Saturday, February 25, 2012

bulatan itu kenangan surga kita.



malam itu, menghimpunkan pelbagai rasa.  rasa cinta, rasa sayang. rasa sayang yang tersangat la sukar untuk aku ungkapkan di hadapan mereka. yang kalau di ungkapkan pun, aku berasa kan bagai nak mencurah-curah air mata kerana betapa bersyukurnya dengan nikmat-nikmat yang Allah beri ni. ya Allah...

Ya Allah. redhailah semua kami di dunia dan akhirat. Jagalah mereka untukku kerana aku tak mampu bersama mereka pada setiap zaman, setiap waktu walaupun sebenarnya aku sayang.


satu bulatan yang cuba dibina, walaupun pada permulaannya aku berasa malu, kerana aku tidak menghadapi kepayahan-kepayahan untuk memastikan adik-adik ni komited sebagaimana akhwat lain perlu melakukan. namun akhirnya aku percaya, percaya Allah akan menguji aku pada sudut-sudut yang berbeza dengan kehadiran mereka.

melihat mereka bagai melihat diri sendiri setahun yang lalu, 2 tahun yang lalu. semuanya kita bermula dari zero. dan aku percaya pada tarbiyyah Allah. akan mengubah kita dari zero..to hero. insyaAllah.


dan kalau lah kita tengok orang luar, kita kata kita ni istimewa sebab kita ada usrah. kita kata kita ni istimewa sebab kita join dakwah dan tarbiyyah. kita kata kita ni istimewa sebab kita faham i kecil dan I besar tu... tapi sejauh mana kita istimewa tu?

setelah lama kita di atas jalan ini, aku cuba sentiasa muhasabah kembali, benar kah kita telah mengimani dengan sebenar-benarnya inilah jalan yang lurus tu, jalan yang sering kita minta-minta di dalam doa alfatihah kita...

tunjuki kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya, bukan jalan mereka yang dimurkai, dan bukan pula jalan mereka yang sesat 1:6-7

short distance yang boleh membawa kita dekat kepada Allah.

kata ummi, kita tak istimewa lagi selagi kita tak beramal sebagaimana yang kita rasa kita istimewa tu... kita tak istimewa lagi selagi mana kita tak beramal. 

dan aku kira meski bulatan-bulatan yang kita bina nampak kecil di mata orang luar, tapi aku ingin percaya ini lah bulatan-bulatan asas untuk membina UA itu.
kalau benarlah kita telah mengimani bahawa jalan dakwah dan tarbiyyah ni tak memerlukan kita, jadi sejauh mana kita beramal untuk ' ya Allah, yang ini untuk Kau'.


miqdad.
daerah ini daerah damai sekalipun sukar untuk sampai



:sometimes ourvision clears only after our eyes washed away with tears:

No comments:

Post a Comment