kena fulfill dulu?"

maka memang ada beza lah orang yang tahu dengan tak tahu, orang yang faham dengan tak faham dan orang yang join dengan orang yang tak join kan? dah kalau sama je. maksudnya? kita sedang bersambil lewa.

Say Alhamdulillaah for your trials, and make du’a that He blesses those who are struggling with a hardship with greater imaan, sabr and barakah!

short note from usrah, reminder untuk diri sendiri uhu....
just stay on track dan bersungguh-sungguh.

6muharam1433H. 0309.
miqdad.

:apa yang kita faham dalam usrah nie, dalam daurah tu. itulah yang akan terpancar dalam amal kita.:



Tuesday, November 22, 2011

disana ada hati.


ada hati yang meminta.

Hening suasana pagi. Sejuk. Bukit angkasa benar-benar berada di atas bukit. hoho. Kadang malam kipas tak berpusing. Kadang siang juga kipas tak berputar menar-nari. haha. Begitulah miqdad. Yang bermalamnya semakin sedikit. Namun insyaAllah kekuatan ruhi nya ingin semakin kuat ohhhyeahh.

...

[rangkap seteruanya, sila baca dengan lampu malap-malap bagai tak cukup minyak tanah dan hati yang sejernih air di puncak gunung]




ada hati.
Yang tidak jemu meminta diisi.
Ada hati. Di sana yang menanti diisi.
Isinya tidak mahu dunia.
Kerana dunia telah terasa membebankan jiwa.

 Ada hati itu.
Mencari.
Mencari satu cahaya yang boleh membawa mereka keluar.
Huluran tangan yang bisa membawa mereka pergi.
Jauh dari kegelapan dunia.

 Ada hati itu.
Merangkak-rangkak dalam kegelapan.
Jatuh dan bangun semula.
Jatuh dan bangun semula.
Jatuh dan bangun semula.
Namun bangunnya tidak lama.
Bangunnya tidak kukuh.
Bangunnya tidak bisa berdiri.
Dalam kegelapan. Apa je yang boleh mereka cari...
Apa je yang boleh mereka bertaut.
Sedang jalan didepan juga diselubungi kelabu asap.
berjalan bertatih-tatih.

 Sedang disekeliling mereka ada je orang yang melihat.
namun huluran tangannya tiada. atau mungkin tidak sampai.
terus-terusan
kaca mata nya dikaburi jahiliyyah setebal inci.
Kasihan.
Melihatnya.
Disambar api jahiliyyah.

 Kita yang melihat.
Kita yang sudah tahu.
Dan insyaAllah sudah faham.
hulurkan tangan.
jangan zalimi pembinaan diri mereka.
....

apa-apa je yang saya mengarut tu. Sukati la apa yang terkeluar. tarik nafas dalam-dalam. Mencuba menyedut oksigen pagi yang segar bugar. Sila syahdu sekarang juga! ;D Randomly post. Teringat diri sendiri yang dahulunya mencari. Dan peringatan untuk diri sendiri untuk tak tinggalkan mereka yang mencari. Kerana kita pernah berada di lubuk lumpur yang sama dahulu. Lalu kita pernah juga merasa perasaan yang sama dengan mereka. yang sangat ingin keluar dari lumpur-lumpur hitam kepada mandian air surgawi yang bisa memutihkan kembali pakaian jahiliyyah itu sekaligus menghapuskan bakteria-bakteria...*wink3* sangat ingin membawa mereka bersama-sama berpimpin tangan..kan akhwat2 sekalian.

.teringat daurah, bermain api dalam kegelapan, sampai terbakar sedikit seluar kena lilin. Kasihan kan. huuu. Mcm tu la perasaannya.

" Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah yang telah mengurniakan kepadaku kenikmatan hidup di bawah bayangan Al Quran selama beberapa waktu, di mana aku telah mengecapi nikmat yang tidak pernah aku kecapi sepanjang hidupku, iaitu nikmat yang meluhur, memberkati dan membersihkan usiaku." –syed qutb.

25zulhijjah1432H
shafika_anuar. al-‘adiyaat.
miqdad. malaysia.
:yang mencari redha Allah. Dalam setiap abjad yang terbit.

~Kadangkala kita tidak memerlukan tulisan dan bicara panjang.Yang kita perlukan adalah amal.~ 



Thursday, November 17, 2011

memaknai sebuah perjalanan.


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Segala puji bagi Allah Rabbul’Alamin. Pemberi petunjuk kejalan yang lurus (short distance). Yang telah mengeluarkan kita dari pelbagai ranjau kehidupan. Yang menjawab doa-doa hambanya. Tiada sesiapa pun perlu berasa rugi apabila berdoa kepadaNya. Dialah Rabb. Dia lah Illah. Dia lah Malik.

Amma ba’du.

Assalamualaikum...hello there...yeah. ok agak formal di atas. insyaAllah kembali mengupdate yang sure sudah sangat lama ditinggalkan. Sangat lama disini bermaksud memang sudah sangat lama...5months. uhu.

insyaAllah. kembali ingin memberi sesuatu. Just sharing. Kita tak kan tahu kat mana Allah nak sentuh hati-hati di luar sana. I’ll never know when this few words can have an impact on one life kan. Jadi apa yang kita buat ini adalah just do it lillahitaala. Lillahitaala. Dengan harapan Allah tolong kita for the rest of it. semuanya tak kan sia-sia kalau dengan Allah.

Apa-apa jalan. semakin lama, semakin memahami, semakin ingin memaknai. Sangat rugi kalau kita nak lepaskan something yang sangat osem ini. kafilah dakwah yang akan terus bergerak. Dan Islam yang telah dijanjikan Allah akan menang. tinggal lagi yang akan nak mengikut bersama-sama memperjuangkan nya atau hanya nak menunggu ia menang baru kita nak ikut..itu adalah atas diri kita. kan.


Alhamdulillah.. kesempatan ke ‘konferens riang ria ikut skema Allah dan RasulNya’ baru - baru ini benar2 memberi suatu pencerahan yang super osem la kan. terhadap isi kandungan al-quran itu sendiri. Ukhuwah fillah yang hoo yeahh. Juga kembali mengimbas muhajirin dan ansar yang sangat wwwoooww la kan iman2 mereka kan,  yang dipersaudarakan oleh Rasulullah saw.

Pernah perasan tak, rupanya memang sangat banyak ayat-ayat al-quran ini yang apabila disebut iman. maka akan digandingkan sekali bersama amal-shalih. (ok saya baru perasan k masa di konferens riang ria itu..sangat teruja hey ehe =)

Annur :55. Al-bayyinah:7. al-furqan:70. dan banyak lagi.

Jadi kenapa perlu iman dan kenapa perlu amal shalih. ?

Kerana dengan dipandu iman kita mampu untuk berubah.
Kerana dengan dipandu iman juga ia mampu mengeluarkan kita dari kenikmatan dunia dan lebih memilih apa yang ada di sisi Allah.
Kerana dengan dipandu iman, ia bawa kita kepada amal. amal shalih.

Pepatah terbaru mengatakan ; ‘dalam hati ada iman’ ngee ;D

Ye, mulut sangat mudah mengeluarkan pepatah itu, namun iman itu tidak hanya pada lidah. Ia adalah keyakinan dengan hati dan dibenarkan dengan amal shalih. Betul dop...kan.

Kita, yang mengaku diri ini sedang berjalan di atas jalan dakwah, kita ingin menjadi teladan yang shalih, juga ingin jadi kan amal kita bukan sekadar amal tapi amal yang shalih juga, maka kita perlu kan ..iman. 

Iman yang kuat. Iman yang jujur.

Berapa lama kita sudah berada di jalan dakwah ini. Selama itu juga, as time goes by, kita semakin perlu yakin, kita mahukan sebuah kemenangan. dan kemenangan itu sudah sangat passstiiii Allah menjanjikan untuk mereka yang beriman. Iman adalah aspek yang paling penting untuk Allah merealiasasikan janjinya pada kita. percayaaalaaahhh...

Annur: 55 ,

Dan Allah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kalian dan mengerjakan amal shalih. Dia pasti menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa dan Dia pasti mengukuhkan bagi mereka agama yang telah Dia redhai untuk mereka, dan Dia pasti merubah keadaan mereka sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman. Mereka tetap menyembahKU dan tidak menyekutukanKu dengan sesuatu apa pun

Touching...TT_TT sgt. ada iman kah dalam hatiku?

Akhwatfillah...kita dah dipersaudarakan dengan nama ansar dan muhajirin. Semoga kita mampu memberi dan menerima seperti ansar dan muhajirin yang sebenar. Yang di picu oleh iman. Iman yang sebenar. mengutamakan apa yang ada disisi Allah. mencintai atas nama Allah.

Muhajirin dan Ansar itu. Di pacu iman.

Begitulah iman. Mengangkat kaum muhajirin dari sisi bumi. Lalu membuat mereka meninggalkan dunia dan harta mereka, kerana lebih mengutamakan apa yang ada di sisi Allah.

Begitulah iman. Membuat orang-orang ansar mencintai siapa sahaja yang hijrah kepada mereka dan lebih mengutamakan kaum muhajirin atas diri mereka sendiri.

Sebuah kisah yang sangat touching dan memaknai la kan TT_TT

Al-Hasyr. 59:8-9

“Bagi orang-orang fakir muhajirin yang diusir dari kampung halaman dan dari harta benda mereka kerana mencari karunia dari Allah dan keredhaanNya serta menolong agama Allah dan RasulNya. Mereka itulah orang-orang yang benar. Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan beriman (Ansar) sebelum kedatangan mereka (Muhajirin); mereka (Ansar) mencintai orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin) dan tidak menaruh keinginan di hati mereka terhadap apa sahaja yang mereka berikan kepada mereka (Muhajirin) dan mereka lebih mengutamakan orang-orang Muhajirin atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka juga memerlukan. Dan siapa yang dijaga dirinya dari kekikiran, mereka itulah orang-orang yang beruntung”

ini sumpah sangat mengalirkan air mata air..huuuuuuu

Akhir kalam, sharing sesuatu dari Asy-Syahid Imam Hassan Albanna.

“wahai generasi muda, perbaharui iman, tujuan dan target kalian. Kekuatan pertama ialah iman, dan hasil dari iman ialah persatuan, dan hasil dari persatuan ialah kemenangan gilang-gemilang. Kerana itu berimanlah kalian, bersaudaralah, bekerjalah dan tunggulah kemenangan setelah itu, Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang beriman”

moga cinta kita ini Allah hitung... 


rujukan: -Al-Quran Karem..kalamullah super Osem.
             -urgensi al-qudwah di jalan dakwah; syaikh musthafa masyhur.

20zulhijjah1432
shafika_anuar. al-‘adiyaat.
Miqdad. Malaysia.

~when you look at a person, any person, remember that, everyone has a story. everyone has gone through something that has changed them~


Monday, May 23, 2011

gambar: umat ini tidak pernah diajar untuk cintakan dunia & takutkan mati

assalammualaikum
hello there. \(^_^)/
subhanallah.subhanallah.subhanallah.
alhamdulillah.syukur kepadaNya, atas Maha pemurahnya Dia 
mengurniakan kita pelbagai-bagai-macam-macam-bermacam-aneka nikmat.
yang jika dihimpunkan seluas langit dan lautan juga tak kan mampu mengukirkan SEMUAaaanyaaa...
alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah

maha suci Allah dan segala puji bagiNya, sebanyak bilangan ciptaanNya dan keredhaanNya, dan seberat timbangan 'arasyNya dan sebanyak dakwat (yang terpakai untuk menuliskan) kalimatNya

Allah, ya Allah... a lot of things yang ingin dikongsi bersama....but, I just don't know how I can put it into words...hmmm...

lets me see.

yup...dah 2 minggu lebih2 kami bercuti. ye. semestinya inilah pentarbiyahan yang sebenar. pentarbiyahan yang sebenar. Allah ya Allah. kuatkan kami. kami ya Allah. yup. ingin menculik kata-kata dari seorang ukhti:
'Jika kita tidak mentarbiyah diri sendiri, siapa yg akan mentarbiyah kita?? hehe yee yuk pertingkat tarbiyah dzatiyah & mutabaah amal'
dan alhamdulillah. one more pic for Allah dan RasulNya. teringat pidato Dr. Hafidzi Mohd Noor pada malam penutupan konvoi pembebasan Palestin d masjid shah alam. yang sangat haruslah tersentap hooo~~ -_- . yup. perjuangan ini tidak akan cukup hanya dengan semangat. kita perlu perbanyakkan bacaan, Allah ya Allah... memang dah lama rasanya tak mentalaah buku2 tarbiyah. kisah-kisah sejarah. raheeq maktum. huhu~


yup. leraikan dunia dari hati kita. letakkan ia di tangan. supaya senang bagi kita untuk melepaskannya.

sebenarnya saya nak mengajak diri saya sendiri ;D. dan semua. utk pelajari kembali kisah-kisah peperangan yang pernah dilalui saudara-saudara islam kita. yup. kita singkap kembali perjalanan-perjalanan rasulullah SAW dan para sahabat, kisah-kisah hebatnya generasi al-quran yang pertama itu. mereka tidak pernah di ajar untuk cintakan dunia... yup kawan. 

umat kita ini tidak pernah di ajar untuk cintakan dunia. dan umat ini juga tidak pernah di ajar untuk takutkan mati. 

lihat sahaja bagaimana hebatnya para sahabat di medan peperangan. dahsyat. menggemparkan~ sehingga pihak musyrikin berasa musykil kerana mereka mereka ini tidak takut mati! tidak takut terbunuh!

dan lihat sahaja satu contoh hero super saiya. siapakah? . yup. dialah pemuda yang jika dia lalu sahaja dikotanya, dari jauh orang-orang kampungnya sudah mengenalinya. 'haa tu dye mai dah...' dan semua wanita2 tak terlepas ingin memandang pemuda ini 'WOooo' . kerana haruman yang dipakainya hanya dia seorang sahaja yang memilikinya dan dialah pemuda yang paling elok rupa & pakaiannya di kotanya. namun, apabila islam hidup di hatinya... di waktu syahidnya beliau. hanya sehelai kain sahaja yang menutupinya. ditutup kepala, terbuka kakinya, ditutup kaki, terbuka kepalanya...mus'ab bin umair. subhanAllah ya Allah. T_T

lihat sahaja bagaimana reaksi Abu Bakar As-siddiq dan Umar Al-Khattab pula...

'ya Rasulullah, ambillah semua hartaku' kata Abu Bakar.

'ya Rasulullah, ambillah separuh daripada hartaku' kata Umar Al-Khattab..

Allah, ya Allah.. T_T deras...
ya Allah, sungguh kami rindu kepadamu ya Allah. kami rindu akan Rasul Mu ya Allah. kami rindu para syuhada Mu ya Allah. Engkau kuatkanlah kami dan teguhkanlah hati-hati ini.

ingat. ingat. ingat. 'jahiliyyah yang terancang itu mampu mengalahkan tarbiyyah yang tidak terancang'...ok. nak koreksi diri balik. hoo buku...huhu (bukan muka buku ye).

Monday, March 14, 2011

sayonara jahiliyyah

Alhamdulillah, luar biasa, AllahuAkbar

'seorang mukmin tidak sekali-kali rela untuk hidup dan mati kecuali dalam iman yang dikecapinya itu. tidak terlintas di hatinya ketika melafazkan kalimah 'iman' melainkan ia juga merupakan ikrar daripadanya untuk meninggalkan jahiliyyah dan kekufuran buat selama-lamanya'

jika dulu, ini untuk kita, kini, ia untuk kita dan untuk mereka ~wee ^^
 
sayonara jahiliyyah..wowww sgt lajunye mereka kan.alhamdulillah
jundi2 harapan begitu tingginya hasamah & himmah mereka.alhamdulillah3x semoga Allah sudi untuk terus memegang semangat2 mereka untuk terus melaju,
mereka dah naek bullet train. sedang saye, maseh naek KTM lagi ke huhu.. 
semangat pemuda,. yeee ia sgt jelas ye, mereka la tlebih semangat nak ber'kayaking', sye dah kecut perut tgk tasik wahhaa @_@

 
melangkah terus melaju i.Allah wee~~~
 
sayonara jahiliyyah :
 
 Yang demikian adalah karena sesungguhnya orang-orang kafir mengikuti yang bathil dan sesungguhnya orang-orang mukmin mengikuti yang haq dari Tuhan mereka. Demikianlah Allah membuat untuk manusia perbandingan-perbandingan bagi mereka. ( Muhammad 47:1-3)


Berkurun terukir sejarah alpa,
manusia dihanyut indah yang fana,
terlupa pada fitrah wujudnya,
hanya ditaraf hamba.
 

 

Tarbiyyah mengajar aku apa itu kehidupan, 
apa itu cinta dan betapa Allah SWT begitu kasih dan 
sayang kepada hamba-hamba yang mencari cinta-Nya. 
Sesungguhnya cinta Allah adalah cinta hakiki. 




dan sebuah kisah sang murabbi 
yg akan sentiasa dirindui semangat perjuangannya
ustaz rahmat abdullah

'Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi
Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi

Tanpa kenal lelah jemu

Sampaikan firman Tuhanmu
Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu

Terik matahari

Tak surutkan langkahmu
Deru hujan badai
Tak lunturkan azzammu

Raga kan terluka

Tak jerikan nyalimu
Fatamorgana dunia
Tak silaukan pandangmu'
daurah SJ adik2 PASUM
12march2011

Friday, January 21, 2011

damai

alhamdulillah, luar biasa, Allahuakbar 
SubhanAllah, bagaikan baru semalam bertemu & berkumpul bersama mereka dan kini Allah memperkenan mempertemukan kembali hati-hati ini, ta'lim dalam rehlah. Allahuakbar! alhamdulillah, meski tidak ramai namun kuantiti yang sedikit ini dengan izinNya mampu menjadi sesuatu yang berharga insyaAllah

"Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah…” 
~As-Syahid Hassan Al-Banna

Damai yang dirasa
Melihat warnanya
Tenangnya di mindaku
Suasana kehijauan yang indah

Kicauan beburung rimba

Berterbangan bebas
di dalam rimba raya
Pepohon turut berlagu
Menerima sentuhannya
sinaran sang mentari hari

Di alam rimba damai dirasa

Segala-galanya terlukis sempurna
Di alam rimba keajaibannya
Pesona di jiwa

Di rimba tiada

Derita sengketa
Tiada kudengari
Tangisan sepi yang mengguris hati
Sang pelangi ceria
Menanti kehadirannya gerimis senja
Bisikan desiran air
Turut sama menghiasi
keindahan ciptaan Ilahi


hari sebelumnya, duduk bersama adik-adik, lama saya bersama mereka. mencuba memahami apa-apa yang mereka expect dan apa-apa lagi hak-hak mereka yang tidak tertunaikan. panjang kami sharing-sharing bercerita, kisah-kisah sahabat dan video yang mampu menjadi booster buat mereka. T&T al-insyirah ,  ayat-ayat cinta Allah yang ini benar-benar terkesan di hati kami T_T

sebak mungkin -_- untuk 2 minggu seterusnya tidak dapat sitting bersama mereka.
namun pentarbiyahan perlu diteruskan walaupun bukan dalam duduk2 & tautan hati perlu terus terikat. pentarbiyahan boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. kan2.. ^^ i.A
seiringkanlah study dengan jalan tarbiyah ini yang telah menjadi cermin dalam diri muslim.semoga Dia memperkuatkan derap-derap langkah kita mengharungi jalan yang pasti tidak mudah ini.

Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?, Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu, yang memberatkan punggungmu? Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu. Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap. [al-insyirah]
rindu jiwa-jiwa muda itu -_- uhibbukumfillah 
semoga masih ada ruang dalam hati yang kotor ini menangisi dosa-dosa semalam sobs2 T_T

Friday, January 14, 2011

3:160

   

'jika Allah menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu. tetapi, jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan) , maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? karena itu, hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakal'...

what can a love song provide...

Friday, December 31, 2010

Dia telah memilih kamu


"dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama..." 22:78

SubhanAllah
its unspoken -_-