Showing posts with label cetusan iman. Show all posts
Showing posts with label cetusan iman. Show all posts

Saturday, May 7, 2011

lari

 assalammualaikum.
hello there \O/

yeahhh.
haha...sye nak lari macam nie boleh.
tapi tak nak kat sini.
nak kat syurga.
nak guling3.lompat3.dengan girang gembiranya.huuu

sambil-sambil kita buat bulatan gembira
dengan gembiranya

tapi.
huhu

all-out dulu & jadikan ia sebagai tempat pengistirehatan yang abadi..baru terasa bestnye kan? barulah berbaloi, ye dop?
huhu 



memperingati kisah sebuah perjuangan yg berakhir dengan sangat manisnye..:

...etc

perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang yang bertaqwa (ialah seperti taman), mengalir di bawahnya sungai-sungai; senantiasa berbuah dan teduh...13:35

Tuesday, March 29, 2011

saat berjumpa

Insyaflah wahai manusia
Jika dirimu bernoda
Dunia hanya lamunan
Tuk makhluk ciptaan Tuhan

Dengan tiada terduga
Dunia ini kan binasa
Kita kembali ke asalnya
Menghadap Tuhan Yang Esa

Dialah pengasih dan penyayang
Kepada semua insan
Janganlah ragu atau bimbang
Pada keagungan Tuhan
Betapa Maha Besarnya
Kuasa segala alam semesta

Siapa selalu mengabdi
Berbakti pada Ilahi
Sentosa selama - lamanya
Di dunia dan akhir masa 
~keagungan Tuhan~


sungguh menanglah, sukseslah, beruntunglah
orang-orang yang mensucikan dirinya dengan zikir dan solat
kecuali orang-orang yang terpedaya dengan kehidupan dunia 
lalu ia lalai dari zikir kepadaNya
SubhanAllah
orang-orang beriman, hidupnya tidak untuk hidup
tapi hidupnya untuk Maha Hidup
hidupnya bukan untuk mati
tapi justeru mati itulah untuk hidup
hidupnya untuk Maha Hidup
dia tidak takut mati, dia tidak cari mati, dan dia tidak lupakan mati
tapi justeru dia rindukan mati
mengapa 
kerana mati bukanlah wafat, kerana mati bukanlah akhir dalam kehidupan ini
tapi awal kehidupan sebenarnya
kerana mati satu-satunya pintu untuk berjumpa denganNya
kebahagiaan bagi kekasih
saat-saat detik-detik berjumpa denganNya
saat berjumpa, itulah kebahagiaan bagi orang-oranglah beriman yang mencintai Allah.

semoga masih ada dalam diriku, jiwa yang sensitif dengan dosa. T_T

Friday, March 18, 2011

perpisahan

mati itu pasti, hidup itu insyaAllah


Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar

subhanAllah, kematian benar-benar satu peringatan terbaik buat insan. siapalah kita untuk melarikan diri dari saat itu.

“Katakanlah (wahai Muhammad): “ Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu dia memberitahu kamu apa yang kamu telah lakukan ( serta membalasnya)”. 62:8

teringin kata-kata ummi dalam ta'lim adik2 kolej semalam,
"siapa yang tidak setuju dengan kenyataan ini?
'mati itu pasti, hidup itu...insyaAllah' "

kita dah pasti pun mati itu pasti. tapi hidup ini belum tentu lagi. segalanya hanya atas izin Allah, tidak mustahil, sesaat selepas ini, kita tak mampu untuk bernafas pun...kan.

Sebaik-baik penasihat ialah kematian. Namun, mana mungkin orang yang pernah mati datang kepada kita untuk menasihatkan?
Saat perpisahan itu pasti tiba. Dan tidak ada masa yang sesuai untuk saat itu. Kita datang tidak diminta, kita pulang tidak diduga. Bila sanggup hidup, mesti sanggup mati. Bila sanggup datang, mesti sanggup pulang. Kita hanya menghabisi bilah-bilah hari yang telah ditentukan. Tujuan ke sini untuk diuji, tiba masanya pasti kembali!
~ustaz pahrol juoi~


“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu, sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia telah Berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi prang yang terpedaya.” 3:185

beberapa jam lalu sebelum saya menulis ini, saya membaca status update sepupu saya yang  kehilangan seorang sahabatnya kerana kematian.Al-fatihah...

ingat mati
just b strong
Siapalah kita untuk menafikan hakikat ini sebuah kematian.

Friday, February 11, 2011

sia-sia

assalamualaikum
alhamdulillah, luar biasa, Allahuakbar

katakanlah : "apakah perlu Kami beritahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya?"
"iaitu orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia, sedangkan mereka mengira telah membuat yang sebaik-baiknya. mereka itu adalah orang-orang yang mengingkari ayat-ayat Tuhan mereka dan tidak percaya terhadap pertemuan denganNya. maka sia-sia amal mereka dan Kami tidak memberi pertimbangan terhadap amal mereka di hari akhirat."
18:103-105

Abu Hurairah berkata Rasulullah saw bersabda:
'diantara tanda kebaikan keislaman seseorang adalah ia meninggalkan perkara yang tak berguna bagi dirinya'
(hadits hassan diriwayatkan oleh Tirmidzi dan yang lainnya)

perkara sia-sia.
creadit to angah 4 sharing :) jZkk
off to bangi

Saturday, January 15, 2011

satu cinta

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s'gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku, 
Keimananku.
 
Engkau satu cinta
Yang s'lamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang salam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan.......

Oh Tuhan .... s'lamatkanlah hamba ini

Dari segala fatamorgana dunia
 
Oh Tuhan .... jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia 
 
cahaya satu CINTA
setelah sekian lama, saya kembali terkesan mendengar kembali lagu ini, di ta'lim pertama bersama adik-adik kolej ..astaghfirullah al azim :'( ..tiadalah yang lain aku harapkan kekuatan melainkan DIA..=(

Tiadalah daya dan kekuatan ku melainkan kekuatan Allah semata-mata. Betapalah lemahnya diri sebagai hamba-Nya yang dhaif dengan dosa bagaikan pepasir dipantai. Tatkala diambil sedikit sahaja kenikmatan dari diri apabila diri lalai akan tanggungjawab sebagai seorang hamba-Nya...terasa benar bebanan yang ditanggung...terkadangnya terasakan tidak tertanggung dek jasad yang kerdil ini.

Ya Allah, sebagai hambaMu yang kerdil ini serasanya tidak layak aku menghuni syurgaMu, namun tidak juga aku mahu terjun ke nerakaMu. Bimbinglah diriku ya Allah ke jalanMu yang lurus, jalan yang Engkau redhai dan bukan jalan yang Engkau murkai. Cekalkanlah hati ku ya Allah, kuatkanlah semangat ku ya Allah, tetapkanlah iman ku ya Allah...sesunguhnya akulah insan yang penuh dosa dan ampunilah dosa-dosa ku ya Allah dan terimalah taubat ku ya Allah.

Terlalu berat rasanya bebanan yang dipikul ini dan sesungguhnya tiadalah Tuhan yang aku sembah melainkan Engkau ya Allah dan nabi Muhammad itu sesungguhnya pesuruh Engkau, dan kepadamulah yang aku sembah dan meminta pertolongan. Keluarkanlah aku dari belenggu yang memenjarakan ini dan berilah aku peluang memperbaiki lagi diriku yang terlalu tidak sempurna ini, agar aku dapat menjadi seorang hambaMu yang lebih baik dari semalam.

Dengarkanlah rayuan dan permohonan hambaMu yang dhaif lagi hina ini ya Allah Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Pengampun, dan perkenankanlah. Allahum maajirna minannar3. Rabbana aatina fiddunnya hasanah, wafil'ahirotihasannah, waqinaa'azaabannar....Amin 

Tuesday, January 11, 2011

ukhuwwah sebiru hari ini

 
Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang benderang
Sebiru hati kita, bersama di sini

Seindah hari ini, indahnya bak permaidani taman syurga

Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

Bukankah hati kita telah lama menyatu

Dalam tali kisah persahabatan ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah
Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini

Seindah hari ini, indahnya bak permaidani taman syurga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

lagu tema K.I.T.A ^^ 
(sukahati je kita kan ehe)

InsyaAllah, kita melalui jalan yang sama, 
meski kini di lorong-lorong yang berbeza,
tempat pengakhirannya tetap sama ^^
sayang kalian lillahi...-_-

Wednesday, December 29, 2010

ukhuwwah

hati ini telah bersatu di perut bumimu
hati ini telah berpadu, 
bersatu memikul beban dakwahMu.
hati ini telah mengikat setia untuk mendaulat dan mendukung syariatMu di alam maya. 
maka Ya Allah eratkanlah ikatan yang ada
kukuhkan ukhuwwah yang ada
tunjukkanlah jalan yang benar
tunjukkan dengan cahayaMu
tiada malam terangi alamMu
hidup suburkanlah dengan makrifatmu. 
tapi jika Engkau mengtakdirkanmati, matikanlah sebagai syuhadah. 
dalam perjuangan menegakkan agama yang mulia
subhanAllah

49:10
inilah ukhuwwahnya,
didasari iman,
tidak mampu dirasai oleh mereka yang berkumpul di atas tujuan dunia semata

Saturday, December 18, 2010

pemuda

"Jika kamu ingin melihat kekuatan sesebuah negara, lihatlah kepada remajanya sekarang." -Saidina Umar al-Khattab-

“Pemuda, dari dahulu hingga sekarang, tetap merupakan tiang pasak bagi kebangkitan sesuatu umat. Mereka merupakan rahsia kekuatan mana-mana kebangkitan, malahan angkatan pemudalah yang menjadi barisan penjulang panji-panji bagi perjuangan Islam.”
~As-Syahid Imam Hassan Al Banna~

Monday, December 13, 2010

diri kita: dua unsur

Alhamdulillah…sepanjang hari ini, menghabiskan bacaan pada sebuah buku, nukilan amru khaled, ‘solat malam mengamit kedamaian’ 
(mencari hamasah memenuhi mutabaah amal :) )

Sedang kita adalah manusia, 
maka kita lah orangnya yang sering lupa, 
lupa pada diri yang mempunyai dua

Dua unsur...

“dan ingatlah ketika tuhanmu mengeluarkan (benih) keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman) : ‘bukankah Aku Tuhanmu?’. Mereka(roh ) menjawab : ‘betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi SAKSI’ (kami lakukan yang demikian itu) agar pada hari kiamat nanti kamu tidak lagi mengatakan (member alas an): ‘sesungguhnya kami(bani Adam) adalah orang yang lengah (tidak diberitahukan) tentang hal ini(keesaan Allah) “ (7:172)
kita punya DUA unsur

Apakah anda lupa bahawa kita memiliki dua unsur: satu adalah diri zahir, yang terdiri daripada tubuh badan yang kasar yang dapat dilihat dengan mata dan yang dapat dirasa oleh anggota, iaitu jasad kita. Dan satu lagi ialah unsur diri yang tidak dapat dilihat oleh mata dan tidak dapat dirasai oleh anggota, iaitu diri roh kita.. Tanpanya, jasad kita tidak bererti , bahkan menjadi mati dan busuk


lalu, perhatikanlah
bagaimana perhatian kita terhadap unsur kita yang kedua,
jika ia sakit adakah mampu kita lihat akan luka dan darahnya,
apakah mampu kita rawati ia dengan kapas dan kain

jasad dan roh, bentuk dan peranannya adalah berbeza
bila keduanya memerlukan sesuatu
maka sesuatu yang digunakan untuk memenuhinya juga adalah berbeza
rasa lapar dan dahaga antara jasad dan roh
berbeza makanan dan santapannya
rasa sakit dan luka
berbeza ubat-ubatannya dan cara merawatnya

ketahuilah, kemuliaan seorang mukmin itu kerana solat malamnya
dan kehebatannya kerana tidak bergantung kepada sesama manusia

“Saya mahu jadi luar biasa, kerana jika saya biasa-biasa, lalu apa beza KITA dengan mereka”

Tuesday, November 16, 2010

korbankan!

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah: Wahai yang bersemangat lemah, sesungguhnya jalan ini--
jalan Allah--padanya Nuh menjadi tua, Yahya dibunuh, Zakaria digergaji, Ibrahim 
dilemparkan ke api yang membara dan Muhammad saw diseksa! dan anda menginginkan Islam yang mudah yang mendatangi kedua kakimu!!!


yuk, korbankan jahiliyyah kita satu demi satu, i.A


~salam eiduladha 1431H~

Monday, October 25, 2010

karat-karat jahiliyyah

Abu Dzar dan Bilal bertengkar pada suatu hari.
Tiba-tiba terpacul daripada mulutnya Abu Dzar sebuah perkataan,

Budak Hitam!
Bilal tersinggung lalu bertemu Rasulullah SAW mengadukan hal tersebut.
Rasulullah SAW lantas berkata,

Sungguh, di dalam dirimu masih terdapat karat-karat jahiliyah!
Didorong rasa bersalah yang amat, Abu Dzar menempelkan mukanya di tanah, mempersilakan Bilal menginjaki mukanya.

Namun Bilal memaafkannya.
http://umairzulkefli.blogspot.com

deviantart~ilman92
after dark, i hope that LIGHT will emerge

semoga, akan hadir dalam hatiku jiwa yang sensitif dengan dosa T_T
masih punya karat-karat jahiliyyah

Saturday, October 23, 2010

cintaku

dikatakan cinta akan meminta semuanya dari dirimu
maka ku katakan dakwah adalah cinta

Friday, October 22, 2010

hakikat

hakikatnya saya
kurang interaksi denganNya

~air mata kering~

Tuesday, October 19, 2010

sabar

Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga  dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung.
3:200



sabar kunci redha

Monday, October 18, 2010

neuron

due to cognitive science and science education, brain-based learning

saat ini saya pelajari
dalam otak ada Allah
penyusunanNya adalah yang terbaik
penyusunanNya adalah yang paling teratur
penyusunanNya tidak kan terjangkau dek fikiran hambaNya

& saat ini saya tanamkan
saya yakin dengan setiap penyusunanNya

nothing random!
perfectly arranged!
SubhanaALLAH

brain-based learning theory-How the brain works has a significant impact on what kinds of learning activities are most effective =)
sapa leyh jawabkan tuk saya ehe

Sunday, October 17, 2010

teguran

“Hendaklah engkau sengaja mendatangiku untuk memberi nasihat ketika aku sendirian. Hindarilah memberi nasihat kepadaku ditengah khalayak ramai. Karena sesungguhnya memberi nasihat dihadapan banyak orang sama saja dengan memburuk-burukkan, saya tidak suka mendengarnya jika engkau menyalahi saya dan tidak mengikuti ucapanku maka janganlah engkau takut apabila nasihatmu tidak ditaati.”


Imam Syafie


hari ini saya masih mahu belajar step terbaik memberi teguran

Friday, September 10, 2010

madrasah Ramadhan, kemeriahan Syawal

TAKUT & HARAP DI AIDIL FITRI


kekadang mahmudah tidak kecapaian
hanya dengan tekunnya amalan
tapi harus ditempa oleh tusukan ujian
dari kesakitan, kegagalan dan...
persengketaan


seringkali dosa dan mazmumah
ditandai oleh perpecahan ummah
sejauh mana kasih sesama manusia
dibatasi oleh cinta pada yang Esa
teguh iman, kukuhlah perpaduan


kekadang Allah menyempitkan
supaya kita tak hanyut dalam kesenangan
kekadang Dia melapangkan
supaya kita tak selalu dipagut kesempitan
kekadang Dia melepaskan kita dari kedua-duanya
supaya tidak bergantung kepada sesuatu 
selain-Nya!


Ya Allah,
semoga di kemeriahan Syawal nanti
hati kami tetap di madrasah Ramadhan
dalam alpa dan berdosa...kami takut
dalam ingat dan taat...kami harap
takut kemurkaanMu
harap keampunanMu

Allah hu Akbar… Allah hu Akbar… Walillahhilhamd!






Monday, September 6, 2010

6:21-24

"dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan suatu kebohongan terhadap Allah, atau yang mendustakan ayat-ayatNya? Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak beruntung

Dan (ingatlah), pada hari ketika Kami mengumpulkan mereka semua kemudian Kami berfirman kepada orang-orang yang menyekutukan Allah, 
"Di manakah sembahan-sembahanmu yang kamu sangka(sekutu-sekutu Kami)?

Kemudian tidaklah ada jawaban bohong mereka, kecuali mengatakan, 
"Demi Allah, ya Tuhan kami, tidaklah kami mempersekutukan Allah."

Lihatlah, 
bagaimana mereka berbohong terhadap diri mereka sendiri. Dan sesembahan yang mereka ada-adakan dahulu akan hilang dari mereka"

nauzubillah min zalikk


6:21-24

interaksi dengan Al-Quran, SubhanaAllah

Wednesday, August 11, 2010

ramadhan 1431H



Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

~hope for a better Ramadhan 1431H & d 11months afterward...~ insyaAllah

Tuesday, August 10, 2010

quoted from our precious Al-Quran


KENAPA AKU DIUJI?
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. Al-Baqarah ayat 216


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
 
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.Al-Baqarah ayat 286


RASA FRUSTASI?

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. Al-Imran ayat 139


BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
 
Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung Al-Imran ayat 200


Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’,Al-Baqarah ayat 45


APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. At-Taubah ayat 111



KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal At-Taubah ayat 129


AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!

dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. Yusuf ayat 87

Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik, atau balaslah (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatuAn-Nisaa’ ayat 86