Sesungguhnya perjalanan seorang daei itu sangat panjang dan melelahkan. Ketika itu orang lalai akan hairan melihat daei menyengsarakan diri dalam kelelahan dan bertanya. "Sampai bila kau akan melelahkan diri?". Dijawab daei dengan pasti,"Sebenarnya aku mengharapkan pengistirehatan (syurga)"

Monday, May 31, 2010

bukankah telah jelas? kitalah bangsa yang selesa

menyeloroti serangan demi serangan yang dilakukan israel laknatullah ke atas kapal konvoi bantuan kemanusiaan, itu bantuan bukan penyeludupan senjata seperti yang didakwa israel, kebaikan juga dibalas dengan serangan, sungguh kebodohan & keterdesakan mereka terserlah,

terlihat video-video serangan israel di atas kapal konvoi, takut, melihat video sahaja sudah mampu menggetarkan uhuhu pasti merekalah mujahidin-mujahidin insan yang terpilih, punya iman yang tinggi, tidak terlihatkah, tarbiyah mereka adalah langsung, benar-benar didepan mata, pergi mungkin tidak akan kembali, namun kita belum jelas lagi jihad kita..namun begitu, meski tidak ada kita disana, ambillah sedikit masa yang ada untuk peduli kisah mereka, saudara seagama kita..moga doa kita sampai kepada mereka

wahai israel, walau apapun alasan yang akan kamu berikan, ia tidak akan dapat memperbodohkan kami,

wahai yahudi laknatullah, sungguhpun mujahidin kami tidak bertemankan tentera, tidak bersama pengawal bersenjata, keikhlasan & iman mereka tidak mampu kamu lawankan..& kita sudah jelas masih selesa...ketuklah kesedaran wahai diri..T_T

wallahu'alam


KITA BANGSA YANG SELESA

Kita bangsa yang selesa
berselindung di sebalik agama
membiarkan tersiksa saudara
sesekali tersentak
–kita menukar jenama
sedangkan dalam ruang selesa
kita berganjak tiada
–bimbang tertumpah air muka.

Usai musim memulau jenama
kita kembali berahi kepadanya
antara fardhu ain dengan kifayah
kita pilih bermain aksara
telefon bimbit kejap dalam genggaman
kerana yang menyanyi itu juga seagama.

Mengapa masih malu memulau hedonisme
Masih lagi menjadi hamba hawa nafsu
Terus alpa membenarkan eksperimen 5-S janaan mereka
Berjaya mengabui inti perjuangan sebenar

Sex!

Smoke!

School!

Sport!

Screen & Song!

Siapakah mangsa sebenar keadaan ini
Mereka yang berada di bumi Palestina
Ataukah kita yang lebih hina
Anak siapa mengandung sebelum akad
Anak siapa bibirnya berpuntung asap
Anak siapa ke sekolah tapi fikiran melayah
Anak siapa qiamulail bersama Manchester, Liverpool dan Chelsea
Anak siapa berbondong-bondong berpesta
Lebih kenal artis daripada ulama
Lebih hafal lirik daripada doa

Dengan ilmu sedalam lantai tempayan
Kita mencari munasabah melabuhkan sauh persoalan
di situ bahtera karam
lidah kalam tenggelam dalam
sorai ketawa
jenaka alpa.

Justeru kita bangsa yang selesa
gemar berselindung di sebalik agama.

Kita bangsa yang selesa
masih berselindung di sebalik agama

di sini
bangga terhimpun di laman berkolam mini
batu-batu tersusun indah memaknakan erti seni
sedangkan batu yang serupa
nilainya lebih berharga

di sana
menjadi peluru menghentam angkuh bangsa.
Pernahkah kita menafsir iktibar
daripada derita sebuah bangsa
bala yang tumpah ke atas Palestina
peritnya melimpah ke pelusuk atmapun
benarkah kita benar-benar percaya.

Sesekali peti hitam itu menayangkan sengsara
simpati melaut mencecah pantai hati
ataukah kita tak terpandang
raungan ibu
hiba ayah
titis jernih anak-anak bermata bundar
lalu segera mengalihkan berita derita
rela menonton sebaris calon penyanyi hiba
tidak cukup undi percaya; dan
kita pun sama berduka.

Sedangkan di bumimu, Palestina
apakah masih ada harga air mata
setelah setiap saat ia mengalir
bersama darah pejuang
bergaul debu petualang

III
Kami enggan menjadi bangsa yang selesa
enggan berselindung di sebalik agama
iktibar daripadamu, Palestina
adalah untuk kami dakap kejap pada jiwa
bumi bertuah ini lebih empat ratus tahun
pernah bertukar milik- Portugis, Belanda, Inggeris,- Jepun dan komunis
kini Zionis!

Kami enggan menjadi bangsa yang selesa
enggan mudah percaya dengan apa yang ada
kami gali kebenaran dari tanahmu
kami hayati perjuangan syuhadamu
kami tidak rela kiblat yang pertama itu
menjadi harta bangsa penjarah darah saudaraku.

Ayuh,
Pinjamlah semangat Salahuddin Al-Ayubi
biar mengalir ke seluruh pembuluh tubuh ini
kita rebut semula Baitul Muqaddas
kerana setiap yang hak itu punya batas
kita bukan mahu dendam berbalas
kita mahu menjadi bangsa yang peduli

Berjuang!
Walau bukan dengan ketul-ketul kerikil
dengan pena
dengan doa
dengan percaya
bahawa kita bersaudara
setiap kali bedilan singgah di laman rumahmu
gegarnya terasa di anjung semenanjung

Justeru
Kita bukan bangsa yang selesa
Tidak pernah berselindung di sebalik agama
Dengan agama jiwa nurani teguh
Dengan agama iman ini terpasak utuh.
Dengan agama kita gagalkan eksperimen durjana
Kita bina agama dan bangsa bermaruah
Membiarkan Ad-Din mengalir ke setiap pembuluh darah
Merapatkan peribadi dengan Rasulullah
Setiap satunya kembali kepada Allah.

Inna lillahWa inna ilaihiRaji’un.

p/s T_T pedulilah wahai diri,
p/p/s jangan hanya pandai bermain kata
p/p/p/s ingtan buat diri T_T T_T T_T (-_-")'

2 000 comments:

  1. Salam.

    mabruk3!!!sangat suka dgn sajak(ke puisi?)apa2lah.

    huuu.T_T

    akhirnya......dunia(kecilkan skop : pemimpin2 Malaysia) mula membuka mata, membuka mulut, membuka telinga.

    moga apa yg terjadi akan membangkitkan kesedaran seluruh dunia.

    n tugas kita bersama utk mengislah ummah.(walaupun diri sendiri sangat teruk lagi).smoga terus thabat dijalanNya.amien.

    Mustafa Masyur : "perbaikilah diri & ajak orang lain"
    dengar tu fatin...adoyai~(-_-")'

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum tuan punya blog,
    Terima kasih kerana menyiarkan sajak saya di dalam blog sdr. Walau bagaimana pun, sdr hanya mengambil sajaknya dan meninggalkan nama saya sebagai pencipta sajak ini.

    Di dalam Islam, sesuatu yang hak itu tetap hak. Saya tidak pernah menyatakan bahawa sajak ini boleh diwaqafkan begitu sahaja. Tidak ada masalah jika sdr sangat berminat dan menggunakan sajak ini sebagai sokongan terhadap entri sdr.

    Saya cuma mohon nama saya sebagai pencipta sajak ini dinyatakan pada bahagian hujungnya.

    Saya percaya sumber asalnya di sini : http://annyss.blogspot.com/2009/08/kita-bangsa-yang-selesa.html

    Terima kasih.

    NISAH HAJI HARON

    ReplyDelete