Tuesday, November 22, 2011

disana ada hati.


ada hati yang meminta.

Hening suasana pagi. Sejuk. Bukit angkasa benar-benar berada di atas bukit. hoho. Kadang malam kipas tak berpusing. Kadang siang juga kipas tak berputar menar-nari. haha. Begitulah miqdad. Yang bermalamnya semakin sedikit. Namun insyaAllah kekuatan ruhi nya ingin semakin kuat ohhhyeahh.

...

[rangkap seteruanya, sila baca dengan lampu malap-malap bagai tak cukup minyak tanah dan hati yang sejernih air di puncak gunung]




ada hati.
Yang tidak jemu meminta diisi.
Ada hati. Di sana yang menanti diisi.
Isinya tidak mahu dunia.
Kerana dunia telah terasa membebankan jiwa.

 Ada hati itu.
Mencari.
Mencari satu cahaya yang boleh membawa mereka keluar.
Huluran tangan yang bisa membawa mereka pergi.
Jauh dari kegelapan dunia.

 Ada hati itu.
Merangkak-rangkak dalam kegelapan.
Jatuh dan bangun semula.
Jatuh dan bangun semula.
Jatuh dan bangun semula.
Namun bangunnya tidak lama.
Bangunnya tidak kukuh.
Bangunnya tidak bisa berdiri.
Dalam kegelapan. Apa je yang boleh mereka cari...
Apa je yang boleh mereka bertaut.
Sedang jalan didepan juga diselubungi kelabu asap.
berjalan bertatih-tatih.

 Sedang disekeliling mereka ada je orang yang melihat.
namun huluran tangannya tiada. atau mungkin tidak sampai.
terus-terusan
kaca mata nya dikaburi jahiliyyah setebal inci.
Kasihan.
Melihatnya.
Disambar api jahiliyyah.

 Kita yang melihat.
Kita yang sudah tahu.
Dan insyaAllah sudah faham.
hulurkan tangan.
jangan zalimi pembinaan diri mereka.
....

apa-apa je yang saya mengarut tu. Sukati la apa yang terkeluar. tarik nafas dalam-dalam. Mencuba menyedut oksigen pagi yang segar bugar. Sila syahdu sekarang juga! ;D Randomly post. Teringat diri sendiri yang dahulunya mencari. Dan peringatan untuk diri sendiri untuk tak tinggalkan mereka yang mencari. Kerana kita pernah berada di lubuk lumpur yang sama dahulu. Lalu kita pernah juga merasa perasaan yang sama dengan mereka. yang sangat ingin keluar dari lumpur-lumpur hitam kepada mandian air surgawi yang bisa memutihkan kembali pakaian jahiliyyah itu sekaligus menghapuskan bakteria-bakteria...*wink3* sangat ingin membawa mereka bersama-sama berpimpin tangan..kan akhwat2 sekalian.

.teringat daurah, bermain api dalam kegelapan, sampai terbakar sedikit seluar kena lilin. Kasihan kan. huuu. Mcm tu la perasaannya.

" Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah yang telah mengurniakan kepadaku kenikmatan hidup di bawah bayangan Al Quran selama beberapa waktu, di mana aku telah mengecapi nikmat yang tidak pernah aku kecapi sepanjang hidupku, iaitu nikmat yang meluhur, memberkati dan membersihkan usiaku." –syed qutb.

25zulhijjah1432H
shafika_anuar. al-‘adiyaat.
miqdad. malaysia.
:yang mencari redha Allah. Dalam setiap abjad yang terbit.

~Kadangkala kita tidak memerlukan tulisan dan bicara panjang.Yang kita perlukan adalah amal.~ 



No comments:

Post a Comment