solat maghrib.
sujud.
tasyahud akhir.
selawat.
beri salam.
terkenang.
bergenang.
air mata.
jalan ke meja study.
ambil telefon.
taip
'assalamualaikum mak. tadi g tengok housemate konvo. tak sabar nak tunggu mak abah datang konvokesyen ika pulak t. insyaAllah semoga Allah izinkan hehe walaupun tak mampu jadi yang terbaik t, harap mak tak putus doa kan ika untuk mampu usaha yang sebaiknya =)'
cari nama.
tekan hantar.
capai mathurat.
baca.
hmmm... ntah. apa perasannya. tetibe... saat bersama keluarga acik tadi. saya nampak satu pengharapan yang besar dalam mata setiap ibu bapa untuk melihat anak nya berjaya... dan saya takut itu bukan sesuatu yang dapat saya beri pada mereka...
kesat air mata.
sambung baca.
mathurat.
dengan tak-tahu-perasaan-apa-yang-nak-diterjemahkan.
kekuatan dicari dari Dia.
hmmm... saya melihat perjalanan ini masih panjang. masih banyak liku. dan sangat berharap saat Allah mentarbiyyah dengan apa cara yang Dia sukai, saya sedia redha dengan caraNya. dan moga Dia redha dengan saya...
jarang sekali mesej beromantik begitu dengan mak hihi. terima kasih Allah kerana masih memberi peluang saya berbakti kepada mereka, terutama bersama mereka selepas saya mengenal jalan ini, dapat saya santuni mereka dengan akhlak islami yang diterapkan dalam tarbiyyah... moga pahala-pahala yang saya dapat dari jalan ini dipanjangkan pahalanya kepada mereka juga, sebagai orang yang most of hayat saya bersama mereka. dan kejayaan akhirat itu lah yang sebenarnya kita cari dan kita mahukan untuk mereka juga kan. =')
kasih sayang itu berjuang dengan doa-doa. tasbih. dan zikir.
kata-kata semangat seorang mak itu, walaupun sepatah, cukup mungkin untuk mengalirkan air mata dan meluruhkan seluruh perasaan. itu lah perasaan istimewa yang Allah kurniakan dari mereka untuk kita. =')
p/s: telah semakin cuai meletakkan barang, sampai semua benda yang dikatakan tak jumpa, hilang...mak jumpa di rumah. dalam bilik saya sendiri...perghhh...sakit2
miqdad.
it is you, who stand in need of Allah 35:15
Good luck.. setiap ibu bapa untuk melihat anak nya berjaya. Walau tidak berjaya dalam pelajaran pun, biarlah berjaya di akhirat nanti. Berjaya dalam pelajaran is only 1% dari total erti kebahagiaan ibu bapa...
ReplyDeleteAnak yang baik, berjasa pada ibu bapa adalah 100% kebahagiaan ibu bapa... OK? all the best to you.. When you look into your mother’s eyes, you know that is the purest love you can find on this earth. Dah jadi emak nanti baru faham ape dia rasa...
Correction : Impian setiap ibu bapa untuk melihat anak nya berjaya
ReplyDelete