assalammualaikum
hello there. \(^_^)/
subhanallah.subhanallah.subhanallah.
alhamdulillah.syukur kepadaNya, atas Maha pemurahnya Dia
mengurniakan kita pelbagai-bagai-macam-macam-bermacam-aneka nikmat.
yang jika dihimpunkan seluas langit dan lautan juga tak kan mampu mengukirkan SEMUAaaanyaaa...
alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah
maha suci Allah dan segala puji bagiNya, sebanyak bilangan ciptaanNya dan keredhaanNya, dan seberat timbangan 'arasyNya dan sebanyak dakwat (yang terpakai untuk menuliskan) kalimatNya
Allah, ya Allah... a lot of things yang ingin dikongsi bersama....but, I just don't know how I can put it into words...hmmm...
lets me see.
yup...dah 2 minggu lebih2 kami bercuti. ye. semestinya inilah pentarbiyahan yang sebenar. pentarbiyahan yang sebenar. Allah ya Allah. kuatkan kami. kami ya Allah. yup. ingin menculik kata-kata dari seorang ukhti:
yup. leraikan dunia dari hati kita. letakkan ia di tangan. supaya senang bagi kita untuk melepaskannya.
sebenarnya saya nak mengajak diri saya sendiri ;D. dan semua. utk pelajari kembali kisah-kisah peperangan yang pernah dilalui saudara-saudara islam kita. yup. kita singkap kembali perjalanan-perjalanan rasulullah SAW dan para sahabat, kisah-kisah hebatnya generasi al-quran yang pertama itu. mereka tidak pernah di ajar untuk cintakan dunia... yup kawan.
umat kita ini tidak pernah di ajar untuk cintakan dunia. dan umat ini juga tidak pernah di ajar untuk takutkan mati.
lihat sahaja bagaimana hebatnya para sahabat di medan peperangan. dahsyat. menggemparkan~ sehingga pihak musyrikin berasa musykil kerana mereka mereka ini tidak takut mati! tidak takut terbunuh!
dan lihat sahaja satu contoh hero super saiya. siapakah? . yup. dialah pemuda yang jika dia lalu sahaja dikotanya, dari jauh orang-orang kampungnya sudah mengenalinya. 'haa tu dye mai dah...' dan semua wanita2 tak terlepas ingin memandang pemuda ini 'WOooo' . kerana haruman yang dipakainya hanya dia seorang sahaja yang memilikinya dan dialah pemuda yang paling elok rupa & pakaiannya di kotanya. namun, apabila islam hidup di hatinya... di waktu syahidnya beliau. hanya sehelai kain sahaja yang menutupinya. ditutup kepala, terbuka kakinya, ditutup kaki, terbuka kepalanya...mus'ab bin umair. subhanAllah ya Allah. T_T
lihat sahaja bagaimana reaksi Abu Bakar As-siddiq dan Umar Al-Khattab pula...
'ya Rasulullah, ambillah semua hartaku' kata Abu Bakar.
'ya Rasulullah, ambillah separuh daripada hartaku' kata Umar Al-Khattab..
Allah, ya Allah.. T_T deras...
ya Allah, sungguh kami rindu kepadamu ya Allah. kami rindu akan Rasul Mu ya Allah. kami rindu para syuhada Mu ya Allah. Engkau kuatkanlah kami dan teguhkanlah hati-hati ini.
salam..ika..akak suka baca blog ika..best entry..thaniah..akak doa,semoga apa yg ika ingin lakukan tercapai..
ReplyDelete