monolog dalaman:
dengan lafaz Bismillahirahmanirahim...
akhwat fillah
terlebih dahulu,
mari sama-sama kita memperbetulkan niat dan mengikhlaskan hati.
akhwat fillah
mari sama-sama kita beristighfar sebentar
sekarang akhwat fillah
renungkan sejenak sahabatmu
seolah-olah dia ingin berbicara padamu
peganglah tangannya
genggamilah tangan itu seerat-eratnya
dan sekarang
akhwat fillah
engkau pandanglah matanya
benarkan pandangan itu hingga ke lubuk hatinya
tahukah engkau akhwat fillah
hingga ke saat ini
insan itu
teramat daif
dirinya begitu lemah
kerana tiada siapa disisinya
untuk dia meluah
betapa sepinya dia
untuk melalui jalan-jalan bagi orang-orang yang beriman ini
jalan yang penuh duri dan berliku ini
kerana itulah janji Allah
'apakah mereka mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya mengatakan "kami telah beriman Ya Allah" sedangkan mereka tidak diuji, 29:2
lantas itu akhwat fillah
dia yang telah engkau genggami tangannya itu
malu untuk menyatakan
bahawa dia amat memerlukan kamu
bersama-sama berpimpin tangan
dalam mencapai matlamat yang satu
dalam mencari redha Illahi
sungguh akhwat fillah
temanmu ini jauh
dalam perjuangan mencari ilmu
SubhanAllah, SubhanAllah, SubhanAllah
sedarkah engkau akhwat fillah?
asbab dirimu
kebaikan dan ajakanmu
dia kini merasai nikmatnya pentarbiahan
sesungguhnya dalam firman Allah
'barangsiapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah, Dia akan membuka hatinya untuk menerima Islam' 6:126
tetapi akhwat
jangan engkau lupa
dia yang berada di hadapanmu ini
banyak kekurangan dan kelemahannya
sekarang akhwat
lepaskan lah genggamannya dan pergilah jauh dari sisinya...
astagfirullah al-azim
'Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui' 2:216
sekarang lihatlah kembali,
genggaman tangan yang telah engkau tinggalkan
lihatlah betapa sayunya mata itu
engkau telah meninggalkan dia
jika kerana kesalahannya
maafkanlah dia akhwat
kerana dia juga makhluk Allah
yang mudah lupa akan tujuan hidupnya
jika kerana kekurangannya
beristighfarlah
terimalah dia seadanya
dia itu hadiah dari Nya
dalam membantumu meneruskan kehidupan ini
jika kerana egonya
bukan itu caranya
engkau berlalu meninggalkannya
tanpa sempat dia memperbaiki sikapnya
bantulah dia akhwat
tegurlah kesalahannya
pimpinlah dia dalam apa yang kurang
matikan egonya dalam kasih sayangmu
bersabarlah dan saling mendoakan
pejamlah matamu
dan dengarkanlah..
'Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah' 3:110
peluklah dia dan lepaskanlah keluhan rindumu
kasih sayangmu
isi hatimu
exclusively published:
creadit: kakliza 7th
editd: me
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
mereka adalah hadiah, yang mula saya sayangi, sangat sayang...:) dan pasti, bersama mereka jalannya tidak akan ditaburi wangian-wangian, tidak dibentangi karpet merah bersama bunga-bungaan...'urusan KITA lebih banyak dari masa yang kita ada' sangat jelas akan liku yang pasti akan dilalui...ingin terus membina tautan hati~~~
3:160 |
~reunion 1 Pasukan Anak Solehah UM (P.A.S.U.M)
tangisan bersama...
uhubbukumfillah
kan ummi dah katee....jalan ini sangat nikmattttt..heeee..
ReplyDelete