Friday, January 21, 2011

damai

alhamdulillah, luar biasa, Allahuakbar 
SubhanAllah, bagaikan baru semalam bertemu & berkumpul bersama mereka dan kini Allah memperkenan mempertemukan kembali hati-hati ini, ta'lim dalam rehlah. Allahuakbar! alhamdulillah, meski tidak ramai namun kuantiti yang sedikit ini dengan izinNya mampu menjadi sesuatu yang berharga insyaAllah

"Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah…” 
~As-Syahid Hassan Al-Banna

Damai yang dirasa
Melihat warnanya
Tenangnya di mindaku
Suasana kehijauan yang indah

Kicauan beburung rimba

Berterbangan bebas
di dalam rimba raya
Pepohon turut berlagu
Menerima sentuhannya
sinaran sang mentari hari

Di alam rimba damai dirasa

Segala-galanya terlukis sempurna
Di alam rimba keajaibannya
Pesona di jiwa

Di rimba tiada

Derita sengketa
Tiada kudengari
Tangisan sepi yang mengguris hati
Sang pelangi ceria
Menanti kehadirannya gerimis senja
Bisikan desiran air
Turut sama menghiasi
keindahan ciptaan Ilahi


hari sebelumnya, duduk bersama adik-adik, lama saya bersama mereka. mencuba memahami apa-apa yang mereka expect dan apa-apa lagi hak-hak mereka yang tidak tertunaikan. panjang kami sharing-sharing bercerita, kisah-kisah sahabat dan video yang mampu menjadi booster buat mereka. T&T al-insyirah ,  ayat-ayat cinta Allah yang ini benar-benar terkesan di hati kami T_T

sebak mungkin -_- untuk 2 minggu seterusnya tidak dapat sitting bersama mereka.
namun pentarbiyahan perlu diteruskan walaupun bukan dalam duduk2 & tautan hati perlu terus terikat. pentarbiyahan boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. kan2.. ^^ i.A
seiringkanlah study dengan jalan tarbiyah ini yang telah menjadi cermin dalam diri muslim.semoga Dia memperkuatkan derap-derap langkah kita mengharungi jalan yang pasti tidak mudah ini.

Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?, Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu, yang memberatkan punggungmu? Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu. Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap. [al-insyirah]
rindu jiwa-jiwa muda itu -_- uhibbukumfillah 
semoga masih ada ruang dalam hati yang kotor ini menangisi dosa-dosa semalam sobs2 T_T

2 comments:

  1. subhanallah...inilah jalan cinta kita..indah bukan?

    product kita dalah manusia...

    kekuatan dan promosi kita hanyalah Allah dan RasulNya..

    begitu juga, rasa ukhwah adalah bonus dalam tarbiyah cinta..lazatnya iman dan mardhatillah adalah puncak tertinggi hidup kita..

    wallahuallam

    ReplyDelete
  2. bestnye. tp angah xde. sob2. ok xmau jeles. len kl mahu ikut jugak,insyaAllah..

    ReplyDelete