Tuesday, March 2, 2010

STOP WAR!!!

alhamdulillah, syukur & syukran ya rabb, masih dpt berkongsi sstu di sini..
benar ku tsedar kembali, ruangan kehidupan ini membuatkan kte alpa, lalai & leka..justeru itu, berdoalah pdNya moga dunia ini tidak diletakkan di hati, kerna matlamat akhir kehidupan ini adlh mencapai keredhaanNya Illahi..insyaAllah...
.
'jgn berpagi-pagian tanpa memikirkan masalah ummat Islam...'
palestine, tanah yg kian lama semakin parah...
setiap hari tiada apa yg mampu sye lakukan selain drpd baca berita 'terkini palestin' kat sebelah nie..sedih..tiada apa yg dpt sye lakukan! tiada apa.. mereka seislam kte, namun apa yg sye & kte lakukan utk mereka..T_T
.
PALESTINA apa khabar mereka?
apa khabar mereka???
aku cuba membayangkan
pastinya tiada yg baik disana
melainkan sebuah perjuangan suci
menuntut tanah kiblat pertama
terus berjihad
menuntut syahid di jalanNya
syahid di jalanNya
syahid di jalanNya
syahid di jalanNya
insyaAllah
.
kesdihan kte
sedih duka kte
masalah kte
mampu kte suarakannya
mampu kte berpenakannya
di sehelai kertas, di alam maya
semua org peduli
mengambil berat
.
namun bicara mereka ya palestina tiada terucapkan
kesedihan mereka tiada tertahankan..
hanya wajah lelah perjuangan mereka
menghantar tinta ke seluruh ummat
mengharap belas & kasih
pertolongan & pengharapan
mengertilah
palestina sedang bersedih


perjuangan pena, doa, qunut nazilah, pengharapan...

puisi
masa lab math chem, sempat bukak email ini dri remaja_masjid, tp x tersempat membacenya..selepas membacenye kembali di bilik...kata2 penuh kesedaran utk kte..

KITA BANGSA YANG SELESA

Kita bangsa yang selesa
berselindung di sebalik agama
membiarkan tersiksa saudara
sesekali tersentak
–kita menukar jenama
sedangkan dalam ruang selesa
kita berganjak tiada
–bimbang tertumpah air muka.
.
Usai musim memulau jenama
kita kembali berahi kepadanya
antara fardhu ain dengan kifayah
kita pilih bermain aksara
telefon bimbit kejap dalam genggaman
kerana yang menyanyi itu juga seagama.
.
Mengapa masih malu memulau hedonisme
Masih lagi menjadi hamba hawa nafsu
Terus alpa membenarkan eksperimen 5-S janaan mereka
Berjaya mengabui inti perjuangan sebenar
.
Sex!
.
Smoke!
.
School!
.
Sport!
.
Screen & Song!
.
Siapakah mangsa sebenar keadaan ini
Mereka yang berada di bumi Palestina
Ataukah kita yang lebih hina
Anak siapa mengandung sebelum akad
Anak siapa bibirnya berpuntung asap
Anak siapa ke sekolah tapi fikiran melayah
Anak siapa qiamulail bersama Manchester, Liverpool dan Chelsea
Anak siapa berbondong-bondong berpesta
Lebih kenal artis daripada ulama
Lebih hafal lirik daripada doa
.
Dengan ilmu sedalam lantai tempayan
Kita mencari munasabah melabuhkan sauh persoalan
di situ bahtera karam
lidah kalam tenggelam dalam
sorai ketawa
jenaka alpa.
.
Justeru kita bangsa yang selesa
gemar berselindung di sebalik agama.
.
Kita bangsa yang selesa
masih berselindung di sebalik agama
.
di sini
bangga terhimpun di laman berkolam mini
batu-batu tersusun indah memaknakan erti seni
sedangkan batu yang serupa
nilainya lebih berharga
,
di sana
menjadi peluru menghentam angkuh bangsa.
Pernahkah kita menafsir iktibar
daripada derita sebuah bangsa
bala yang tumpah ke atas Palestina
peritnya melimpah ke pelusuk atmapun
benarkah kita benar-benar percaya.
,
Sesekali peti hitam itu menayangkan sengsara
simpati melaut mencecah pantai hati
ataukah kita tak terpandang
raungan ibu
hiba ayah
titis jernih anak-anak bermata bundar
lalu segera mengalihkan berita derita
rela menonton sebaris calon penyanyi hiba
tidak cukup undi percaya; dan
kita pun sama berduka.
.
Sedangkan di bumimu, Palestina
apakah masih ada harga air mata
setelah setiap saat ia mengalir
bersama darah pejuang
bergaul debu petualang
.
III
Kami enggan menjadi bangsa yang selesa
enggan berselindung di sebalik agama
iktibar daripadamu, Palestina
adalah untuk kami dakap kejap pada jiwa
bumi bertuah ini lebih empat ratus tahun
pernah bertukar milik- Portugis, Belanda, Inggeris,- Jepun dan komunis
kini Zionis!
.
Kami enggan menjadi bangsa yang selesa
enggan mudah percaya dengan apa yang ada
kami gali kebenaran dari tanahmu
kami hayati perjuangan syuhadamu
kami tidak rela kiblat yang pertama itu
menjadi harta bangsa penjarah darah saudaraku.
.
Ayuh,
Pinjamlah semangat Salahuddin Al-Ayubi
biar mengalir ke seluruh pembuluh tubuh ini
kita rebut semula Baitul Muqaddas
kerana setiap yang hak itu punya batas
kita bukan mahu dendam berbalas
kita mahu menjadi bangsa yang peduli
.
Berjuang!
Walau bukan dengan ketul-ketul kerikil
dengan pena
dengan doa
dengan percaya
bahawa kita bersaudara
setiap kali bedilan singgah di laman rumahmu
gegarnya terasa di anjung semenanjung
.
Justeru
Kita bukan bangsa yang selesa
Tidak pernah berselindung di sebalik agama
Dengan agama jiwa nurani teguh
Dengan agama iman ini terpasak utuh.
Dengan agama kita gagalkan eksperimen durjana
Kita bina agama dan bangsa bermaruah
Membiarkan Ad-Din mengalir ke setiap pembuluh darah
Merapatkan peribadi dengan Rasulullah
Setiap satunya kembali kepada Allah.
.
Inna lillahWa inna ilaihiRaji’un.


Nisah Haji Haron
Ampangan – USM – Ampangan
1 – 5 Sya’ban 1430 H
23 – 27 Julai 2009

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan reda kepada kamu sehingga kamu mengikut agama mereka. Katakanlah : Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang benar. Dan sesungguhnya jika kamu mengikut kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong kamu”.
(Al Baqarah : 120)

STOP WAR, FREE PALESTINE!!!
.
p/s jgn minta sye tuk bhenti menulis...
kerna blog ini sye buat bkn utk suke2
katakan lah apa pun anda mahu, sye lelah utk bbicara
bukan bputus asa dri ujianNya, cuma kembali bmuhasabah diri
biarlah apa pun rasa hati ini hanya utk yang Maha Sempurna, mutlak
insyaAllah, yg baik akan sye ambil tuk panduan hdup ini, & ditapis yg buruk
wallahu'alam

1 comment: