Friday, October 30, 2009

layakkah aku menjadi bidadari syurga

Bertanya si adik kecil pada sang bidadari berwajah manusia...

"Wahai kakakku, kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu, asyik berteman tangis dan sendu sahaja."

Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia;

"wahai adikku. Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya. Tapi disitulah wahai adikku, kekuatan utuh x ternilai andai pandai digunakan sebaiknya. Tangis sendunya wanita itu wahai adikku, bisa meleburkan ego seorang lelaki... menjadi 'izzah' yg plg gah bahkan lebih gah dr egonya seorang lelaki. Kerana sendu rayunya wanita itu, Musa a.s terselamat dr kekejaman Firaun. Duhai adikku, lembut wanita itu bukan lemah, tp senjata."


Si adik tidak berpuas ati. Lalu dipertikaikan lagi...

"Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia."

Tersenyum sang bidadari berwajah manusia.

"Pernahkah adikku dengar akan pesanan Ilahi pd hambanya? Wahai para lelaki yg beriman, tundukkanlah pandanganmu. Lalu Allah berfirman lagi antaranya bermaksud, wahai para wanita yg beriman, tundukkanlah pandanganmu, dan tutuplah auratmu. Lantas cuba adik nilai, pd siapa terlebih dahulu ALLAH dahulukan pesanannya? Pada hamba yg bergelar ar-Rijal. Kerana, andai sang lelaki menjaga pandangannya, maka tidak mungkin terlihat akan wanita yg menjadi fitnah pd dirinya. Dan tidak ALLAH lupakan pesanan buat wanita, agar memelihara auratnya kerana disitu lah kehormatannya. Sesungguhnya para wanita-wanita syurga bergelar Hurun 'Ain itu, mereka tidak memperlihatkan diri mereka kecuali pd para suami mereka sahaja. Dan mereka dikatakan wanita2 yg suci.Namun... wanita yg beriman itu, kata Rasulullah, lebih tinggi martabatnya! Bukan fitnah semata-mata jikalau ar-Rijaal dan an-Nisa' sama2 mematuhi pesanan Ilahi itu!
Sesungguhnya wanita yg beriman yg solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yg soleh."

Adik masih x puas ati.

"Tapi kakakku, kenapa wanita itu menjadi peragaan? Tidakkah mereka merasa malu??"

Sang bidadari berwajah menguntum senyum penuh makna. Adus, semakin terasa mendalam kasih sayang pd penghuni jannah ini!

"Wahai adikku sayang. Al-Haya' itu dalam diri setiap insan. Wujudnya seiring dengan nafas insani. Dan al-Haya' itulah pakaian iman. Pada diri wanita itu, indah al-Haya' sebagai pembenteng diri. Namun, bila mana al-haya nya lebur, imannya runtuh. Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan? Kerana mereka sebenarnya paranoid. Merasakan diri tidak cukup menarik... merasakan belum cukup lagi dunia melihat diri mereka. Mereka sebenarnya golongan yg kalah dr segi psikologi. Namun adikku... wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dr perbuatan murahan itu."

Adik garu2 kepala.

"Jadi kakak, masih adakah wanita yg solehah didunia ini? Bagaimana hendak adik kenali mereka???"

Sang bidadari tersenyum lagi. Hati terdetik moga ALLAH merahmati mujahid kecil ini. Berjihad dalam dunianya sendiri.

"Wahai adikku. Di zaman Rasulullah, diperintahkan wanita2 yg beriman itu untuk menutupi aurat mereka, dengan itu mereka mudah dikenali sebagai wanita yg bermaruah. Maka demikianla adikku menilai mereka. Tp perlu juga dilihat pd hatinya... pd akhlaknya...

Di zaman ini, tidak susah membezakan wanita yg solehah dan yg toleh. Namun adikku... jgn dikau cemuh wanita yg toleh itu... kerana dlm hati2 mereka, tetap ada satu permata indah... perasaan cinta pd ALLAH... Kerana fitrah cinta pd Rabb itu sentiasa ada dlm jiwa insan. Adikku, mereka ini, tetap punyai keinginan utk kembali pd jalan yg mereka th hak ALLAH. Cuma kadang2 term solehah itu terasa berat di bahu mereka... Kadang mereka takut pd persepsi wara dan alim. Sedangkan itu cumalah persepsi. Hakikatnya,
wara' itu bermaksud menjaga.

Maka sesiapa sahaja yg menjaga adalah wara'. Alim itu maksudnya mengetahui. Barangsiapa yg berilmu maka dia adalah alim dlm bidangnya. Persepsi yg salah pd dua perkataan ini menjadikan mereka takut untuk berubah kepada stage yg lebih baik. Kerena begitulah persepsi masyarakat. Sedangkan mereka alpa... ALLAH tidak menjadikan makhluk (ciptaan) ini tanpa tujuan dan garis panduan. ALLAH tidak zalim kepada ciptaanNYA. bila mana dia menciptakan hawa itu dari rusuk adam... Dia telah mengetahui apakah sebaik2nya buat makhluk bergelar Hawa ini... Ditinggikan martabat golongan HAWA ini...
Tapi sayang... golognan HAWA ini kadang2 merendahkan martabat mereka yg ALLAH jdkan penuh kemuliaan...

Wahai adikku... 1001 keindahan penciptaan wanita.

Pandai2lah dikau menilai... antara permata dan debu2 kilauan pasir.

Wahai adikku... Wanita ibarat epal. Epal yg x berkualiti...amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah... Tapi epal yg tak mampu dibeli, ia berada di puncak. Susah dipetik, susah di gapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik. Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatnya. Sebenarnya..epal itu terlalu tinggi... elok sifatnya... sehinggakan tiada siapa yg berani memetiknya. Hanya pemuda yg benar2 hebat sahaja bisa
memperolehinya... Mungkin bukan di dunia... tp mungkin di akhirat? Biarlah jodohnya bukan di dunia... asalkan cinta ILAHImengiringinya...tak
semestinya dipetik di taman dunia rite? Tp lebih bermakna bile ALLAH sendiri yg mengarahkan hamba yg disayanginya utk memetik di taman akhirat kelak."

Adik terpaku sendiri. Mungkin membayangkan sepohon epal yg besar dengan buah2 epalnya yg kemerahan??

Sang bidadari lalu bangkit. Bicaranya sudah berakhir buat masa kini. Pasti kan dia sambung perbualannya dengan penghuni syurga ini. Wahai adikku... sungguh tulus bersih jiwamu. Benarlah kata ALLAH swt, kamu kanak2 adalah penghuni2 syurga!

Alangkah bertuah dirimu adik... Dan aku? Hanya bidadari berwajah manusia... berhakkah menjadi bidadari syurga?

Wallahu'alam

Monday, October 26, 2009

Pencari jalanMU


Assalamualaikum…



1st skali marilah kite memanjatkan kesyukuran pdNya kerna maseh diberi nikmat hidayah dan hati yang tenang menghadapi setiap dugaan & kesukaranNya disaat saat hampirnya kita pada hari peperiksaan ...

khamis yg lalu saya g bjumpa akak senior SEP,kak syidah utk ckp skit pasal PSEPUM(pstuan sc pendidikn kami)...lalu diceritakannya pd saya seorg senior kami yg menghadapi tekanan mental & kini berada bawah pengawasan PPUM...sbb2 yg dinytakan kerna dia menghadapi tekanan dalam stadi & dalam mendapatkan result yg baik sbb dia kini berada under observation pihak U..istighfar panjang, btul2 terkejut, sebelum nie slalu dengar cerita2 org yang sampai mentally nya down sbb stadi tp saya x berape nak percaya, tp skrang mende nie btol2 terjadi pd senior saya sendiri...& saya mula menafsirkan bukan semua org dpt menghadapi masalahnya dgn tenang & saya amat bersyukur kerna sehingga saat ini Tuhan masih sudi mbantu saya dlam menghadapi setiap tekanan...dan baru2 nie dugaan yg Allah berikan sgt hebat, namun saya bersyukur Tuhan itu x biarkan sya sendirian, ditabahkan hati sya & dkurniakan sahabt2 yg byk membantu ..terime kaseh pd korang2 yg byk tolong aku & sori kadang2 aku pun terlupa Tuhan n terbengang sorang2..huhu

pada pendapat saya sendiri, kesukaran & kesenangan itu adalah berpasangan, sebagaimana dicipta Tuhan manusia itu berpasangan, lelaki & wanita...dan sebagaimana malam itu diganti dengan siang..begitu juga selepas setiap kesukaran pasti ada kesenangan, & kesenangan itu tidak selamanya, pasti akan ada kesukaran yang mencemburui...

sebagaimana falsafah hidup saya,,,reality itu sentiasa berubah, thus kalu kita juz saying nothing n doing nothing, at d end, we juz being nothing...nothing unchange...or mybe its will getting worse..plez do sumthing, jgn biarkan tekanan itu membebani diri korang..kalu korang rase menangis tu boleh leraikan segala, nangis la korang, kalu rase2 nak menjerit sampai keluar anak tekak tu dpt bantu leraikan kekusutan korang..jeritlah sekuat mane pun korang nak..

tp seeloknya kembalilah pada yg Maha Mendengar masalah korang tu n bersabarlah..bukan kah Allah SWT telah memberikan panduan terbaik kepada kita dalam menangani tekanan sebagaimana firman-Nya: "Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."(al-Baqarah ayat 155-156)
sungguh sabar itu mengandungi nilai yang tinggi dan utama disisi Agama...

antara laen, seperti yang sgt dianjurkan Islam, berdoa...pergantungan kite d dunia nie hanyalah Illahi,& doa adalah direct communication kite ngan Allah...mengadulah, x de sapa leyh halang korang n Allah tu amat suka kalu hamba2Nya mengadu masalah padaNya,sebagaimana kita manusia yg akan rase dihargai kalu ada org mengadu masalah pd kita kan...&

mengapa tidak kita memandang setiap kesukaran mahukan kesenangan yg Allah berikan sebagai cara Allah mentarbiyahkan kita. teringat kata2 kak saie ketika kami berusrah 2minggu yg lalu, "Allah mentarbiyahkan hambaNya dalam pelbagai cara, ada yg dikurniakan kesenangan demi kesenangan & ada yg melalui kesusahan hidup yg berterusan, ada yg melalui anak2 nya yg degil atau mungkin jahat" namun persoalannya adakah terbuka hati kita utk mengambil setiap perhatian Allah pada kita itu sebagai tarbiyahNya n hidayahNya utk membawa kita kejalanNya
...bersyukurlah kalu hati korang terbuka di masa ni utk merasakan hidayah Allah itu,namun bagaimana pule pd mereka2 yg hatinya tertutup ....Wallahu'alam.....moga sentiasa terbuka hati kita utk merasai manisnya perjuangan di jalanNYA


stadi pun jihad juge (^_^)V




Monday, October 19, 2009

Bila mungkin ada luka coba tersenyumlah...

TAKDIR -OPICK FEAT MELLY

Dihempas gelombang dilemparkan angin
Terkisah bersedih bahagia
Di indah dunia yang berakhir sunyi
Langkah kaki di dalam rencanaNya

semua berjalan dalam kehendakNya
nafas hidup cinta dan segalaNya

Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu ya robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya padaMu ya robbi
Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu ya robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya padaMu ya robbi

Bila mungkin ada luka coba tersenyumlah
Bila mungkin tawa coba bersabarlah
Karena air mata tak abadi
Akan hilang dan berganti (hilang kan berganti)

Bila mungkin hidup hampa dirasa
Mungkinkan hati merindukan Dia
karena hanya denganNya hati tenang
Damai jiwa dan raga

Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu ya robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya padaMu ya robbi
Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu ya robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya padaMu ya robbi

Hanya padaMu ya robbi