Wednesday, March 10, 2010

budi+daya

alhamdulillah, semalam bkesempatan g forum anjuran JKP knegaraan n JKP Sedaya kat fac sastera..dgn membawa tajuk "Jangan Cepat Melatah: Bagaimana Mahasiswa Mendepani isu Semasa"

dgn menampilkan ahli2 panel yg hebat..
Mohammad Ridzuan Mohammad (mantan YDP MPMUM)
Ahmad Fahmi Mohd Samsudin ( mantan s/u MPPUIAM)
Mohd Syamsul Salleh ( mantan YDP MPPUPM & pgerusi jemaah YDP)

wahhh hebat2 gitu,bersyukur rasenye dpt dgr name2 besar sebegini berforum...pastinya mmg menarik kerana panel2nya sgt bpengalaman & pandai berhujah..forum yg agak panjang..& agak2 nak tlena diakhir-akhirnya haha...sbb forumnya hampir 2jam ase & sebenarnya byk input2, tp ini je la yg tersempat tertaip..jdi faham2 la ye..ngee~~

GEAR I
siapa mahasiswa?

-golongan yg mempunyai idealisme, seharusnya terpanggil dgn gelaran ini.
-'mahasiswa merupakan anak kepada masyarakat, jadi turunlah berjumpa ibu bapa kamu'
(berbakti kpd masyrakat & alert ngan isu semasa, jgan hanya tahu amalkan 3K shj, katil,kuliah,kafe)
-analoginya mahasiswa ini sama shj dgn kontraktor atau proses pembinaan, mula dri meneroka, kemudian dari meneroka, kepada proses pembinaan utk memdapatkan apa yg kte impikan & apa yg kte inginkan, sama spt kehidupan manusia, ketika zaman bayi & remaja, kte ni digelar sebagai golongan yg suka meneroka, sbb tu la semua perkara kte nak cuba. itu ketika kte zaman remaja & kanak2.
tapi apabila kte berada pd keadaan mahasiswa, ia adalah perbezaan antara remaja & dewasa. jdi kte lebih bersifat idealistik, idealisme agak tinggi utk membina sesuatu yg kte idamkan.


kepimpinan mahasiswa yang diundi?

sesiapa shj yg hendak bertanding dlm kepimpinan kampus, pertama sekali org itu mestilah berilmu & kedua, berfikir dari segala aspek. (sukarela keluar drpd kelas melaksanakan kerja2 kaunseling atau kerja2 yg berkaitan dgn agensi luar kementerian2.)

bagaimana pendirian seseorang mahasiswa itu utk terlibat dlm kepimpinan kampus,.hari ini perkara yg menjadikan keadaan kucar kacir adalah takutnya seseorng itu utk menyatakan pendirian/ menonjolkan fahaman & identiti kepimpinan mereka. apabila kte berada dlm tampuk kepimpinan, jgn blok pemikiran kte dgn ketaksuban kepada warna apa yg kte wakili, kalau begitu lah pemikiran kte, tiada bezanya, kerangka pemikiran mahasiswa kini dgn kerangka pemikiran yg pernah dibuat sebelum ini dgn keadaan politik diluar.

mahasiswa itu perlu ada 1 pendirian, apabila kte menyatakan ssuatu isu, maka isu itu bukan berlandaskan warna politik, tp berlandaskan rasional & betapa kuatnya justifikasi kte untuk menyokong atau menolak ssuatu isu, atas tiket mahasiswa. tidak perlu ada cop.(cop ini hanya akan membuatkan mahasiswa lesu)

anda yang ingin terlibat dlm kepimpinan mahasiswa, anda perlu berani, untuk berhadapan dgn ssuatu isu & pastikan bila anda ingin menyokong atau menolak sstu isu, anda ada justifikasi yg kuat, evidence yg kukuh, ada value yg tepat..& sekiranya anda menolak ssuatu isu, perlu anda tampil dgn 1 cadangan yg lebih baik..

sesiapa sahaja yg ingin menjadi pemimpin mahasiswa, anda perlu bersedia dgn segala bentuk aspek, anda x boleh takut dgn apa yg akan anda hadapi, selagi mana perkara yg anda perjuangkan itu adalah betul & benar, ia akan tetap benar. janji cara yg anda perjuangkan itu juga adalah betul & benar, ada orang yg cuba menegakkan kebenaran tp caranya tidak betul & caranya salah. & dlm konteks analisis manusia biasa, jika kita hendak memperjuangkan sesuatu yg benar tp cara kita salah, kte tetap akan dilihat sebgai watak antagonis...

ilmu, pendirian, keberanian

..."Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?"... Az-zumar:9

...Katakanlah: Apakah sama orang-orang yang buta dan orang-orang yang melihat? Atau samakah kegelapan dengan cahaya?" Ar-Ra'du: 16

"Katakanlah: Samakah keburukan dengan kebaikan?" Al-Maidah: 100

p/s ok, nie baru pusingan pertama, ade ag 2 pusingan haha..insyaAllah, kalu ade kesempatan ag dptlah kte kongsi ag, input2 dlm slot2 n 3..insyaAllah..

wallhua'lam

No comments:

Post a Comment