Tuesday, March 29, 2011

saat berjumpa

Insyaflah wahai manusia
Jika dirimu bernoda
Dunia hanya lamunan
Tuk makhluk ciptaan Tuhan

Dengan tiada terduga
Dunia ini kan binasa
Kita kembali ke asalnya
Menghadap Tuhan Yang Esa

Dialah pengasih dan penyayang
Kepada semua insan
Janganlah ragu atau bimbang
Pada keagungan Tuhan
Betapa Maha Besarnya
Kuasa segala alam semesta

Siapa selalu mengabdi
Berbakti pada Ilahi
Sentosa selama - lamanya
Di dunia dan akhir masa 
~keagungan Tuhan~


sungguh menanglah, sukseslah, beruntunglah
orang-orang yang mensucikan dirinya dengan zikir dan solat
kecuali orang-orang yang terpedaya dengan kehidupan dunia 
lalu ia lalai dari zikir kepadaNya
SubhanAllah
orang-orang beriman, hidupnya tidak untuk hidup
tapi hidupnya untuk Maha Hidup
hidupnya bukan untuk mati
tapi justeru mati itulah untuk hidup
hidupnya untuk Maha Hidup
dia tidak takut mati, dia tidak cari mati, dan dia tidak lupakan mati
tapi justeru dia rindukan mati
mengapa 
kerana mati bukanlah wafat, kerana mati bukanlah akhir dalam kehidupan ini
tapi awal kehidupan sebenarnya
kerana mati satu-satunya pintu untuk berjumpa denganNya
kebahagiaan bagi kekasih
saat-saat detik-detik berjumpa denganNya
saat berjumpa, itulah kebahagiaan bagi orang-oranglah beriman yang mencintai Allah.

semoga masih ada dalam diriku, jiwa yang sensitif dengan dosa. T_T

No comments:

Post a Comment