Thursday, March 4, 2010

melayu kita

.
alkisahnya
masa berjalan pulang dari kelas PJ pagi td dengan seorang rakan SEP chinese..senang2 borak dlm pjlanan g ke kereta hor, rakan chinese perempuan sye nie btanya..'kenapa ye, sekarang ramai malay kat karaoke?' sye: haa??? 'dulu x de sgt, skrang sye masuk, nampak ramai malay' hmmm....reaksi sye: tdiam, tfikir, tgamam..sye tidak kuat utk membalasnya, jadi sye hanya mampu mdengar & senyap...tiada hujah, tiada kata..
malu: melayu lebih suka berhibur, berpeleseran, muzik terlampau, masalah sosial..lupa akan adab sopannya seorng melayu, lupa akan pembawakan Islam di namanya...malu...Islamnya, melayunya..hanya di IC...T_T

layunya melayu


aku lihat layu dalam melayu
aku pasti bukan aku sorang saja yang nampak
ada juga bercadang bertanya tuan punya
tapi bercampur risau
dengan tak tergamak
nanti dikata tak bersyukur,
tak sedar diri jadi aku menyendiri
memerhati
dan akhirnya mengakui
yang kita sendiri membiarkan
bunga raya melayu ke kanan
dan dibiarkan bunga tak cantik mekar dikiri
.
aku lihat layu dalam melayu
tanahair kita yang punya
kita siram,
kita baja
tapi angin api kita lupa
mereka merancang masa menjilat bangsa
tiga belas harimau bertukar menjadi mangsa
kita lupa nenek moyang kaya-raya
jangan sesekali digadai harta bendanya
.
kulihat layu dalam melayu
kulihat layu dalam melayu
kulihat layu dalam melayu
.
takkan melayu hilang didunia,
ya. tapi apa guna tak hilang didunia
kalu kewujudan tidak dirasa
petah berbahasa,
kudrat tak berjasa
orang berbudi kita hanya tahu merasa
selalu lari bila dirapat
selalu malu bila soalan diaju
selalu segan memberi pendapat
rela mengikut dari meneraju
belum nyanyi sudah bersorak
suka berjanji dalam borak
bukan kata tak ada otak
cuma tak berfikir diluar kotak
.
kulihat layu dalam melayu
kulihat layu dalam melayu
kulihat layu dalam melayu
.
aku jadi sayu
bunga menangis
diam mendayu
mahu jadi cantik tapi ragu
aku merayu
bangunlah semula hidup kembali
jangan tunggu matahari mati
cepatlah mekar sebelum terlerai
perjuangan kita belum selesai...
.

No comments:

Post a Comment