sosok itu, yang ku panggil umi.
bagaimanakah kiranya hati yang mendapat sentuhan tarbiyah dari mu selama 3 tahun ini mampu ku kuatkan, umi.
namun, saat terakhir itu, saat ku melihat wajah mu di pembaringan itu. wajah mu tenang, tersenyum. subhanaAllah. aku lalu tersenyum tanpa ku sedar. pengakhiran hidupmu indah umi. pengakhiranmu indah. :')
umi, jazakillahukhair. kerana tadhiyyah (pengorbanan) umi telah sungguh membekas dalam hati mutarabbi mu ini. tadhiyyah seorang murobbi. tadhiyyah mu telah membuatku tidak sanggup untuk mengkhianati segala jerih payah yang telah engkau tempuhi dalam membesarkan kami. umi telah banyak bersabar dengan karenah kami, saya tahu... juga kesabaranmu atas segala penat lelah yang tak pernah kau persoalkan, begitulah obsesi dan sungguh benar telah engkau fahami sukarnya jalan ini :') dan kini umi, kesabaranmu telah pun di sambut dengan ucapan salam dari malaikat di pintu surga...
'salaamun alaikum bima sobartum'. subhanaAllah...
ramainya yang telah bersaksi atas pelaksaan syahadahmu umi :) hatiku sedang kuat menahan kesedihan ini, namun aku ingin tersenyum mendengar cerita-cerita kebaikan mu. akhowat, sentiasa sebut-sebutkanlah kebaikan arwah, ada malaikat-malaikat yang akan menjadi saksi kepada ucapan kita itu untuk arwah di akhirat kelak.
sungguh, umi bukanlah seorang yang mudah untuk dilupakan. siapa pernah menyangka, sentuhan kasih sayangmu telah menyentuh banyak hati. :') dan hati-hati itu lah kelak akan menjadi saksi mu nanti umi, subhanaAllah, begitu mudahnya perjalanan hidup mu di akhirat nanti umi dengan ramainya yang akan menjadi saksimu.
dan aku bersyukur kerana umi telah dihadirkan oleh Allah menjadi sebahagian hidup ini. menjadi sebahagian memori di ingatan ini yang takkan mudah untuk dilupakan. banyak yang telah aku belajar dari mu umi.
ini ketika rehlah adik-adik INTEC tahun 2012. yang sedang berlari itu ummi...subhanaAllah, bagai beliau sedang bermain-main di taman syurga kan :') |
aku tidak mahu menangis lagi, tetapi aku masih belum mampu kuat. doakan aku.
sosok itu, yang akan terus dikenangi, di hati, takkan pernah hilang. jasad kita telah dipisahkan, tetapi tidak roh kita. akan terus mengalir bekas-bekas tarbiyyah itu. akan terus mengalir cintamu ini.
semoga kesedihan ini, menjadi kekuatanku.
al-fatihah.
ayat favourite umi:
'dan orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk islam) di antara orang-orang muhajirin dan ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah. Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. mereka kekal di dalmnya selama-lamanya. itulah kemenangan yang agung.' 9:100
04022014
0932
aku rindu.
Assalamua'laikum kak shafikaa, i'm waiting fr this post. At last, alhamdulillah. I cried a lot. Entahlah, mungkin sebab dpd dulu sampai la sekarang, kalau fikir dakwah, cmner nak act dgn mad'u, n etc, out of nowhere selalu je teringat kak mum. Tapi rasa jauh nak tanya2. Ruginya rasa cmtu. Dan sekarang, dia dah pergi. Allahurobbi (T_T)
ReplyDeleteKite nak text akak, tapi hmmmph xtaw nak cakap apa. Kalau terus2n share pasal arwah pun kita suka membacanya. Memang rasa kak mum tgh tersenyum je kat syurga sana tunggu orang2 yg di belakangnya yg masih bermujahadah. semoga terus kuat kak, jadi aset kak mum depan Allah. Kita sendiri, dengan rendah hati, nak bagitaw kat Allah dia dah tunaikan2 hak2 syahadahnya.
.
..
...
Kita paling teringat, atieya pnh bgtaw kita kak mum pernah cakap, "Kenapa teragak-agak nak masuk syurga?" Ya Allah, walaupun kita xde waktu dia cakap tu tapi sgt dapat bayangkan dia cakap dengan penuh cinta dan senyum. N soalan ni kita selalu ulang2.
Semoga terus kuat momo, iloveyouufillah :)