suatu pengisian
suatu luangan masa
bisa meraih kembali masa yang terlewatkan
kerna pasti hadir
tika dan saat nya
hati merindukan sesuatu
kerana fitrah insani
merindukan illahi
alhamdulillah, diri ini berkesempatan mengikuti satu program untuk muslimat di masjid kampung ana ini..program yang dimulakan dengan tasbih pujia-pujian padaNya disambung dengan panduan serta bersama-sama mendirikan solat sunat dhuha, solat sunat tasbih, & solat sunat taubat, diakhiri dengan sedikit tazkirah tentang amalan-amalan di bulan rejab,syaaban & ramadhan yang dikendali oleh ustaz haji dzulkarnain hamzah...
dengan bertajukkan munajat cinta, pengisian yang ringkas namun berkesan..banyak ilmu baru dperoleh, terutama tentang hadis, hadis maudu'(palsu), hadis dhaif(boleh diamalkan namun tidak boleh menjadi hujah) juga tentang solat, amalan berpuasa..sungguh ternyata masih banyak lagi ilmu yang saya tidak tahu uhuk3...
namun malangnya saya yang suka merakam ni dah tertinggalkan hphone d rumah sebarang catatan pulak x bawa..huhu sadis...rugi ase x dpt rakam..tp alhamdulillah masih ada ingat2 ag nie hik3 segera tulis
walau sedikit
ternyata, sedikit pengisian mampu mengubat jiwa..
tasbih yang dialunkan sepanjang program sungguh mengusik jiwa, syahdu, rindu...
~rindu~T_T
No comments:
Post a Comment